Haiza
Haiza | |
---|---|
Kelahiran | Rohaizah binti Nordin 2 Februari 1980 |
Nama lain | Haiza |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1993–kini |
Majikan |
|
Pasangan | Norhanapfe Omar (k. 2007)
|
Anak-anak | 1 |
Ibu bapa |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | Dangdut |
Tahun aktif | 1995–kini |
Syarikat rakaman | PolyGram |
Rohaizah Nordin atau lebih dikenali sebagai Haiza (lahir 2 Februari 1980) ialah seorang penyanyi yang membawakan konsep dangdut di Malaysia.
Kehidupan awal dan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Penyanyi ini berasal dari Benut, Pontian, Johor Darul Takzim. Haiza berketurunan Bugis ini dibesarkan di Kampung Lama Benut, Pontian Johor. Bapa haiza iaitu Tuan Hj. Nordin bin Hj. Daud merupakan bekas seorang guru dan ibunya Zainab binti Ebar merupakan seorang pengusaha restoran. Selain menjadi penyanyi haiza juga seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio di Stesen Radio Malaysia KL FM untuk Segmen Rentak Pagi K.L bersama Dj Sonic dan Dj Nazrie bermula jam 6 hingga 10 pagi setiap hari khamis dan jumaat sejak november 2012 bersama penerbit Mamu Hezri (Hezri Hashim). Pada tahun 2015, Haiza telah berhijrah ke stesen radio Best FM yang dulunya dikenali sebagai Best 104 mengendalikan segmen Best Pagi bermula jam 6 hingga 10 pagi bersama Zairi Ibrahim atau (Aizairi). Bermula Mac 2016 Haiza bertugas di Kool 101 sehingga sekarang.
Haiza telah dilantik menjadi duta biskut Julie's selama setahun. Selain itu juga Haiza dilantik pengguna dan testimonial produk set bersalin Ibu Halimah, Jamu Mak Dara. Terkini Haiza di bawah Syarikat HDeen Resources telah mengeluarkan Produk Jus Kesihatan untuk wanita wanita yang diberi nama H.A.I.Z.A JUS CURCUMAE VIT-PLUS. Haiza juga pengasas produk Minyak Wangi My Haiza. Haiza juga mempunyai syarikat pengurusn sendiri My Own Entertainment Management.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Rohaizah Nordin berkahwin dengan suaminya Norhanaphe Omar pada 2007. Beliau selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia UKM Cheras 9 September 2012 malam Ahad. Bayi seberat 3.07 kilogram itu lahir secara normal kira kira pukul 8:37 malam.[1]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album Studio
[sunting | sunting sumber]- Dag Dig Dug...Mana Tahan (1995)
- Yang Nombor Satu (1996)
- Tunggu Dulu Sabar Dulu (1998)
- Akustika (2000)
- Haiza 2009 (2009)
- Semalam (2012)
- Kerana (2014)
Album Kerjasama
[sunting | sunting sumber]- Semarak Dangdut (Various Artiste) (2005)
- Dang Dang Dut 3 (Various Artiste) (2005)
Album Kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Wajah Wajah Haiza (1997)
Single
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
1995 | "Dag Dig Dug" separuh akhir muzik muzik | — | — | — | — | Dag Dig Dug...Mana Tahan |
"Mana Tahan" | — | — | — | — | ||
"Tunggu Dulu" | — | — | — | — | ||
1996 | "Sampaikan Salam Cintaku" | — | — | — | — | |
"Yang Nombor Satu" | — | — | — | — | Yang Nombor Satu | |
"Yo! Berdansa" | — | — | — | — | ||
"Cinta Berat" | — | — | — | — | ||
1997 | "Jeling Menjeling" | — | — | — | — | Wajah Wajah Haiza |
1998 | "Tunggu Dulu Sabar Dulu" | — | — | — | — | Tunggu Dulu Sabar Dulu |
"Yang...Dalam Cinta" | — | — | — | — | ||
"Cinta Si Bola Ping Pong" | — | — | — | — | ||
2000 | "Bebaskan Dirimu" | — | — | — | — | Akustika |
"Andaian Cinta" | — | — | — | — | ||
"Tamu Cinta" | — | — | — | — | ||
2005 | "Gara Gara Malam Minggu" duet bersama Syikin | — | — | — | — | Dang Dang Dut 3 |
"Terlena" | — | — | — | — | ||
"Semarak Dangdut" bersama Iwan Syahman, Sheeda dan Syikin | — | — | — | — | Semarak Dangdut | |
2009 | "Dua Kutub Magnet" | — | — | — | — | Haiza 2009 |
"Semarak Hati" | — | — | — | — | ||
2012 | "Semalam" | — | — | — | — | Semalam |
"Marilah Padaku" | — | — | — | — | ||
2014 | "Kerana" menampilkan Filsuf Daly | — | — | — | — | Kerana |
Gegar Vaganza 2015
[sunting | sunting sumber]Haiza merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim 2015.
Minggu 1: Dag Dig Dug (Lagu sendiri)
Minggu 2: Kelmarin (nyanyian asal Zur Eda)
Minggu 3: Istilah Bercinta (nyanyian asal Ramli Sarip)
Minggu 4: Bintang Kehidupan - duet bersama Ronnie (lagu asal Yanti & Ronnie)
Minggu 5: Rela (nyanyian asal Tila)
Minggu 6: Patahnya Sayap Malam (nyanyian asal Massa)
Minggu 7 (suku akhir): Kopi Dang Dut (nyanyian asal Fahmy Shahab)
Minggu 8 (separuh akhir): Flora Cinta (nyanyian asal Min Malik)
Minggu 9 (akhir): Tugasan Pertama - Puisi Cinta (nyanyian asal Ilusi)
Tugasan Kedua (battle vs Ezad Lazim) - Apa Khabar (nyanyian asal Joe Flizzow & SonaOne)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2004 | Pontianak Harum Sundal Malam | Zai | Filem pertama |
2005 | Pontianak Harum Sundal Malam II |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Anak Betong | TV3 | Drama pertama |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Cinta KLCC | Shereen | VCD | Pelakon undangan |
Tiga Dara Pingitan | Noi |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]- Muzik TV (2000 sehingga 2002) bersama Azza Elite
- Zoom (2002) bersama Azza Elite dan pelakon Sharifah Shahirah.
- Selamat Pagi Malaysia (2004)
- Gegar Vaganza (musim 2) (2015)
- Duo Star (2016)
Radiografi
[sunting | sunting sumber]Radio
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
2012-2015 | Rentak Pagi K. L | KL FM |
2015-2016 | Best Pagi | Best FM |
3 Mac 2016 - kini | Pagi Hari Di Kool, Santai Siang, Bicara Petang & Pagi On Point Extended | Kool 101 |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Artis Versatil Popular | — | Tercalon |
Penyampai Radio Popular | — | Tercalon | ||
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular | — | Tercalon | ||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyampai Radio Popular | — | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1980
- Orang hidup
- Penyanyi wanita Malaysia
- Orang dari Johor
- Muslim Malaysia
- Peserta Gegar Vaganza
- Pengacara wanita Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Penyampai radio Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Warga Radio Televisyen Malaysia