Dark & Wild (album Bangtan Boys)
DARK&WILD | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 20 Ogos 2014 (lihat Sejarah pelancaran) | |||
Tempat | Korea Selatan | |||
Genre | K-Pop, Hip hop, Tarian, Pop tarian | |||
Panjang | 49:44 | |||
Bahasa | Korea | |||
Syarikat | Big Hit Entertainment LOEN Entertainment | |||
Penerbit | PDOGG "HITMAN" BANG | |||
Ulasan profesional | ||||
Kronologi album Bangtan Boys | ||||
| ||||
Single daripada Dark & Wild | ||||
| ||||
Kulit album DARK&WILD (Jepun sahaja) |
||||
sunting · sunting di Wikidata |
Dark & Wild (digayakan sebagai DARK&WILD) merupakan album studio pertama kumpulan muzik dari Korea Selatan, Bangtan Boys. Ia dilancarkan di bawah Big Hit Entertainment pada 20 Ogos 2014.[4] Album ini terdiri daripada 14 buah runut (termasuk satu intro, satu outro dan satu selingan), di mana ia dikeluarkan dalam bentuk CD dan muat turun secara digital.
Dark & Wild berjaya memperoleh kedudukan kedua carta album mingguan Gaon[5] dan tangga ketiga dalam carta album bulanan bagi Ogos 2014.[6] Album tersebut juga berjaya terjual melebihi 51,000 buah salinan.[6]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Pada 29 Julai 2014, syarikat rakaman Big Hit Entertainment telah melancarkan video kiraan detik untuk kemunculan semula Bangtan Boys dengan album terbaharu mereka.[7] Walau bagaimanapun, kiraan detik itu tamat pada 5 Ogos 2014 dan pihak syarikat kemudiaanya telah mempertontonkan video treler sebagai persediaan untuk pelancaran Dark & Wild ketika musim panas di YouTube dan Naver Tvcast.[8][9] Dua hari kemudian iaitu pada 7 Ogos, foto-foto konsep pertama untuk album tersebut dipaparkan kepada awam dimana ahli kumpulan muzik digayakan dengan pakaian serba hitam secara individu.[10][11] manakala untuk secara berkumpulan pula dipaparkan pada keesokkan harinya.[12]
Pada 10 Ogos 2014, Bangtan Boys telah menghoskan penstriman percuma untuk runut prapelancaran yang berjudul "Let Me Know" (Biarkan Aku Tahu) di laman sesawang rasmi mereka dalam tempoh 24 jam.[13] Pada 11 Ogos tahun yang sama, mereka memaparkan senarai runut untuk kesemua 14 buah lagu yang akan ditampilkan di dalam album mereka dan juga mempertontonkan video teaser untuk video muzik runut utama, "Danger" (Bahaya).[14] Pada 20 Ogos 2014, video muzik penuh runut tersebut dan album Dark & Wild dilancarkan secara atas talian.[15]
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]※ Lagu yang digelapkan merupakan lagu utama bagi album itu.
No. | Tajuk | Seni kata | Penerbit | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Intro: What Am I To You" (Intro: Siapakah Aku Kepada Kamu) | PDOGG, Rap Monster | PDOGG | 2:45 | ||||||
2. | "Danger" (Bahaya) | PDOGG, Thanh Bui, "HITMAN" BANG, Rap Monster, Suga | PDOGG | 4:05 | ||||||
3. | "호르몬 전쟁" (Perang Hormon) | PDOGG, Supreme Boi, Rap Monster, Suga, J-Hope | PDOGG | 4:25 | ||||||
4. | "힙합성애자" (Hip-hopfilia) | PDOGG, Rap Monster, Suga, J-Hope | PDOGG | 4:17 | ||||||
5. | "Let Me Know" (Biarkan Aku Tahu) | Suga, PDOGG, Rap Monster, J-Hope | Suga, PDOGG | 4:14 | ||||||
6. | "Rain" (Hujan) | Slow Rabbit, Rap Monster, Suga, J-Hope | Slow Rabbit | 4:24 | ||||||
7. | "BTS Cypher PT.3: KILLER (Feat. Supreme Boi)" (Sifer BTS Bhg. 3: Pembunuh (Menampilkan Supreme Boi)) | Supreme Boi, Rap Monster, Suga, J-Hope | Supreme Boi | 4:27 | ||||||
8. | "Interlude: 뭐해" (Selingan: Apa yang Kau Lakukan) | Slow Rabbit | 0:41 | |||||||
9. | "핸드폰 좀 꺼줄래" (Bolehkah Kau Matikan Telefon Bimbitmu) | PDOGG, Rap Monster, Suga, J-Hope | PDOGG | 3:54 | ||||||
10. | "이불킥" (Menendang Selimut) | "HITMAN" BANG, Shaun, Slow Rabbit, PDOGG, Rap Monster, Suga, J-Hope | "HITMAN" BANG, Shaun, PDOGG | 4:01 | ||||||
11. | "24/7=Heaven" (24/7=Syurga) | PDOGG, Slow Rabbit, Rap Monster, Suga, J-Hope | PDOGG | 3:46 | ||||||
12. | "여기 봐" (Lihat Di Sini) | 250, Jinbo, Rap Monster, Suga, J-Hope | HoBo | 3:38 | ||||||
13. | "2학년" (Tahun Sekolah 2) | PDOGG, Supreme Boi, Rap Monster, Suga, J-Hope | PDOGG | 3:55 | ||||||
14. | "Outro: 그게 말이 돼?" (Outro: Haruskah Ia Dikatakan?) | SIMO, Supreme Boi | SIMO, Supreme Boi | 2:52 | ||||||
Jumlah masa: 51:24 |
Carta
[sunting | sunting sumber]
Carta album[sunting | sunting sumber]
|
Carta lagu[sunting | sunting sumber]
|
Sejarah pelancaran
[sunting | sunting sumber]Negara | Tarikh | Format | Syarikat/Pengedar | Rujukan |
---|---|---|---|---|
Korea Selatan | 20 Ogos 2014 | Muat turun digital dan CD | Big Hit Entertainment LOEN Entertainment |
[4][23] |
Seluruh dunia | ||||
Jepun | 18 Mac 2015 | CD dan DVD | Pony Canyon | [24][25] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ (Korea) "앨범 정보 > DARK&WILD". Melon. 20 Ogos 2014. Dicapai pada 2 Julai 2015.
- ^ (Korea) "DARK&WILD". Olleh Music. 20 Ogos 2014. Dicapai pada 2 Julai 2015.
- ^ a b (Korea) "음반정보: 방탄 소년단 1집 - Dark & Wild". Hanteo. 20 Ogos 2014. Dicapai pada 2 Julai 2015.
- ^ a b (Korea) "gaon chart: 2014년 35주차 Album Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 2 Julai 2015.
- ^ a b c (Korea) "gaon chart: 2014년 08월 Album Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 2 Julai 2015.
- ^ (Inggeris) starsung (29 Julai 2014). "BTS confirm the release date of their upcoming first full-length album". allkpop. Dicapai pada 2 Julai 2015. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ (Inggeris) alim17 (5 Ogos 2014). "BTS are 'Dark & Wild' in comeback trailer". allkpop. Dicapai pada 2 Julai 2015. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ (Korea) Kim Myung-soo (6 Ogos 2014). "방탄소년단, 정규앨범 'DARK & WILD' 컴백 트레일러 공개". TopStarNews. Dicapai pada 2 Julai 2015. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ (Inggeris) benightedxflame (7 Ogos 2014). "BTS Reveals "Dark & Wild" Concept Photos Ahead of Comeback". Soompi. Dicapai pada 2 Julai 2015. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ (Korea) Kim Ye-na (8 Ogos 2014). "'교복 벗은 거친 소년'…방탄소년단, 첫 정규 'DARK & WILD' 사진 공개". TVreport. Dicapai pada 2 Julai 2015. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ (Inggeris) alim17 (8 Ogos 2014). "BTS say 'You're Very Bad For Me' in group concept photos". allkpop. Dicapai pada 2 Julai 2015. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ (Inggeris) mountainmadman (10 Ogos 2014). "Listen to BTS' pre-release track, 'Let Me Know', free for just one day!". allkpop. Dicapai pada 2 Julai 2015. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ (Inggeris) timmydee (11 Ogos 2014). "BTS Drops "DARK & WILD" Track List". Soompi. Dicapai pada 2 Julai 2015. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ (Inggeris) elliefilet (20 Ogos 2014). "[Updated] BTS are back with 'Danger' MV + 'Dark & Wild' album". allkpop. Dicapai pada 2 Julai 2015. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ (Korea) "gaon chart: 2014년 Album Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 3 Julai 2015.
- ^ (Inggeris) "World Music: Top World Albums Chart". Billboard. 6 September 2014. Dicapai pada 3 Julai 2015.
- ^ (Jepun) "2015年03月16日~2015年03月22日のCDアルバム週間ランキング (2015年03月30日付)". Oricon. 30 Mac 2015. Dicapai pada 3 Julai 2015.
- ^ (Korea) "gaon chart: 2014년 35주차 Digital Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 3 Julai 2015.
- ^ (Korea) "gaon chart: 2014년 35주차 Download Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 3 Julai 2015.
- ^ (Korea) "gaon chart: 2014년 35주차 BGM Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 3 Julai 2015.
- ^ (Korea) "gaon chart: 2014년 35주차 Social Chart". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 3 Julai 2015.
- ^ (Melayu) "iTunes - Muzik - Dark&Wild". iTunes. 20 Ogos 2014. Dicapai pada 3 Julai 2015.
- ^ (Jepun) "DARK & WILD(日本仕様盤) | 防弾少年团 | ORICON STYLE". Oricon. 18 Mac 2015. Dicapai pada 3 Julai 2015.
- ^ (Jepun) "Amazon.co.jp: 防弾少年团 : DARK & WILD(日本仕様盤)(DVD付) - 音楽". Amazon Jepun. 18 Mac 2015. Dicapai pada 29 Jun 2015.