Bikin Wilayah
Bikin Wilayah | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1998 | |||
Genre | Alternative Rock, Heavy Metal | |||
Syarikat | BMG Music | |||
Kronologi Search (menampilkan Awie) | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Bikin Wilayah ialah album studio kesembilan yang dirakam oleh kumpulan Search semenjak penyanyi utama asalnya, Amy meninggalkan mereka untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solo. Oleh yang demikian, Awie pada ketika itu yang bergerak solo selepas keluar daripada Kumpulan Wings, Malaysia dijemput berkolaborasi sebagai penyanyi gantian untuk menyempurnakan ‘special project’ Search & Awie untuk album ini.
Maklumat am
[sunting | sunting sumber]Ketika album ini dirakam, Awie selaku penyanyi undangan sudah meninggalkan kugiran Wings. (Diingatkan bahawa album yang keluar sebelumnya iaitu album duet Double Trouble 2 yang menggabungkan Search dan Wings, menyaksikan Mustaffa Din sebagai penyanyi Wings). Selain Awie, kumpulan Search dianggotai oleh Hamzah Taib (gitar elektrik), Noordin Taib (gitar elektrik dan akustik), Fauzi (gitar bes, papan nada) dan Yazid Ahmad (dram).
Album terbitan kumpulan Search ini dirakam di studio Menora Music, diikuti proses pengadunan dan mastering di Synchrosound Studio. Selepas siapnya album ini, Noordin, Hamzah dan Fauzi meninggalkan kumpulan Search, meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya ahli Search yang tinggal, sekaligus menandakan kumpulan Search di ambang perpecahan. Kumpulan Search dengan anggota baru sempat menerbitkan satu lagi album, Selepas Banjir, sebelum berpecah pada tahun 2001, dan tahun 2004 mereka bergabung kembali untuk Konsert Evolusi Lagenda Rock ,kembali aktif sehingga hari ini.
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Mancis Dah Basah" | Loloq | Search & M. Nasir | 4.40 | |
2. | "Bayangan Baiduri" | S. Amin Shahab | M. Nasir | 6.25 | |
3. | "Zen (Bikin Wilayah)" | Loloq | Fauzi, Noordin, Yazid & Kid | 4.22 | |
4. | "Setia Dalam Kacamu" | Keon | M. Nasir | 5.06 | |
5. | "Ichiban" | Loloq | Noordin | 4.00 | |
6. | "Kanta Biru" | Usop | Fauzi, Noordin, Yazid & Kid | 4.35 | |
7. | "Ghairah Malam 15" | Keon | Search & M. Nasir | 4.45 | |
8. | "Mutiara Embun" | Seth | M. Nasir | 4.35 | |
9. | "Penghujung Jalan" | Keno Salleh Ghani | Fauzi, Noordin, Yazid & Kid | 4.35 | |
10. | "Nur Nilam Sari" | Loloq | Search & M. Nasir | 5.51 | |
ES AMING SHAHAB ES TO SEMEJITA
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Industri Muzik (1999)
- Album Rock Terbaik