Esoterisme
Esoterisme ialah istilah yang ada dua makna. Mengikut kamus, esoterisme bermaksud pegangan pendapat esoterik,[1] dan berasal dari perkataan Yunani ἐσωτερικός (esôterikos), iaitu kata majmuk ἔσω (esô, "dalam"), iaitu "kebatinan", atau mistik, berlawanan dengan eksoterik. Menurut bahan ilmiah pula, istilah ini memaksudkan aliran keagamaan bersejarah seperti Gnostisisme, Hermetisme, sihir, astrologi, alkimia, Rosicrucianism, Teosofi Kristian Jacob Böhme dan para pengikutnya, Iluminisme, Mesmerisme, Swedenborgianisme, Spiritualisme, dan aliran-aliran teosofi yang berkaitan dengan Helena Blavatsky para pengikutnya. Bermacam-macam pandangan berbeza yang dikemukakan mengenai sifat-sifat bersama yang menyatukan aliran-aliran tersebut, tetapi tiada satu pun yang menjadikan "kebatinan", misteri atau rahsia sebagai sifat penting.
Pengetahuan esoterik, dalam erti kata kamus, adalah yang hanya dapat dicapai oleh segolongan kecil orang yang "makrifat" atau menerima pendidikan khusus[2], berbeza dengan pengetahuan eksoterik yang diketahui dan difahami umum.
Esoterisme juga membawa erti ilmu atau persepsi yang sukar difahami apatah lagi diingati, seperti fizik teori, atau berkenaan perincian bidang tertentu, seperti statistik bola sepak "esoterik".
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Chambers 20thC dictionary, 1972
- ^ "Merriam-Webster Online Dictionary : esoteric". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-07. Dicapai pada 2009-01-14.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.