Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Colo-Colo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Colo-Colo
Nama penuhClub Social y Deportivo Colo-Colo
GelaranLos Albos (Sang Yang Putib)
Eterno Campeón (Johan Pahlawan)
El Cacique (Si Pangeran Penakluk)
Diasaskan19 April 1925; 99 tahun yang lalu (1925-04-19)
StadiumStadium Monumental David Arellano
(Kapasiti: 50,347)
PresidenAlfredo Stöhwing
Matías Camacho (syarikat)
PengurusDaniel Morón
JurulatihGustavo Quinteros
LigaDivisyen Primera Chile
2024CPD, 1 dari 16
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

(Sebutan Sepanyol: [ˌkolo ˈkolo]) (ejaan Melayu: colo-colo, c jelas seperti menyebut coklat) ialah kelab bola sepak profesional Chile yang berpangkalan di Macul, Santiago. Ditubuhkan pada tahun 1925 oleh David Arellano, [1] mereka bermain di Divisyen Primera Chile, di mana mereka tidak pernah merasakan relegasyen.[2] Pasukan ini bermain di pangkalan mereka sendiri iakni Stadium Monumental David Arellano sejak 1989.[3]

Colo-Colo telah memenangi 33 gelaran Primera División de Chile, lebih daripada mana-mana kelab Chile lain dengan rekod tiga belas kejuaraan Copa Chile. Kelab ini merupakan kelab bola sepak Chile pertama yang memenangi kejohanan benua, memenangi Copa Libertadores 1991[4] Pada tahun berikutnya, kelab itu terus memenangi dua lagi kejuaraan antarabangsa: Recopa Sudamericana 1992 [5] dan Copa Interamericana 1992,[6]

Penjaring gol terbanyak dalam sejarah kelab itu ialah Esteban Paredes dengan 216 gol, [7] dan pemain dengan penampilan terbanyak ialah penjaga gol Misael Escuti dengan 417 perlawanan.

Colo-Colo ialah kelab paling disokong di Chile, [8] dan mempunyai persaingan dengan Universidad de Chile. Kelab ini juga mempunyai saingan tradisional lain iakni Cobreloa dan Universidad Católica. Pada tahun 2009, IFFHS juga menggelari Colo-Colo sebagai kelab terbaik di Chile bagi abad ke-20, dan tersenarai dalam dua puluh kelab terbaik sepanjang sejarah bola sepak Amerika Selatan.[9]

  1. ^ "La Fundación del Club (1920-1930)". colocolo.cl (dalam bahasa Sepanyol). Colo Colo. 13 December 2015. Dicapai pada 19 December 2018.
  2. ^ "La selecta lista de los equipos sudamericanos que nunca han descendido". Elgrafico.cl (dalam bahasa Sepanyol). El Gráfico. 29 August 2012. Dicapai pada 22 September 2014.
  3. ^ "¡Feliz Cumpleaños, Estadio Monumental!". Sitio Oficial de Colo-Colo (dalam bahasa Sepanyol). 2009. Dicapai pada 17 June 2011.
  4. ^ "Colo Colo recuerda la gloriosa jornada en que conquistó la Copa Libertadores". Emol.com (dalam bahasa Sepanyol). Emol. 5 June 2011. Dicapai pada 22 September 2014.
  5. ^ "Hace 20 años, Colo Colo trajo la Recopa Sudamericana a Chile". Charlatecnica.cl (dalam bahasa Sepanyol). Charla Técnica. 21 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 August 2012. Dicapai pada 22 September 2014.
  6. ^ "Colo Colo Campeón Copa Interamericana". Dalealbo.cl (dalam bahasa Sepanyol). Dale Albo. 23 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2015. Dicapai pada 22 September 2014.
  7. ^ "Muere Francisco Valdés, goleador histórico del fútbol chileno". La Tercera. 18 August 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2009.
  8. ^ "Colo-Colo es el equipo más popular". Dicapai pada 6 February 2013.
  9. ^ "South America's Club of the Century". IFFHS. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2009. Dicapai pada 11 August 2017.