Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Gempa bumi Dingxi 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi Dingxi 2013
Gempa bumi Dingxi 2013 yang terletak di China
Gempa bumi Dingxi 2013
MagnitudMs 6.6 (CENC)[1]
Mw 5.9 (USGS)[2]
Mw 6.0 (EMSC)[3]
Kedalaman20 kilometer (12 bt)
Koordinat34°30′N 104°12′E / 34.5°N 104.2°E / 34.5; 104.2Koordinat: 34°30′N 104°12′E / 34.5°N 104.2°E / 34.5; 104.2
Kawasan terjejasChina
Korban95 maut, 1000+ cedera (setakat 23:00 CST, 23 Julai 2013)[4]
Peta goncang gempa bumi. (Oleh Pemantauan Geologi Amerika Syarikat)

Pada 22 Julai 2013, serangkaian gempa bumi terjadi di Dingxi, Gansu. Gempa pertama terjadi pada 07:54 Waktu Piawai China dengan pusat gempa di Kaunti Min dan Kaunti Zhang.[1] Gempa pertama berkekuatan Ms 6.6 skala Richter oleh China Earthquake Data Center dengan kedalaman 20.0 kilometer (12 bt).[1] Ia diukur Mw 5.9 oleh Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS)[2] dan Mw 6.0 oleh European Alert System.[3] Gempa susulan terjadi sekitar satu jam setelah gempa pertama yang berkekuatan 5.6 skala Richter oleh Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).[5] Mulai 18:00 CST (10:00 UTC), 22 Julai 2013, 422 gegar penghujung telah direkodkan.[4] Rangkaian gempa bumi tersebut juga dirasakan di Tianshui dan Lanzhou di Gansu, dan juga Xi'an, Baoji, dan Xianyang di Shaanxi.[4]

Setakat 23:00 CST, 23 Julai 2013, rangkaian gempa tersebut telah mengorbankan 95 nyawa, dan lebih daripada 1,000 orang cedera.[4]

Kebanyakan korban terjadi di Kaunti Min, terletak 15 kilometer (9 bt) dari pusat gempa, yang mencatatkan 87 kematian.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c "甘肃省定西市岷县、漳县交界发生6.6级地震" (dalam bahasa Cina). China Earthquake Networks Center. 22 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-22. Dicapai pada 22 Julai 2013.
  2. ^ a b "M5.9 - 13km E of Chabu, China (BETA)". USGS. 2013-07-22.
  3. ^ a b "M 6.0 - GANSU, CHINA - 2013-07-21 23:45:57 UTC". EMSC. 22 Julai 2013.
  4. ^ a b c d e "89 dead, 5 missing in NW China quake". Xinhua News Agency. 22 Julai 2013. Dicapai pada 22 Julai 2013.
  5. ^ "China's Gansu province hit by powerful earthquakes". BBC. 22 Julai 2013. Dicapai pada 22 Julai 2013.