Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Ghazal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Satu album Ghazal piring hitam yang didendangkan oleh Ramlah Adon.

Ghazal (Parsi: غزل; Turki gazel) merupakan puisi yang mengandungi yang berasal sekitar 670 M, dari Parsi. Ia biasanya adalah puisi kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik. Ghazal popular di daerah Muar dan Batu Pahat.

Dalam sastera (dan sebagai lirik lagu), ghazal adalah bentuk puisi poetic form mengandungi rangkap yang berkongsi rima dan refrain. Setiap baris mesti berkongsi ukuran yang sama. Secara etimologi, perkataan "ghazal" secara harfiah merujuk pada "tangisan kematian seekor gazel". Haiwan itu dipanggil ghizal. Secara tradisinya, ghazal adalah ungkapan cinta, perpisahan dan kesunyian yang sesuai dilambangkan oleh gazel. Jadi, ghazal dapat difahami sebagai ungkapan berbentuk puisi tentang kesakitan akibat kehilangan seseorang yang dikasihi atau perpisahan dan keindahan cinta meskipun pedih. (Dalam bahasa Arab perkataan "ghazal" secara harfiahnya bererti "berbicara dengan wanita").

Ghazal dalam bentuk silam, bermula pada abad ke 10 ayat bahasa Persia. Ia adalah dari qasida Persia, yang sebelum itu diambil dari bentuk Arab yang boleh dikesan bermula seawal abad ke 8. Ghazal berkembang ke India pada abda ke 12 di bawah pengaruh Mughal. Walaupun ghazal merupakan bentuk puisi Urdu yang terkemuka, masa kini ia mempengaruhi puisi banyak bahasa.

Ghazal ditulis oleh penyair dan ahli sufi Persia, Jalal al-Din Muhammad Rumi (abad ke-13) dan Hafez (abad ke-14), penyair Turki Fuzuli (abad ke-16), dan juga Mirza Ghalib (1797-1869) dan Muhammad Iqbal (1877-1938), yang menggunakan bahasa Parsi dan Urdu. Melalui pengaruh Johann Wolfgang von Goethe (1749-1832), ghazal menjadi popular di Jerman pada abad ke-19, dan bentuk ini digunakan secara meluas oleh Friedrich Rückert (1788-1866) dan August von Platen (1796-1835). Penyair Kashmir-Amerika Syarikat Agha Shahid Ali juga merupakan penyokong bentuk ini, dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain; dia menyunting jilid "real ghazals in English."

Butiran bentuk

[sunting | sunting sumber]
  • Ghazal digubah dalam bentuk kuplet, lima atau lebih.
  • Baris kedua bagi setiap kuplet (atau sher) dalam ghazal berakhir dengan pengulangan baris ulang (refrain) bagi satu atau beberapa perkataan yang dikenali sebagai radiif (walaupun radiif pada hakikatnya adalah ciri pilihan), didahului oleh rima yang dikenali sebagai qaafiyaa. Dalam kuplet pertama yang memperkenalkan tema, kedua-dua baris berakhir dengan rima dan baris ulang supaya skima rima ghazal adalah AA BA CA dan seterusnya.
  • Tiada enjambement sepanjang kuplet dalam ghazal ketat; setiap kuplet mesti adalah satu ayat lengkap (atau beberapa ayat) dalam dirinya sendiri.
  • Keseluruhan kuplet dan setiap baris dalam setiap kuplet mesti berkongsi ukuran yang sama.
  • Secara mudah, ghazal adalah nama bagi satu bentuk dan bukan spesifik-bahasa.
  • Dalam bahasa-bahasa Asia Selatan, sesetengah ghazal tidak mempunyai sebarang radiif. Bagaimana pun ini adalah sesuatyang jarang. Ghazal sebegitu dipanggil "ghair-muraddaf" ghazal. Qasidah Arab pra-Islam berima tunggal; seperti qasidah yang lain, ghazal itu sendiri tidak mempunyai radiif.
  • Walaupun setiap sher itu sendiri mungkin adalah puisi bebas yang berasingan, adalah mungkin bagi semua sher mempunyai tema yang sama malahan kesinambungan pemikiran yang sama. Ini dipanggil musalsal ghazal (ghazal berkait atau bersambung).

Kelaziman mengikut negara

[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia antara penyanyi Ghazal yang terkenal adalah Ramlah Adon, Ahmad Jusoh, S. Fauziah dan Rosiah Chik, Allahyarham Fadzil Ahmad, Andre Goh, Aspalela Abdullah, Kamariah Noor,Noraniza Idris, Sharifah Aini, Ramlah Ram dan Syura dan ramai lagi untuk disebut kesemuanya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]