Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Genosid Rwanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Altar dalam sebuah gereja Katolik di Ntrama, tengah Rwanda yang menjadi tapak pembunuhan sebanyak 5,000 ribu orang yang mencari perlindungan dalam gereja tersebut sama ada ditembak, dipotong atau dibakar hidup-hidup.

Suatu pembunuhan besar-besaran di Rwanda barlaku pada April tahun 1994 yang melibatkan beratus-ratus ribu dua warga kaum Tutsi dan tahanan politik kaum Hutu oleh rejim dan militia Kuasa Hutu. Dalam tempoh yang dianggarkan sekitar 100 hari ini, daripada pembunuhan Juvénal Habyarimana pada 6 April sehingga pertengahan Julai, sekurang-kurangnya 500,000 orang telah terkorban.[1]

Pada tahun 1990, kumpulan pemberontak Barisan Patriotik Rwanda (RPF) yang ahlinya kebanyakannya terdiri daripada pelarian Tutsi menakluk utara Rwanda dari Uganda. Maka berlakulah Perang Saudara Rwanda, iaitu persengkataan di antara Rejim Hutu, dengan sokongan dari bangsa Afrika penutur bahasa Perancis dan orang Perancis sendiri, dan di pihak RPF, dengan sokongan daripada Uganda.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Hubungan antara kaum-kaum Hutu dan Tutsi

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990-an Habyarimana merintis suatu pemerintahan yang melibatkan tiga etnis di Rwanda yakni Hutu (85%), Tutsi (14%) dan Twa (1%). Habyarimana mengangkat perdana menteri Agathe Uwilingiyama dari suku Tutsi. Pengangkatan dari suku berbeda jenis ini jelas tidak diterima oleh kelompok militan yang ingin mempertahankan sistem pemerintahan satu suku.

Kekhauatiran bercampur kekecewaan berlebihan ini yang sekaligus akhirnya memuncak menjadi tindak pembunuhan terhadap presiden sendiri.

Insiden kemalangan pesawat milik Presiden Rwanda

[sunting | sunting sumber]

Peristiwa ini bermula pada tanggal 6 April 1994, sebuah pesawat Dassault Falcon 50 yang dinaiki Presiden Rwanda, Juvenal Habyarimana dan presiden Burundi, Cyprien Ntarymira - kedua-dua daripada mereka berbangsa Hutu - ditembak jatuh menggunakan suatu peluru berpandu permukaan ke udara ketika mereka hendak mendarat di Kigali, Rwanda.[2] Mereka baru saja menghadiri suatu pertemuan serantau di Dar es Salaam, Tanzania diadakan presiden negara tersebut, Ali Hassan Mwinyi untuk membahas masalah krisis yang berlaku di Burundi. Peristiwa penembakan ini disyaki bermotifkan dendam terhadap rencana Presiden Habyarimana yang melakukan persatuan etnis di Rwanda dan pembagian kekuasaan kepada etnis-etnis itu terutamanya Piagam Arusha (Arusha Accord) telah disusun setahun sebelumnya pada tahun 1993.

Pada petang hari sama, suatu jawatankuasa genting ditubuhkan di mana ia terdiri daripada Mejar Jeneral Augustin Ndindiliyimana dan Kolonel Théoneste Bagosora sebagai ketua.[3][4] Agathe Uwilingiyimana, Perdana Menteri Rwanda, sepatutnya mengambil alih jawatan ini[5] namun perkara tersebut ditolak jawatankuasa itu;[5] Bagosora beralasan Uwilingiyimana tidak "mendapat keyakinan rakyat Rwanda" serta "tidak berkebolehan memerintah negara ini".[5]

Pembunuhan Perdana Menteri Rwanda

[sunting | sunting sumber]

UNAMIR mengarahkan sepuluh orang askar Belgium (dalam Pasukan Pengaman PBB) agar mengiringi Uwilingiyimana ke pejabat Radio Rwanda untuk membuat siaran pengumuman rasmi.[6] Namun, pasukan pengawal Presiden mengambil alih stesen radio tersebut lalu menghalang Uwilingiyimana dari menggunakan kemudahan tersebut.[6] Keesokan harinya di pekarangan kediaman Uwilingiyimana, sekumpulan askar dan rakyat biasa mengerumuni dan memaksa askar-askar pengaman menyerahkan senjata mereka;[7] Uwilingiyimana dan suaminya dibunuh sebaik mereka berdua keluar memeriksa keadaan, manakala askar-askar pengaman tersebut dibawa ke Kamp Kigali di mana mereka diseksa sehingga mati.[8] Anak-anak Uwilingiyimana terselamat dalam persembunyian mereka sebelum diselamatkan Mbaye Diagne seorang pegawai PBB dari Senegal.[9]

Titik kejadian

[sunting | sunting sumber]

Pembunuhan

[sunting | sunting sumber]

Théoneste Bagosora mengambil alih kuasa mentadbir Rwanda beberapa jam selepas kematian Habyarimana[10][11] mengeluarkan arahan segera membunuh semua orang kaum Tutsi melalui panggilan telefon ke ketua-ketua seua prefektur di Rwanda.[12] Pembunuhan ini dibantu gerombolan awam Hutu yang sudah lengkap bersenjata sejak berbulan-bulan lalu menurut perintah tanpa banyak soal.

Di ibukota Kigali pula, Pengawal Presiden mengetuai pembunuhan beramai-ramai ini [13] dengan bantuan milita Interahamwe dan Impuzamugambi.[14] Sekatan jalan raya dikenakan di seluruh kawasan kota itu di mana setiap warga yang melaluinya diminta mengeluarkan kad pengenalan mereka; kad yang dicap dengan label kaum Tutsi segera dibunuh.[15] Pihak militia turut menggeledah perumahan di serata kota membunuh penghuni Tutsi dengan rakus sambil merampas harta benda mereka.[14]

Penamatan

[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar mangsa yang terkorban ditimbun dengan tanah sekadarnya begitu sahaja dan tidak dikebumikan secara sempurna. Pergunungan Gisozi disyaki menjadi tempat pemakaman massal. Di tempat ini diperkirakan terdapat 250.000 jasad warga tak berdosa korban konspirasi keji. Dikatakan konspirasi, karena kemudian berkembang cerita bahwa kudeta ini dilakukan pemimpin Front Patriotik Rwanda, RPF (Rwandan Patriotic Front) yaitu Paul Kagame. Usai pembunuhan massal, Kagame tampil sebagai Presiden mengantikan Habyarimana.

Perangkaan mangsa yang terjejas

[sunting | sunting sumber]

Suatu laporan dikendalikan Menteri Hal Ehwal Masyarakat Rwanda pada tahun 2007 menyatakan maklumat berkaitan bilangan mangsa yang terselamat dari kejadian ini:[16]

Bilangan mangsa Genosid Rwanda yang terselamat
Kategori Bil. yang terselamat (orang)
Mangsa yang sangat lemah 120,080
Tanpa tempat tinggal 39,685
Anak yatim dalam keluarga dijaga anak-anak 28,904
Janda 49,656
Mangsa yang dicacatkan dalam kejadian 27,498
Anak dan belia yang tiada peluang pendidikan 15,438
Lepasan pendidikan sekunder tanpa sebarang peluang pendidikan tinggi/tertier 8,000
  1. ^ Des Forges, Alison (1999). Leave None to Tell the Story: Genocide in Rwanda. Human Rights Watch. ISBN 1-56432-171-1. Dicapai pada 2009-01-12.
  2. ^ M, Mark (3 Januari 2009). "The Rwandan Genocide: Role of the Media, Local Politics and the International Community".
  3. ^ Dallaire 2005, m/s. 222–23.
  4. ^ Melvern 2004, m/s. 137.
  5. ^ a b c Dallaire 2005, m/s. 224.
  6. ^ a b Dallaire 2005, m/s. 230.
  7. ^ Prunier 1999, m/s. 230.
  8. ^ Gourevitch 2000, m/s. 114.
  9. ^ Dallaire 2005, m/s. 245.
  10. ^ Melvern 2004, m/s. 165.
  11. ^ James, Paul (2015). "Despite the Terrors of Typologies: The Importance of Understanding Categories of Difference and Identity". Interventions: International Journal of Postcolonial Studies. 17 (2): 174–95. doi:10.1080/1369801x.2014.993332.
  12. ^ Melvern 2004, m/s. 163.
  13. ^ Prunier 1999, m/s. 242–43.
  14. ^ a b Prunier 1999, m/s. 243.
  15. ^ Prunier 1999, m/s. 261.
  16. ^ "Jacqueline's Human Rights Corner". Jacqueline's Human Rights Corner. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
Bibliografi

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]