Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Daerah Muallim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Muallim
Transkripsi Lain
 • Jawiدائره معلم
 • Cina{{{zh}}}
Lokasi Daerah Muallim in Perak
Lokasi Daerah Muallim in Perak
Daerah Muallim yang terletak di Malaysia
Daerah Muallim
Daerah Muallim
Lokasi Daerah Muallim di Malaysia
Koordinat: 3°50′N 101°30′E / 3.833°N 101.500°E / 3.833; 101.500Koordinat: 3°50′N 101°30′E / 3.833°N 101.500°E / 3.833; 101.500
Negara Malaysia
Negeri Perak
Dinaiktaraf ke daerah penuh2016
PusatTanjung Malim
Pihak Berkuasa TempatanMajlis Daerah Tanjong Malim
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahNor Sham Rahman[1]
Keluasan
 • Jumlah934.35 km2 (360.75 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah76,688
 • Kepadatan82/km2 (210/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
35700-35900
Kod panggilan+6-05
Nombor plat kenderaanA

Daerah Muallim merupakan daerah ke-11 di negeri Perak diwartakan pada 1 Oktober 2015 setelah mendapat kelulusan kabinet pada 10 April 2015.

Daerah ini terletak di selatan negeri Perak berkeluasan 93,434.65 kilometer persegi dengan penduduk seramai 76,688 orang[5], meliputi mukim Hulu Bernam Barat, Hulu Bernam Timur dan Slim. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Tanjong Malim. Pihak berkuasa tempatan bagi daerah ini ialah Majlis Daerah Tanjong Malim.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Daerah ini sebelumnya adalah sebahagian daripada daerah Batang Padang. Pada 11 Januari 2016, Daerah ini telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah baharu oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim. [6][7]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Asal nama daerah ini adalah daripada perkataan Bahasa Arab; muallim yang bermaksud orang yang arif dalam bidang agama. Pemilihan nama Muallim juga adalah ekoran daripada wujudnya Sultan Idris Training College (SITC) yang dibuka pada 29 November 1922 dan menjadi pusat pengajian tertinggi tempatan untuk orang Melayu sewaktu zaman pra-kemerdekaan Tanah Melayu dan melahirkan golongan pemikir Melayu yang mendorong nasionalisme bangsa dan perjuangan menuntut kemerdekaan.[7][8][9]

Terletak di selatan negeri Perak, Daerah Muallim bersempadan dengan Daerah Batang Padang di utara, Daerah Bagan Datuk di barat, Daerah Raub, Pahang di timur dan Daerah Hulu Selangor, Selangor di selatan. Daerah ini dipisahkan dengan Pahang oleh Banjaran Titiwangsa dan dengan Selangor oleh Sungai Bernam.

Pecahan pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah ini terbahagi kepada tiga mukim, tiga bandar dan satu pekan;

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Muallim ialah seramai 76,688 orang dengan kepadatan penduduk 82 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, dengan jumlah 58,254 orang. Seramai 3,200 orang atau 4.2 peratus merupakan bukan warganegara.[10]

Pecahan etnik di daerah Muallim (2020)

Etnik Jumlah %
Bumiputera 58,254 79.3
India 8,249 11.2
Cina 6,512 8.9
Lain-lain 473 0.6

Majoriti penduduk di daerah ini beragama Islam, diikuti agama Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Sejumlah penduduk juga tidak beragama.

Agama Jumlah %
Islam 55,526 72.4
Hindu 7,269 9.5
Buddha 6,218 8.1
Kristian 4,758 6.2
Lain-lain 1,057 1.4
Tidak beragama 949 1.2
Tidak diketahui 911 1.2
  1. ^ "Muallim is now Perak's 11th district". 11 January 2016.
  2. ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2018-03-28.
  3. ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/
  4. ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). m/s. 316. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2018-03-28.
  5. ^ https://dosm.gov.my/mycendash/
  6. ^ "Tanjung Malim Kini Dikenali Daerah Muallim". Berita RTM. 11 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2016. Dicapai pada 11 Januari 2016.
  7. ^ a b Mohd Hafizee Mohd Arop (11 Januari 2016). "Muallim daerah ke-11 Perak". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2016. Dicapai pada 11 Januari 2016.
  8. ^ Shamsul Kamal Amarudin (11 Januari 2016). "Muallim rasmi menjadi daerah ke-11 di Perak". BHOnline. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2016. Dicapai pada 11 Januari 2016.
  9. ^ "Sultan Perak Isytihar Muallim Daerah Perak ke-11". Perak Today. 11 Januari 2016.
  10. ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]