Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Gedung konfeksioneri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kedai gula-gula di Buenos Aires, Argentina
Gedung gula-gula Freak Lunchbox di Halifax, Nova Scotia

Gedung konfeksioneri (lebih lazim dirujuk sebagai kedai gula-gula di United Kingdom atau gedung gula-gula di Amerika Syarikat) yang menjual konfeksioneri dan adalah biasanya disasarkan pada kanak-kanak atau para pelancong dalam dunia runcitan moden. Kebanyakan kedai konfeksioneri biasanya dipenuhi dengan beraneka jenis gula-gula yang jauh lebih banyak daripada yang boleh muat di kedai runcit atau kedai mudah beli biasa. Gedung ini sering menawarkan pilihan makanan ringan dan gula-gula kuno dari pelbagai negara. Kedai sebegini jarang sekali menukar susun aturnya sejak dibuka, sehingga memberikan rasa mesra dan nostalgia dengan koleksi besar gula-gula dalam balang, dengan pemandangan dan bau yang menimbulkan kenangan pada masa kanak-kanak.

Sebuah kedai konfeksioneri kelas tinggi

Penjual coklat pertama dibuka pada pertengahan abad ketujuh belas di London, dengan contoh awal ialah White's. Pada mulanya pembelian coklat yang banyak hanya dibenarkan untuk orang kaya sahaja, tetapi penjualannnya menjadi semakin mudah dalam jangkauan ekonomi rakyat biasa ketika tahun-tahun berlalu kerana harga gula-gula menurun. Beberapa tukang gula-gula terkenal di Amerika Syarikat termasuk Orne's Candy Store, yang dibuka pada tahun 1885 di pusat bandar Boothbay Harbor di pantai Maine, dan Fannie May Candies, yang membuka kedai gula runcit pertamanya di Chicago pada tahun 1920.

  • "Confectionary Timeline". Dicapai pada 2006-09-10.
  • "Fanny May - History of Chocolate". Dicapai pada 2006-09-10.
  • "Orne's Candy Store - History". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-30. Dicapai pada 2006-09-10.
  • "CXP Brief A Detailed Description of the Candy Store and Candy Shop- History". Dicapai pada 2007-06-25.