Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Cabak timur (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cabak timur
Jantan dewasa
Seruan
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Antrostomus
Spesies:
A. vociferus
Nama binomial
Antrostomus vociferus
Wilson, 1812
Sinonim

Caprimulgus vociferus Wilson, 1812

Cabak timur (Antrostomus vociferus) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Amerika Utara, Kanada, Meksiko, dan Amerika Tengah.

Pemerihalan

[sunting | sunting sumber]
Rawang Magee, Ohio

Panjangnya ialah 22–27 cm (8.7–10.6 in), berentang 45–50 cm (18–20 in) bidang sayap, dan berberat 42–69 g (1.5–2.4 oz).[2] Ukuran selanjutnya ialah rentas sayap 14.7 hingga 16.9 cm (5.8 hingga 6.7 in), ekornya 10.5 hingga 12.8 cm (4.1 hingga 5.0 in), paruhnya 1 hingga 1.4 cm (0.39 hingga 0.55 in), dan tarsusnya 1.5 hingga 1.8 cm (0.59 hingga 0.71 in).[3] Dewasa mempunyai buluan berbintik: bahagian atasnya kelabu, hitam, dan perang; bahagian bawahnya kelabu dan hitam. Ia berparuh yang sangat pendek dan tekak hitam. Jantannya bertompok putih di bawah tekak dan berhujung putih pada bulu ekor luar; pada betina, bahagian tersebut perang muda.

Ia kadangkala dikelirukan dengan Antrostomus carolinensis yang bersaudaraan dengannya[4] kerana mempunyai seruan mirip tetapi berani rendah dan lebih perlahan.

Ia membiak di hutan luruh atau campuran merentasi tengah dan tenggara Kanada dan timur Amerika Syarikat, dan berhijrah ke tenggara Amerika Syarikat dan ke timur Meksiko dan Amerika Tengah untuk musim sejuk. Ia meramu pada waktu malam, menangkap serangga dalam penerbangan, dan biasanya tidur pada siang hari. Ia bersarang di atas tanah, di tempat yang redup di antara daun-daun mati, dan biasanya menelurkan dua biji telur sesangkak. Ia biasanya akan kekal di sarang melainkan hampir dipijak.

Ia semakin jarang ditemui ketempatan. Beberapa sebab penurunan diusulkan, seperti kehilangan habitat hutan berturut-turut awal, kemusnahan habitat, pemangsaan oleh kucing dan anjing liar, dan keracunan oleh racun serangga, tetapi punca sebenar masih sukar difahami.[5][6] Walaupun dengan populasi tempatan terancam, spesiesnya secara keseluruhan tidak dianggap terancam secara global kerana julatnya yang besar.[7][8]

Ia telah dibahagikan kepada dua spesies. Populasi timur kini dipanggil sebagai cabak timur. Populasi terputus di barat daya Amerika Syarikat dan Meksiko kini dipanggil sebagai cabak Meksiko (Antrostomus arizonae). Kedua-dua populasi telah dibahagikan berdasarkan julat, penyuaraan, warna telur, dan penjujukan DNA.[9]

Pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]
Philadelphia, Pennsylvania

Pada 2017, ia telah ditukar status daripada Kurang Membimbangkan kepada Hampir Terancam dalam Senarai Merah IUCN, atas berdasarkan pemerhatian sains rakyat, populasinya telah menurun sebanyak lebih 60% antara 1970 dan 2014.[10] Kerosotan tersebut mungkin disebabkan oleh peningkatan gangguan hutan dan habitat hutan berturut-turut awal, racun perosak dan pertanian yang dipergiatkan, yang kedua-duanya telah menyebabkan penurunan besar dalam populasi serangga terbang yang cabak timur perlukan, serta kehilangan habitat. BirdLife International telah menyatakan bahawa inisiatif seperti Program Cagar Pemuliharaan akan menjadi penting dalam memulihara spesiesnya dan membalikkan penurunannya.[11][12]

  1. ^ BirdLife International. 2018. Antrostomus vociferus. The IUCN Red List of Threatened Species 2018: e.T22736393A152619806. Retrieved 19 December 2018.
  2. ^ "Whip-poor-will". All About Birds.
  3. ^ Holyoak, D.T. (2001). Nightjars and their Allies: the Caprimulgiformes. Oxford, New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-854987-1.
  4. ^ For example, Henninger (1906) combines the old scientific name of C. carolinensis with the common name "whip-poor-will". As C. carolinensis does not occur in the area discussed, he obviously refers to C. vociferus. In other cases, the specific identity of birds may not be determinable.
  5. ^ MWP (2008)
  6. ^ "Tracking the Mysterious Whip-Poor-Will". WPI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-06.
  7. ^ BLI (2004)
  8. ^ "Eastern Whip-poor-will Life History, All About Birds, Cornell Lab of Ornithology". www.allaboutbirds.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-06.
  9. ^ Chesser, R. T.; Banks, R. C.; Barker, F. K.; Cicero, C.; Dunn, J. L.; Kratter, A. W.; Lovette, I. J.; Rasmussen, P. C.; Remsen Jr, J. V. (2010). "Fifty-first supplement to the American Ornithologists' Union Check-list of North American Birds". Auk. 127 (3): 726–744. doi:10.1525/auk.2010.127.3.726.
  10. ^ Hooper, Wayne. "Sadly, call of whip-poor-will is being heard less". seacoastonline.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-06.
  11. ^ BirdLife International. "Red List: Northern Bald Ibis, Pink Pigeon making a comeback". BirdLife (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-23.
  12. ^ "Are Whip-poor-will populations declining? What can we do about it?". All About Birds (dalam bahasa Inggeris). 2009-04-01. Dicapai pada 2019-03-06.

Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Module:Taxonbar/whitelist' not found.