Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Cedilla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pembentukan tanda cedilla dari hujung Z tulisan masyarakat Visigoth.

Cedilla ([sé.dil.la]) adalah sebuah tanda diakritik cangkuk (¸) ditambahkan bawah huruf konsonan tertentu sebagai untuk mengubah penyebutan huruf tersebut.

Tanda ini dikembangkan daripada pelengkungan kecil meringkaskan huruf "Z" yang pertama kali wujud dalam bahasa Sepanyol Lama (ceda)[1] lalu memberi nama bentuk kecilan cedilla atau zedilla yakni "Z kecil".[2]

Huruf terbitan

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Perancis dan Bahasa Portugis menggunakan huruf bertanda ini (cédille, cedilha) sebagai pembeza bunyi geseran gusi tak bersuara (/s/) daripada huruf C biasa yang melambangkan bunyi letupan velar tak bersuara (/k/).

Ia digunakan dalam bahasa Turki melambangkan bunyi geseran belakang gusi tak bersuara mirip huruf چ‎ dalam abjad-abjad Parsi dan Jawi.

Huruf ini wujud daripada huruf S. Ia digunakan dalam bahasa Turki melambangkan bunyi geseran belakang gusi tak bersuara mirip huruf ش‎ dalam tulisan Arab.

  1. ^ Selig, Maria; Frank, Barbara; Hartmann, Jörg (1993). Le passage à l'écrit des langues romanes (dalam bahasa Perancis). Gunter Narr Verlag. m/s. 127. ISBN 9783823342618.
  2. ^ "cedilla". Diccionario de la lengua española (dalam bahasa Sepanyol) (ed. ke-22). Real Academia Española. Dicapai pada 27 Julai 2006.