Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Diego Pozo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Diego Pozo
Maklumat peribadi
Nama penuh Diego Raúl Pozo
Ketinggian 1.90 m (6 ka ​2 1316 in)
Posisi permainan Penjaga Gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Colón
Nombor 1
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1995–2005 Godoy Cruz 150 (5)
2005–2006 Huracán 23 (0)
2006–2007 Talleres 36 (0)
2007–2008 Instituto 11 (0)
2008–2013 Colón 167 (0)
2013 Huracán 7 (0)
2014 Rangers 16 (0)
2014–2015 Sportivo Belgrano 12 (0)
Pasukan kebangsaan
2009–2010 Argentina 3 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Mei 2015

Diego Raúl Pozo (dilahirkan pada 16 Februari 1978) ialah seorang penjaga gol bola sepak Argentina yang kini bermain untuk Colón de Santa Fe.

Kerjaya Bola Sepak

[sunting | sunting sumber]

Pozo telah memulakan kerjaya bola sepak beliau apabila bermain bersama kelab Godoy Cruz di Mendoza pada tahun 1995. Beliau juga bermain untuk Huracán, Talleres dan Instituto sebelum menyertai Colón pada tahun 2008.

Pada 20 Mei 2009, Pozo membuat penampilan sulungnya bersama Argentina dalam kemenangan 3-1 perlawanan persahabatan menentang Panama. Pada ketika itu, pemain-pemain pasukan Argentina diambil daripada kelab-kelab di Liga Perdana Argentina. Pada bulan Mei 2010 pula, Argentina berjaya mengalahkan pasukan Haiti dengan keputusan 4-0, di mana Pozo menjaga pintu gol dengan tidak dibolosi pihak lawan.[1] Walaupun beliau menunjukkan prestasi kurang memuaskan, Maradona tetap memasukkan beliau ke dalam pasukan Argentina untuk Piala Dunia FIFA 2010.

  1. ^ "Diego Pozo - Goalkeeper"[pautan mati kekal], TEAMTalk.com, dicapai pada 10 Julai 2011.