Berzanji
Berzanji atau Barzanji ialah suatu doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. yang dilafazkan dengan suatu irama atau nada yang biasa dibacakan ketika majlis aqiqah, khatan, perkahwinan dan Maulidur Rasul. Isi berzanji menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad, yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta pelbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Nama Berzanji diambil dari nama pengarangnya yaitu Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir di Madinah pada tahun 1690 dan meninggal dunia pada tahun 1766. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Karya tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd al-Jawahir (Bahasa Arab, bererti kalung permata) yang disusun untuk meningkatkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad saw, meskipun kini nama penulisnya yang lebih dikenali.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Pembacaan Berzanji pada umumnya dilakukan di majlis-majlis dengan niat untuk mendapat keberkatan. Misalnya pada waktu kelahiran bayi, mencukur rambut bayi (aqiqah), acara khatan, perkahwinan dan sebagainya. Di masjid-masjid perkampungan, biasanya jemaah duduk secara bersila. Bacaan Berzanji dialunkan secara bergilir seorang demi seorang sambil disahuti oleh jemaah lain dengan kalimah 'ALLAH'.
Di Malaysia, terdapat juga adat pembacaan Berzanji yang dilakukan secara bersama-sama dengan bayi yang baru lahir dicukur rambutnya dalam bulatan oleh Imam dan ahli keluarga terdekat. Sementara baju atau kain orang-orang yang sudah memegang bayi tersebut, kemudian diberi titisan minyak wangi.
Dewasa ini, bacaan berzanji semakin berkurangan walaupun Buku Berzanji masih mudah didapati.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Pikiran Rakyat: Indahnya Syair-syair Barzanji[pautan mati kekal], Minggu 02 Mei 2004