Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Harem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datangnya daripada adat Arab, istilah harîm حريم (bandingkan haram) ialah sebahagian rumah yang diharamkan kepada para lelaki yang tidak dikenali. Dua mengenali harem dengan cara Empayar Uthmaniyyah. Perkataan itu sendiri bermakna yang amat dihormati dan dimuliakan.[Penjelasan diperlukan]

Dalam bahasa-bahasa Barat seperti bahasa Inggeris, istilah ini merujuk secara kumpulan kepada para wanita dalam mana-mana rumah berpoligini dan juga pada kawasan "tiada lelaki dibenarkan", atau dalam kegunaan moden pada sebilangan pengikut wanita atau peminat-peminat seorang lelaki.

Dalam bahasa-bahasa Barat lain, istilah seraglio - daripada suatu kelainan bahasa Itali daripada perkataan bahasa Parsi saraay, bermakna 'istana, halaman berpagar' - telah mempunyai banyak konotasi.

Babak dalam sebuah Harem, Guardi

Sejarah perkataan

[sunting | sunting sumber]

Perkataan ini telah dirakamkan dalam bahasa Inggeris sejak 1634, melalui bahasa Turki harem, daripada bahasa Arab haram, asalnya melibatkan "kawasan wanita," secara harfiah: "sesuatu diharamkan atau disimpan," daripada akar harama: "dia mengawal, mengharam." Trikonsonantal H-R-M adalah umum pada kata-kata bahasa Arab melibatkan haram. Perkataan ini seasal dengan bahasa Ibrani herem, diberikan dalam bahasa Yunani sebagai ’anáthema ketika ia berkait dengan pengucilan disebutkan oleh halaman Sanhedrin Yahudi - kesemua kata-kata ini bermakna bahawa sebuah objek adalah "suci" atau "accursed (terlaknat)".

Kebersendiridan wanita dalam Islam adalah dihormati dan dimuliakan, setakat mana apa-apa kemasukan yang menyalahi undang-undang ke dalam tempat peribai itu adalah haram.

Bertentangan dengan kepercayaan umum, sebuah harem Muslim tidak semestinya ada hanya wanita dengan mana ketua rumah itu mempunyai perhubungan seks (para isteri dan gundik), tetapi juga anak muda mereka; dan ia sama ada suatu kompleks rumah agam, seperti dalam cerita Romantik, dalam mana ia termasuk kakitangan (para wanita dan sida-sida), atau hanya semata-mata kawasan-kawasan mereka, dalam adat Uthmaniyyah berasingan daripada selamlik lelaki.

Harem Sultan Besar Turki, yang berada dalam seraglio Istana Topkapı, biasanya merumahkan beberapa ratus – pada sesetengah waktu lebih daripada seribu – wanita termasuk para isteri. Ia juga merumahkan ibu, anak perempuan dan saudari perempuan lain Sultan, dan juga sida-sida dan hamba perempuan untuk mengkhidmati wanita tersebut. Pada zaman-zaman kemudian, anak-anak lelaki Sultan juga tinggal di Harem sehingga mereka berusia enam belas thaun, apabila ia dianggap sesuai untuk mereka bermuncul di kawasan awam dan berpentadbiran istana. Harem Topkapı ialah, dalam sesetengah segi, hanyalah kawasan hidup bersendirian Sultan dan keluarga baginda di dalam kompleks istana.

Didakwakan bahawa harem wujud di Parsi di bawah Achaemenid dan wangsa-wangsa Iran kemudiannya (Sassanid Chosroes II dilaporkan mempunyai sebuah harem 3,000 isteri, dan juga 12,000 watak tidak dilaporkan dalam sejarah Iran, terutamanya sewaktu Revolusi Berpelembagaan Iran. Walau bagaimanapun, dakwaan ini ditikaikan oleh sesetengah sejarawan Parsi.[1]

Harem juga terjemahan bahasa Inggeris bagi istilah bahasa Cina hougong, 後宮—secara harfiah bermakna "bahagian belakang istana." Hougong ialah istana besar untuk permaisuri-permaisuri, gundik-gundik, pengiring wanita dan sida-sida maharaja Cina. Para wanita yang tinggal dalam hougong maharaja kadangkala dibilangkan dalam beribuan.

Sesetengah orang Islam [perlu rujukan] menegaskan bahawa Islam tidak pernah menetapkan kegunaan harem, dan ia muncul semula sebagai sebahagian kebudayaan Uthmaniyah, sebagai institusi sebelum Islam dan juga Kristian (jelasnya dalam nama-nama lain).

Insititusi harem digunakan oleh sesetengah terpesona dalam bayangan Eropah[Penjelasan diperlukan], terutamanya sewaktu Zaman Romanticism (lihat pula Orientalisme), disebabkan penulisan-penulisan pengembara Richard Francis Burton. Banyak orang Barat membayangkan sebuah harem sebagai rumah pelacuran terdiri daripada banyak wanita yang penuh ghairah berbaring dengan badan-badan berminyak, dengan memuaskan lelaki yang berkuasa pada siapa mereka telah menyerahkan diri mereka. Kebanyakan ini dirakamkan dalam kesenian dari zaman itu, biasanya menggambarkan kumpulan-kumpulan wanita cantik membaring berdekatan spa dan kolam.

Tema berabad-abad lamanya dalam kebudayaan Barat ialah penggambaran wanita Eropah dibawa secara paksa ke dalam harem Oriental – bukti untuk contoh dalam opera Mozart Die Entführung aus dem Serail ("Pemelarian dari Seraglio") mengenai percubaan wira Belmonte untuk menyelamatkan kekasihnya Konstanze daripada seraglio/harem Pasha Selim.

Tema yang sama masih diulangkan pada beberapa buku novel bersejarah dan seram. Misalnya "Angélique dan Sultan", bahagian bersiri-siri terlaris Perancis oleh Sergeanne Golon, pada mana seorang wanita bangsawan abad ke-17 Perancis ditangkap oleh lanun, dijualkan kepada Raja Maghribi dan didudukkan di harem baginda, menikam raja dengan pisau belati apabila baginda cuba hendak mengadakan hubungan seks dengannya dan mementaskan sebuah kelarian yang bersandiwara dan maju.

Kesenian Harem

[sunting | sunting sumber]
Kesenian Harem

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Sumber utama

[sunting | sunting sumber]
  • Mohammed Webb: The Influence of Islam on Social Conditions Paper, World Parliament of Religions, Chicago, 1893
  • TheOttomans.org Historical Web-site.
  • Leslie P. Peirce: The Imperial Harem : Women and Sovereignty in the Ottoman Empire Oxford University Press, USA; New Ed edition (September 2, 1993 ISBN 0-19-508677-5
  • Suraiya Faroqhi: Subjects of the Sultan : Culture and Daily Life in the Ottoman Empire I. B. Tauris (November 10, 2005) ISBN 1-85043-760-2
  • Billie Melman: Women's Orients : English Women and the Middle East, 1718-1918 University of Michigan Press (July 15, 1992) ISBN 0-472-10332-6
  • Alan Duben, Cem Behar, Richard Smith (Series Editor), Jan De Vries (Series Editor), Paul Johnson (Series Editor), Keith Wrightson (Series Editor): Istanbul Households : Marriage, Family and Fertility, 1880-1940 Cambridge University Press; New Ed edition (August 8, 2002) ISBN 0-521-52303-6
  • Emmanuel Todd: The explanation of ideology: Family structures and social systems B. Blackwell (1985) ISBN 0-631-13724-6
  • Oleg Grabar: The Formation of Islamic Art Yale University Press; Rev&Enlarg edition (September 10, 1987) ISBN 0-300-04046-6

Bukan cereka

[sunting | sunting sumber]
  • Etymology OnLine
  • Catholic Encyclopaedia (passim)
  • Alev Lytle Croutier: Harem: The World Behind the Veil Abbeville Press; Reprint edition (July 1998) ISBN 1-55859-159-1
  • Alev Lytle Croutier: The Palace of Tears Delta; Reprint edition (January 2, 2002) ISBN 0-385-33491-5
  • Anastasia M. Ashman and Jennifer Eaton Gokmen, editors: Tales from the Expat Harem: Foreign Women in Modern Turkey Seal Press; Reprint edition (March 12, 2006) ISBN 1-58005-155-3
  • Lal, Kishori Saran (1988). The Mughal Harem. New Delhi: Aditya Prakashan. ISBN 81-85179-03-4. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Inside the Seraglio: Private Lives of the Sultans in Istanbul: The Sultan's Harem Penguin (Non-Classics); New Ed edition (July 3, 2001) ISBN 0-14-027056-6
  • M. Saalih : Harem Girl : A Harem Girl’s Journal Delta; Reprint edition (January 2, 2002) ISBN 0-595-31300-0
  • Fatima Mernissi: Beyond the Veil: Male-Female Dynamics in a Modern Muslim Society Delta; Reprint edition (January 2, 2002) ISBN 0-253-20423-2
  • Andrew Rippin: Muslims (Library of Religious Beliefs and Practices) Routledge; 2 edition (November 30, 2000) ISBN 0-415-21782-2
  • Malise Ruthven: Islam: A Very Short Introduction Oxford University Press, USA; New Ed edition (June 15, 2000) ISBN 0-19-285389-9
  • Dora Levy Mossanen: Harem: A Novel Touchstone (July 30, 2002), ISBN 0-7432-3021-3
  • Colin Falconer: The Sultan's Harem Crown (July 13, 2004) ISBN 0-609-61030-9
  • N. M. Penzer: The Harem : Inside the Grand Seraglio of the Turkish Sultans Dover Publications (May 13, 2005) ISBN 0-486-44004-4

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]