Habakuk
Habakuk atau Havakuk (bahasa Ibrani: חֲבַקּוּק, Piawai Ḥavaqquq Tiberias Ḥăḇaqqûq) adalah seorang nabi dalam Alkitab Ibrani. Nama ini berkemungkinan berkaitan dengan kata dalam bahasa Akkadia untuk sejenis tanaman, atau erti katanya dalam bahasa Ibrani bererti "rangkulan". Habakuk adalah nabi ke-8 dari 12 nabi-nabi kecil dan kemungkinan juga merupakan penulis Kitab Habakuk, yang menggunakan namanya.
Secara umumnya, tidak ada yang diketahui tentang sejarah peribadi Habakuk secara tepat, dan apa yang dapat kita simpulkan dari teks kitabnya adalah, ia terdiri dari lima orakel tentang orang-orang Kasdim (Babel) dan sebuah nyanyian pujian kepada Allah. Kerana bangkitnya bangsa Kasdim ke tampuk kekuasaan terjadi pada sekitar tahun 612 SM, kita dapat mengasumsikan bahawa Habakuk aktif pada masa itu, sehinggakan ia dikatakan sezaman dengan Yeremia dan Zefanya. Namun demikian, sumber-sumber Yahudi tidak mengklasifikasikannya dengan kedua nabi itu, yang seringkali dianggap mempunyai persamaan oleh masyarakat. Ada juga berpendapat berkemungkinan bahawa Habakuk hidup sedikit lebih awal daripada kedua nabi yang disebutkan tadi.
Yahudi berbendapat, Habakuk unik diantara para nabi lain kerana dialah satu-satunya yang mempertanyakan tentang hikmat Allah. Dalam bahagian pertama dari fasal pertama, Nabi Habakuk dikatakan melihat ketidakadilan di antara bangsanya dan suka bertanya mengapa Allah tidak bertindak: "1:2 berapa lama lagi, Tuhan, aku berteriak, tetapi tidak Kau-dengar, aku berseru kepada-Mu: "Penindasan!" tetapi tidak Kau-tolong? - (Alkitab Terjemahan Baru LAI).
Ada sebuah makam di kota Toyserkan di bahagian barat Iran yang diyakini sebagai makam Nabi Habakuk [1]. Tempat ini dilindungi oleh Pertubuhan Warisan Budaya Iran. Pedoman organisasi ini untuk Provinsi Hamedan menyatakan bahawa Habakuk diyakini sebagai pengawal di Bait Suci Solomon, dan bahawa ia ditawan oleh orang-orang Babel dan kemudian dipenjarakan selama beberapa tahun. Setelah dibebaskan oleh Kurusy Agung, ia pergi ke Ekbatana dan tinggal di sana hingga meninggal dunia, lalu dimakamkan di suatu tempat yang tidak begitu jauh, yakni apa yang kini dikenal sebagai Toyserkan.
Dalam kalendar liturgi Gereja Ortodoks Timur, hari perayaannya jatuh pada 2 Disember.