Cheng Nan-jung
Cheng Nan-jung 鄭南榕 | |
---|---|
Fail:臺灣新聞自由與獨立建國運動先驅鄭南榕 TAIWANESE Pro-Liberal Democracy and Taiwan Independence Activist Cheng Nan-jung - Deng Nylon.jpg | |
Kelahiran | Taipei, Taiwan | 12 September 1947
Meninggal dunia | April 7, 1989 Taipei, Taiwan | (umur 41)
Pusat pendidikan | Universiti Provinsi Cheng Kung Universiti Katolik Fu Jen Universiti Kebangsaan Taiwan |
Pekerjaan | Penerbit majalah, aktivis |
Pasangan | Yeh Chu-lan |
Cheng Nan-jung (Cina tradisional: 鄭南榕 ; pinyin: Zhèng Nánróng, bahasa Min Puxian: Tēnn Lâm-iông; 12 September 1947 – 7 April 1989) , ialah seorang aktivis dan penerbit majalah dari Taiwan. Beliau giat dalam aktivismenya memperjuangkan kebebasan bersuara serta menyokong penegakkan demokrasi bebas di Taiwan ketika negara tersebut dalam rejim ketat Kuomintang, malah kemerdekaan Taiwan itu sendiri.
Beliau mengasas bersama beberapa kawannya majalah Ziyou shidai zhoujie ("Zaman Bebas Mingguan") yang sangat berpengaruh mengkritik urusan politik pemerintah ia, melalui penerbitan ini juga beliau berulang kali menggiat dalam pergerakan mendokong demokrasi bebas dan reformasi di sana.
Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Ayahnya Zheng Musen (鄭木森) berasal dari Fuzhou, Fujian di Tanah Besar China yang berhijrah ke Taiwan semasa pulau tersebut diduduki pihak Jepun; manakala ibunya Xie Huizhen (謝惠琛) warga pulau Taiwan dari kawasan Qilong.[1]
Beliau dilahirkan tidak lama selepas berlangsungnya suatu kerusuhan dahsyat pada 28 Februari tahun sama di mana rakyat Taiwan menunjuk perasaan di Taipei terhadap ketidakadilan dan sikap lepas tangan tanggungjawab rejim Kuomintang yang memerintah di pulau tersebut pada ketika itu - ribuan orang segera diberkas atau ditembak mati pihak tentera Kuomintang. Kejadian tersebut menaikkan kemarahan warga pulau Taiwan sehingga berlaku huru-hara dengan serangan balas terhadap warga asal Tanah Besar;[2] keluarga Chen terancam daripada pergelutan yang berlaku namun mereka terselamat hasil perlindungan jiran tetangga mereka.[3] Peristiwa tersebut banyak membentuk pemikiran dan pegangan politiknya terhadap parti Kuomintang yang dianggapnya sebagai rakus dan tamak kuasa.
Penubuhan majalah Zaman Bebas Mingguan
[sunting | sunting sumber]Pencabaran "perlembagaan baharu" dan tindakan membakar diri
[sunting | sunting sumber]Pada jam 7:30 pagi 7 April 1989, di Balai Polis Taipei, Cawangan Zhongshan dan ketua pasukan jenayah, Hou Youyi (侯友宜) menyelenggarakan personel yang relevan untuk melakukan pendidikan pra-tugas.
Zhen segera ke bilik penyunting majalah di mana beliau membocorkan tong minyak petroleum untuk membakar dirinya.[4][5] - Zhen mengorbankan diri pada usia 41 tahun. Kebakaran ini segera merebak ke serata pejabat dan marak beberapa lama sehingga ia akhirnya dapat dipadamkan pada pukul 10 pagi.[6] Tidak lama kemudian, bilik editor dibuka oleh adiknya Zhen Zhaoqi (鄭肇基) setelah mendapatkan kunci ganti - mayat Zhen Nanrong ditemui dalam keadaan rentung.[4][5]
Perarakan mayat serta tunjuk perasaan balas
[sunting | sunting sumber]Mayatnya diarak sepanjang Persiaran Ketagalan namun segera disekat pihak polis. Chan I-hua, salah seorang kakitangan majalah tersebut dan penunjuk perasaan yang hadir melihat percubaan sekatan tersebut; Zhan segera membasahkan diri dengan minyak petroleum sambil berkata: "hidup demi orang Taiwan, mati demi semangat Taiwan".[nota 1] Zhan segera menyalakan dirinya berdekatan pejabat polis Taipei di mana sanalah dia mengorbankan dirinya.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ teks asal: 「生为台湾人、死为台湾魂」
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "鄭南榕自述成長" (dalam bahasa Cina). 遠見雜誌. 1989年. Dicapai pada 26 Januari 2014.
- ^ Smith, Craig A (2008). "Taiwan's 228 Incident and the Politics of Placing Blame". Past Imperfect. University of Alberta. 14: 143–163. ISSN 1711-053X. Dicapai pada November 13, 2014.
- ^ "南榕死與生" (dalam bahasa Cina). 鄭南榕基金會. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2014. Dicapai pada 26 Januari 2014.
我出生在二二八事件那一年,那事件帶給我終生的困擾。因為我是個混血兒,父親是在日據時代來台的福州人,母親是基隆人,二二八事件後,我們是在鄰居的保護下,才在台灣人對外省人的報復浪潮裡,免於受害。
Unknown parameter|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Lin Chao-yi [林乾義]. "1989年4月7日鄭南榕殉難事件始末" (dalam bahasa Cina). South News. Dicapai pada 26 Januari 2014.
- ^ a b Lin Chao-yi [林乾義] (16 April 1989). 國民黨摧殘自由殲鬥士 鄭南榕浴火殉道做完人 (dalam bahasa Cina). Taipei: 自由時代周刊.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama南榕死與生