Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Demonim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Demonym)

Demonim (serapan bahasa Yunani Purba: δῆμος dêmos "bangsa, puak" dan ὄνυμα ónuma "nama") adalah gelaran atau perkataan menggambarkan seseorang atau sesuatu yang berkaitan dengan sesebuah tempat di mana ia berada; perkataan sebegini sering berasal dari nama tempat tersebut.[1]

Demonim jarang digunakan dalam bahasa Melayu kerana nama tempat juga boleh digunakan sebagai kata sifat tanpa sebarang olahan. Namun ada kekecualian tertentu bergantung kepada asal perkataan yang ingin digambarkan, terutamanya nama tempat yang datang dari bahasa Arab yang diolah untuk menjadi nisbat gelaran,[2] contohnya:

Habsyah = Habsyi[3](berdasarkan corak kata asal: حبشةḤabšat menjadi حبشيḤabšī)

Bahasa tertentu seperti Bahasa Inggeris lebih menerapkan pendekatan ini yang adakala mempunyai perbezaan ketara antara nama tempat asal dengan demonim lazim dibentuk. Contohnya yang paling biasa didengari seperti pada rakyat Belanda adalah dipanggil "Dutch" (walaupun perkataan "Netherlands" juga sering digunakan).

  1. ^ George H. Scheetz (1988). Names' Names: A Descriptive and Pervasive Onymicon. Schütz Verlag.
  2. ^ Notzon, Beth; Nesom, Gayle (January – February 2005). "The Arabic Naming System" (PDF). Science Editor. 28 (1): 21. Check date values in: |year= (bantuan)
  3. ^ "Habsyi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]