Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Folly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menara isyarat Broadway Tower, Worcestershire, England
Folly di Wimpole Hall, Cambridgeshire, England, dibina untuk menyerupai puing era-Goth

Dalam seni bina, folly (bahasa Inggeris: folly) merupakan satu bangunan yang mewah, untuk suka-suka dan aneh, direka lebih untuk penyataan seni berbanding praktikal.

Pada mulanya, struktur sebegini sering digelar "Folly [nama arkitek atau jurubina]", bersempena individu yang mengkehendaki atau mereka projek tersebut (contohnya kompleks besar oleh Ferdinand Cheval). Perkataan "folly" diambil dari maksud perkataan "kebodohan, keseronokan atau suka-suka" (foolishness, fun or light-heartedness).

Namun, folly yang langsung tiada tujuan praktikal amat kurang. Selain dari aspek perhiasan, kebanyakan folly mempunyai tujuan yang kemudian tidak diingati lagi, contohnya seperti menara perburuan. Mengikut The Folly Fellowship, satu pertubuhan amal untuk folly, folly merupakan satu struktur yang sering disalahfahami.

United Kingdom

[sunting | sunting sumber]
  • Menara Broadway, Cotswolds, England.