H5N1
Penampilan
Highly pathogenic H5N1 | |
---|---|
→ Negara-negara dimana burung terbunuh oleh penyakit ini. | |
→ Negara-negara dimana manusia dan unggas terbunuh oleh penyakit ini. |
H5N1 merupakan salah satu subtipe virus influenza yang menyebabkan penyakit selesema burung. Virus ini menyebabkan penyakit pada banyak spesies vertebrata, termasuk manusia, dan berpeluang menjadi pandemik influenza. Para ahli risau bahawa virus H5N1 dapat bermutasi menjadi bentuk yang dapat menular dengan mudah dari manusia ke manusia, walaupun sehingga sekarang belum ada kejadian kuat yang menyokong kekhawatiran itu. Mutasi seperti itu pernah terjadi ketika virus H2N2 berevolusi menjadi strain Selesema Hong Kong H3N2.