Gerald Melcolm
Penampilan
Gerald Melcom adalah salah seorang daripada pasangan dua beradik yang merupakan rakyat Malaysia pertama yang sampai ke Kutub Utara. Beliau dengan adiknya, Justin Maurice Read, berjaya sampai ke Kutub Utara pada 19 April 1999 untuk meletakkan Jalur Gemilang berkibar megah di kemuncak bumi.[1]
Kedua mereka telah berjaya engukir nama dalam sejarah tanah air sebagai rakyat Malaysia yang pertama ke Kutub Utara dengan berbekalkan keazaman dan semangat waja. Mereka terpaksa mengharungi suhu getir 30 darjah di bawah paras beku untuk meredah salji sejauh lebih daripada 110 kilometer dalam masa 11 hari untuk sampai ke Kutub Utara itu.