Edward Gent
Sir Edward Gent | |
---|---|
Dalam jawatan 1 Februari 1948 – 4 Julai 1948 | |
Didahului oleh | tiada, jawatan dicipta |
Digantikan oleh | Sir Henry Gurney |
Dalam jawatan 1 April 1946 – 30 Januari 1948 | |
Didahului oleh | tiada, jawatan dicipta |
Digantikan oleh | tiada, jawatan dimansuhkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Gerard Edward James Gent 28 Oktober 1895 Kingston, Surrey, England |
Mati | 4 Julai 1948 (age 52 ) Ruislip, England |
Pasangan | Guendolen Mary Wyeth |
Sir Gerard Edward James Gent KCMG DSO OBE MC (28 Oktober 1895 - 4 Julai 1948) telah dilantik sebagai Gabenor pertama Malayan Union pada tahun 1946.
Kehidupan
[sunting | sunting sumber]Gent telah dilahirkan pada tahun 1895, merupakan anak kepada John Gent (1844–1927) dan Harriet Frankland Randall. Nama asal beliau ialah Gerard Edward James Gent, tetapi dia mengubahnya kepada Edward James Gent, atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Beliau mendapat pendidikan di The King's School, Canterbury, dan Kolej Trinity, Oxford.
Gent mengahwini Guendolen Mary Wyeth pada tahun 1923, dan mereka mempunyai empat orang anak, Marcus James Gent, Gerard Nicholas Gent, Ann Monica Gent dan Janice Mary Gent.
Kerjaya tentera
[sunting | sunting sumber]Gent berkhidmat dengan Duke of Cornwall's Light Infantry dalam Perang Dunia Pertama di Flanders dan Itali. Beliau telah cedera dua kali dan telah dianugerahkan Military Cross pada tahun 1917 dan Distinguished Service Order pada tahun 1919.
Kerjaya diplomatik
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan orang pertama dilantik sebagai Gabenor Malayan Union, Sir Edward juga menjadi Pentadbir Kolonial pertama untuk membincangkan secara terbuka bagi membentuk kerajaan yang lebih baik untuk masa depan Tanah Melayu, di mana Persekutuan Tanah Melayu kemudian ditubuhkan. Beliau adalah seorang tokoh penting dalam pembentukan Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di Kuala Lumpur, dan Gabenor Malayan Union yang pertama.
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom, balunya Lady Gent, bersama-sama dengan Lady Gurney, telah dijemput ke majlis tersebut sebagai tetamu kehormat.
Darurat Tanah Melayu
[sunting | sunting sumber]Gent kekal sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu apabila Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi beliau tidak kekal lama pada jawatannya. Beliau dipecat oleh Pejabat Tanah Jajahan dan dipanggil semula ke London pada 29 Jun 1948 apabila tercetusnya Darurat Tanah Melayu selepas Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Besar British bagi Asia Tenggara, melobi Whitehall.[1] Gent tidak percaya komunis memberikan sebarang ancaman dan enggan bertindak. Apabila komunis mula melancarkan serangan ke atas ladang-ladang getah Tanah Melayu, Gent mengisytiharkan darurat pada 15 Jun di bahagian-bahagian Perak dan Johor sahaja, mendatangkan kekecewaan penanam getah yang menuntut perisytiharan di seluruh negara. Gent hanya terpaksa memperluaskan pengisytiharan untuk seluruh Tanah Melayu pada hari berikutnya apabila Straits Times menulis "Govern or Get Out" (Tadbir aau Keluar) pada muka hadapannya dan dengan itu merangsang sentimen orang ramai terhadapnya.[2]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Gent pulang ke United Kingdom dalam pesawat pengangkutan Avro York Tentera Udara Diraja apabila ia bertembung dengan sebuah Douglas DC-6 Scandinavian Airlines System berhampiran Northwood, utara London, seminggu selepas beliau dipanggil semula ke London.[3]
Didahului oleh Jawatan dicipta |
Gabenor Malayan Union 1946–1948 |
Diikuti oleh: Jawatan dimansuhkan |
Didahului oleh Sir Shenton Thomas |
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu 1948–1948 |
Diikuti oleh: Sir Henry Gurney |
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1895
- Kematian 1948
- Pegawai Perkhidmatan Pentadbiran Kolonial
- Pentadbir British di Tanah Melayu
- Mangsa kemalangan atau insiden penerbangan di United Kingdom
- Alumni Kolej Trinity, Oxford
- Pegawai Duke of Cornwall's Light Infantry
- Pegawai Order of the British Empire
- Penerima Military Cross
- Anggota Distinguished Service Order
- Kesatria Commander of the Order of St Michael and St George
- Orang dari Kingston upon Thames