Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Darjah Utama Negeri Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darjah Kebesaran Utama Negeri Melaka
Dianugerahkan oleh
Yang di-Pertua Negeri Melaka
JenisPerintah
Dizahirkan1978 Sunting ini di Wikidata
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
StatusMasih dikurniakan
Yang di-Pertua Negeri MelakaTun Seri Setia Mohd Ali Rustam
GredDarjah Utama Negeri Melaka
Singkatan darjahDUNM
Perangkaan
Pelantikan terakhir2022
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Seri Paduka Setia Melaka
Lebih rendahDarjah Gemilang Seri Melaka

Reben darjah kebesaran
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Darjah Kebesaran Utama Negeri Melaka (DUNM) adalah darjah kebesaran tertinggi yang dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka sehingga 2019.[1] Ianya dizahirkan pada 1978 dan dipinda pada 2016 lalu. Ia menjadi darjah kedua tertinggi pada 2020 apabila Darjah Seri Paduka Setia Melaka diperkenalkan.[2] Darjah kebesaran ini mempunyai hanya satu pangkat.

Pengurniaan

[sunting | sunting sumber]

Para penerima akan dikurniakan kalung, selempang dan lencana darjah.

Pengkhususan

[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran ini dikhususkan pengurniaannya kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia namun ia juga dianugerahkan kepada Ketua Menteri Melaka dan isteri Perdana Menteri antaranya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali[3] dan Datin Seri Utama Rosmah Mansor.[4]

Panggilan kehormat

[sunting | sunting sumber]

Penerima akan bergelar Datuk Seri Utama bagi lelaki dan wanita, manakala bagi isteri penerima pula bergelar Datin Seri Utama. Tiada gelaran bagi suami penerima darjah kebesaran tersebut.

Senarai penerima

[sunting | sunting sumber]