Fil Marsyal
Fil Marsyal (bahasa Inggeris: Field Marshal) merupakan satu pangkat tentera yang paling kanan. Pada hari ini, ia merupakan pangkat tertinggi di dalam sesebuah tentera darat di mana ia digunakan, iaitu selepas Jeneral ataupun selepas Kolonel Jeneral bagi tentera negara-negara Eropah Timur dan hanya segelintir orang yang dilantik ke pangkat ini. Bagaimanapun, berdasarkan sejarah beberapa pasukan tentera menggunakan pangkat Marshal sebagai pangkat bagi seseorang pemerintah divisyen, contohnya Sepanyol dan Mexico (bahasa Sepanyol: mariscal de campo). Di Perancis, Portugal dan Brazil (bahasa Perancis: maréchal de camp, bahasa Portugis: marechal de campo) dahulunya merupakan pangkat bagi pemerintah briged.
Asal istilah
[sunting | sunting sumber]Pangkat Fil Marsyal berasal dari Zaman Pertengahan, di mana ia bermakna "penjaga kuda raja" (berasal dari perkataan Jerman purba iaitu Marh-scalc = "kuda-orang gaji") pada zaman awal raja-raja Franks.
Terdapat beberapa negara yang menggunakan gelaran Marshal, manakala yang lain menggunakan Jeneral Fil Marsyal atau (bahasa Jerman) Generafeldmarschall. Perkhidmatan tentera udara di negara-negara Komanwel dan kebanyakkan tentera udara negara Timur Tengah juga menggunakan istilah ini. Pangkat tentera udara yang menggunakan istilah ini bermula dari Air Vice Marshal, Air Marshal, Air Chief Marshal dan akhir sekali yang setara dengan Field Marshal ialah Marshal of the Air Force. Pangkat tentera laut yang setanding adalah Fleet Admiral, Grand Admiral (bahasa Jerman:Grossadmiral) atau Laksamana Armada.
Dengan kenaikan pangkat ini, secara tradisinya seseorang Fil Marsyal akan dianugerahkan baton, di mana ia akan dibawa sebagai satu simbol kuasa. Kebiasaannya, baton ini akan ditatahkan dengan batu permata dan logam berharga.
Fil Marsyal Tentera Darat Malaysia
[sunting | sunting sumber]Di Malaysia, pangkat ini dikhususkan untuk Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah bertakhta sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Angkatan Tentera berhak memegang pangkat tertinggi dalam Tentera Darat ini, begitu juga pangkat bertaraf lima bintang yang lain iaitu Laksamana Armada dan Marsyal TUDM.
Insignia
[sunting | sunting sumber]Fil Marsyal | |
---|---|
Pakaian Istiadat | Pakaian No 3 |
Pangkat Fil Marsyal yang sepadan negara lain
[sunting | sunting sumber]- Field marshal (Australia)
- Feldmarschall (Austria-Hungary monarki)
- Marshal (Brazil)
- Stožerni general (Croatia)
- Mushir (Mesir)
- Fil Marsyal (Finland)
- Maréchal de camp (mejar jeneral); Marsyal Perancis
- Generalfeldmarschall (Jerman)
- Stratarches(Στρατάρχης) (Greece)
- Fil Marsyal (India)
- Jenderal Besar (Indonesia)
- Field marshal (Iran)
- Marsyal Itali
- Rav-Aluf (Israel)
- Fil Marsyal (Malaysia)
- Field marshal (New Zealand)
- Field marshal (Pakistan)
- Marsyal Peru
- Fil Marsyal Filipina
- Marsyal Poland
- Mareşal (Romania)
- General field marshal (Imperial Rusia)
- Marsyal Persekutuan Rusia
- Fil Marsyal (Afrika Selatan)
- Marsyal Kesatuan Soviet
- Vojvoda (Serbia)
- Fältmarskalk (Sweden)
- Chom Phon (Thailand)
- Mareşal (Turki)
- Field marshal (Uganda)
- Fil Marsyal (United Kingdom)
- Marszałek Polski (Poland)
- Jeneral Angkatan Darat (Amerika Syarikat)