Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Cummerbund

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumerban sutera ottoman hitam, untuk pakaian black tie

Cummerbund atau kumerban ialah sejenis bengkung, berupa jalur kain dengan reka bentuk berlipat dan tidak mempunyai pengapit, yang sering dipakai dengan jaket malam berbres tunggal (atau tuksedo).[1] Cummerbund telah diguna pakai oleh pegawai tentera British di kolonial India, dimana mereka melihat ia dipakai oleh sipahi (askar India) dari Tentera India British.[2][perlu rujukan] Ia telah diterima pakai sebagai alternatif kepada weskot, dan kemudian tersebar ke pemakaian awam. Penggunaan moden kumerban kepada orang Eropah dan Amerika Utara adalah sebagai komponen acara tradisional black tie.[2]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Perkataan cummerbund ialah bentuk keinggerisan bagi bahasa Hindustan kamarband (Hindustani: कमरबंद; کمربند), yang pada asalnya adalah dari bahasa Parsi (Parsi: کمربند, rumi: kamarband). Ia memasuki kosa kata Inggeris pada tahun 1616 daripada India. Ia adalah gabungan perkataan kamar bermaksud 'pinggang' dan band bermaksud 'tali' atau 'pengikat'. 'Pengikat pinggang' (istilah bahasa Melayu ialah bengkung) merupakan aksesori selepang yang dipakai oleh lelaki India untuk banyak majlis.[3][4]

Perkataan cummerband , dan penggunaan ejaan Jerman Kummerbund (variasi ejaan bahasa Jerman bagi perkataan Inggeris), sering digunakan secara sinonim dengan cummerbund dalam bahasa Inggeris.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Villarosa; Angeli (1990), The Elegant Man: How to Construct the Ideal Wardrobe, m/s. 148.
  2. ^ a b "Vintage Evening Waistcoats & Cummerbunds – Gentleman's Gazette".
  3. ^ "Cummerbund". Lexico UK English Dictionary. Oxford University Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2020.
  4. ^ "cummerbund". Thefreedictionary.com. American Heritage Dictionary of the English Language. 2016.