Dayang Sulu
Dayang Sulu | |
---|---|
Kelahiran | Siti Nadia binti Yusof 15 April 1954 |
Kerakyatan | Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit |
Tahun aktif | 1967–1993 |
Terkenal kerana | Watak Puteri Puncak Mahligai dalam filem Laksamana Do Re Mi |
Pasangan | Yusof Lind (bercerai 1973) Mohd. Sin Mah Abdullah (k. 1983) |
Anak-anak | 4 |
Siti Nadia Yusof atau lebih dikenali sebagai Dayang Sulu (lahir 15 April 1954) merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia. Beliau mula dikenali setelah membintangi filem Laksamana Do Re Mi arahan P. Ramlee.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Dayang Sulu dilahirkan pada 15 April 1954 di Tubigindangan, Simunul, Pulau Sulu.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kerjaya seni
[sunting | sunting sumber]Dayang Sulu bermula seawal usia 17 tahun melalui filem persilatan, Darma Kesuma pada tahun 1967 bersama pelakon S. Rosley. Beliau menceburi bidang lakonan setelah seniman Ed Osmera membawa berjumpa pengarah S. Kadarisman. Selepas filem itu beliau berkahwin dengan seorang pemuda bernama Yusoff Lind dan tidak muncul dalam mana-mana filem sehinggalah 5 tahun selepas itu.
Pada tahun 1972, P. Ramlee bertemu Dayang Sulu untuk menawarkan watak didalam filem arahannya Laksamana Do Re Mi. Watak yang dimaksudkan adalah puteri kepada Sultan Pasir Dua Butir; Puteri Puncak Mahligai. Sewaktu menerima tawaran itu, beliau berusia 20 tahun dan sudah mempunyai dua orang cahaymata.
“Selalunya sebelum pukul 7.00 pagi saya dah keluar rumah sebab nak kejarkan bas ke Studio Merdeka, Hulu Klang sebelum pukul 8:00 pagi. Ketika itu kami semua datang sendiri tetapi keseronokan menjadi bintang filem membuatkan semangat kami kuat”.
Pengalaman berkerja dengan P. Ramlee adalah kenangan paling berharga, dimana beliau melihat sendiri cara seniman agung bergaul mesra dengan pelakon dan kru bagaikan sebuah keluarga, tetapi apa yang paling menarik adalah P. Ramlee akan ‘Mooody’ pada hari Jumaat. Sehingga dikatakan setiap hari jumaat para kru dan pelakon akan cuba untuk tidak mencari masalah untuk mengelakkan diri mereka terkena ‘mood’ P. Ramlee.
“Namun sampai saat ini saya tidak mungkin mampu melupakan pada hari terakhir shooting Laksamana Do Re Mi. Sebelum balik beliau panggil saya dan bertanya ‘Darling lepas ni Abang nak buat filem Airmata di Kuala Lumpur, nak berlakon tak?” Saya katakan sudah pasti mahu. Allahyarham beritahu insyaa-Allah apabila skrip dah siap saya akan dipanggil. Skrip itu akan ditulis oleh Osman Abadi. Sayangnya hajat beliau tidak kesampaian dan saya juga tidak tahu jalan ceritanya kerana janji beliau saya akan dipanggil bila skrip siap.
Tetapi ketentuan Ilahi, P. Ramlee meninggal dunia beberapa hari selepas tayangan Laksamana Do Re Mi. Beberapa buah filem di dalam perancangan termasuk Airmata di Kuala Lumpur dan Azizah, turut sama terkubur.
5 tahun selepas itu, Dayang Sulu muncul semula di pawagam apabila ditawarkan berlakon didalam filem patriotik Menanti Hari Esok arahan Jins Shamsuddin pada tahun 1977. Itulah kali terakhir Dayang Sulu muncul didalam filem dan selepas itu menjadi penerbit eksekutif untuk syarikat perfileman Pancaseni Film Production milik Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang hanya menerbitkan sebuah filem iaitu Penentuan arahan Aziz Jaafar pada tahun 1982.
Walaupun berpengalaman melalui 3 buah filem sahaja, watak beliau sebagai Puteri Puncak Mahligai didalam filem Laksamana Do Re Mi tetap dikenang sehingga kini.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1967 | Darma Kesuma | Filem pertama | |
1972 | Laksamana Do Re Mi | Puteri Puncak Mahligai | |
1977 | Menanti Hari Esok | Aida | |
1982 | Penentuan | Filem terakhir, juga sebagai penerbit eksekutif |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1986 | Oh Kuala Lumpur: Lingkaran Duka | TV3 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1993 | Layar | TV3 |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Nona | Artis undangan | TV3 | Segmen Artis Throwback |
2023 | Bintang Nostalgia: Dayang Sulu | TV1 | Dokumentari |