Dewa
Dewa (Jawi: ديوا ) atau betara (Jawi: بتارا) adalah keberadaan supranatural yang dianggap menguasai unsur-unsur alam atau aspek-aspek tertentu dalam kehidupan manusia dengan kekuatan hebat atau disegani; lembaga-lembaga ini yang wujud mirip manusia atau haiwan dianggap suci dan keramat[1] serta disanjung manusia sehinggakan dipuja atau disembah.
Dewa ialah makhluk yang sempurna kerana sifat-sifat terpujinya tetapi ramai yang tidak mengetahui sifatnya kerana mempunyai perbezaan pemikiran sama ada dari segi baik atau yang buruk. Namun, ramai makhluk yang tidak tahu membezakan baik dan buruk sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.
Kaitan dalam kepercayaan manusia
[sunting | sunting sumber]Para dewa-dewi dipercayai sebagai makhluk yang tidak dapat dilihat serta tidak dapat dijangkau. Dewa-dewi ini dipercayai hidup di tempat-tempat yang suci atau jauh dari jangkauan manusia, seperti syurga, neraka, di atas langit, di bawah bumi, di lautan yang dalam, di atas puncak gunung tinggi, di hutan belantara namun masih dapat berhubungan dengan manusia kerana manifestasi atau kekuatan supranaturalnya.
Pemujaan dewa-dewi ini memberi gambaran dewa-dewi sebagai makhluk beremosi dan wujud seperti manusia, sangat berkuasa serta mempunyai perbezaan sangat menonjol dengan antara manusia yang menyembah. Dewa-dewi ini dipercayai memiliki kekuasaan dan kesaktian untuk mengatur, menghukum atau memberkati umat manusia. Sementara para dewa berkuasa, maka manusia memujanya dan memberikan persembahan agar dibantu dan diberkati oleh kemahakuasaan dewa-dewi.
Lihat pula
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ O'Brien, Jodi (2009). Encyclopedia of Gender and Society (dalam bahasa Inggeris). Los Angeles: Sage. m/s. 191. ISBN 978-1-4129-0916-7.
|access-date=
requires|url=
(bantuan)