Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Hari Wesak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suasana yang amat meriah di Tokong Maha Vihara, Kuala Lumpur, Malaysia sempena sambutan Hari Wesak.
Wesak
Perayaan Hari Raya Waisak di Borobudur, Jawa Tengah, Indonesia
Official nameVesākha
Vesak
Wesak
Waisak
Visakah Puja
Vaishaka
Buddha Purnima
Visakha Bucha
Saga Dawa
Also calledTrisuci Waisak
Observed bySeluruh tradisi Buddhis
TypeAgama Buddha
SignificanceKelahiran, penerangan sempurna dan Parinibana (mangkat) Buddha
ObservancesMeditasi, mempraktikkan delapan sila, berdana, "memandikan" rupang bayi Pangeran Siddhartha
DateBulan penuh Taurus pertama, bulan mei (tahun biasa) atau Juni (tahun kabisat)
2024 date22 Mei (Kemboja, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand)
23 Mei (Indonesia, Sri Lanka)
2025 date11 Mei (Kemboja, Myanmar, Thailand)
12 Mei (Indonesia, Malaysia, Singapura, Sri Lanka)
2026 date30 April (Myanmar)
1 Mei (Kemboja, Sri Lanka, Thailand)
31 Mei (Indonesia, Malaysia, Singapura)
Related toHanamatsuri
Hari Bodhi

Hari Wesak, Waisak (Jawi: هاري ويسک) atau Vesak (Sin.,[1] Jawi: ۏيسک, Sanskrit: वैशाख Vaiśakha) merupakan hari terpenting diraikan penganut agama Buddha memperingati hidup pengasas ajaran mereka iaitu Siddharta Gautama Buddha dalam peringkat-peringkat penting beliau iaitu kelahirannya di Lumbini, pencapaian kecerahan agung selepas sekian lama bertapa dan kemangkatannya di Kusinara. Perayaan ini disambut luas serata Asia Selatan, Tenggara dan Timur[2] antara bulan April hingga selewat Jun, tetapi khususnya pada bulan Mei.[3]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Perayaan ini dinamakan sempena tempoh Vaiśakha yang jatuh antara bulan-bulan April dan Mei dalam takwim qamari yang pernah digunakan di India suatu ketika dahulu, ia masih dikekalkan sebutan sedemikian dalam aliran Mahayana. Ia turut disetempatkan sebutan seperti berikut:

  • Bahasa Cina: 衛塞節 / 卫塞节 Wèisāi jié, 佛誕 / 佛诞 Fódàn
  • Jepun: 花祭りHana-matsuri
  • Korea: 부처님오신날 Bucheonim Oshinal
  • Sinhala: වෙසක් Vesak
  • Tamil: விசாகத் திருநாள் Vicākat Tirunāḷ
  • Bahasa Thai: วิสาขบูชา Wisakhabucha[4]
  • skrip Tibet: ས་ག་ཟླ་བ་དུས་ཆེནWylie: sa ga zla ba dus chen
  • Vietnam: Phật Đản atau Ngày hội hoa phật
Wesak di Candi Borobudur

Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil atau vihara Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha; mereka mengibarkan panji agama yang melambangkan ajaran pegangan mereka serta mengalunkan nyanyian mengukuhkan Tiga Permata yang menjadi tiang rukun anutan mereka yakni Buddha, Dhamma dan Sangha.[3] Para pengunjung mempersembahkan pemberian ringkas seperti bunga, lilin dan colok dan di kaki patung-patung Guru Agung mereka; barangan bunga yang cepat layu sepertimana cepat terbakarnya lilin dan colok melambangkan pendeknya usia hayat manusia yang mesti diingati.[3]

Para sami membaca kitab Sutra. Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.

Tradisi mengikut negara

[sunting | sunting sumber]

Perayaan Hari Waisak di Indonesia dilangsungkan secara peringkat nasional di kompleks Candi Borobudur di Jawa Tengah ditandakan dengan acara-acara berikut:[5]

  1. Pengambilan air berkat dari mata air (umbul) Jumprit di Kabupaten Temanggung dan penyalaan obor menggunakan sumber api abadi Mrapen, Kabupaten Grobogan.
  2. Ritual "Pindapatta", suatu ritual pemberian dana makanan kepada para sami biksu oleh masyarakat (umat) untuk memberikan kesempatan kepada masyarakat untuk melakukan kebajikan.
  3. Samadhi pada detik-detik puncak bulan purnama (yang ditentukan perhitungan falak) sehingga puncak purnama dapat terjadi pada siang hari.

Di Malaysia, umat Buddha memulakan sambutan mereka di fajar hari di mana mereka berpusu-pusu mengunjungi kuil untuk bertafakur mengucapkan mantera astasila sambil menyumbangkan makanan kepada para sami sambil ada yang giat bersembahyang.

Di Singapura, terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan perayaan Wesak, iaitu kuil Kong Meng San Phor Kark See di Bishan dengan upacara penebusan dosa "Tiga Langkah Satu Sembah" (Cina Ringkas: 三步一拜; pinyin: sānbù yibài) unik dilakukan para pengikut[6][7] serta Kuil Gigi Buddha di Kreta Ayer.[7]

Pentarikhan

[sunting | sunting sumber]

Pada zaman dahulu, banyak tarikh yang ditetapkan mengikut cara tradisi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penyambutan ini diseragamkan secara rasmi hasil suatu perjumpaan para anggota Persaudaraan Buddha Sedunia di Sailan British (kini Sri Lanka moden) tahun 1950 dengan restu Maharaja Gyanendra dari Nepal:[3][8]

Sidang Persaudaraan Buddha Sedunia ini merakamkan perhargaan yang sepenuhnya kepada tindakan mulia yang telah diambil oleh Duli Yang Teramat Mulia Maharaja Nepal dalam mengisytiharkan hari bulan purnama Wesak sebagai satu hari cuti umum di Nepal. Pada masa yang sama, persidangan ini dengan ikhlasnya meminta semua ketua kerajaan yang negaranya yang mempunyai penduduk agama Buddha sama ada ramai atau sedikit agar mengambil langkah mengumumkan hari bulan purnama di dalam bulan Mei sebagai Hari Cuti Umum memperingati Buddha yang diakui umum sebagai salah seorang penyumbang bakti yang terbesar kepada umat manusia.[8][3]

Pada 2000, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan penyambutan Hari Wesak seluruh ibupejabat dan pejabat badan tersebut.[9]

Penghitungan hari

[sunting | sunting sumber]

Perayaan Wesak moden jatuh dengan munculnya bulan purnama. Sekiranya dua purnama yang dicerapkan bakal muncul pada tempoh yang sama, maka pihak sangha akan merayakan pada salah satu daripadanya: ada yang merayakan Wesak pada purnama pertama (termasuk Sri Lanka, Cambodia dan Malaysia) dan ada yang merayakan Wesak pada purnama kedua.[10]

Tarikh-tarikh yang dihitung untuk perayaan hari ini sejak 2001 sehingga kini (dalam kurun ke-26 antara 2500–2599 dalam takwim Buddha) adalah seperti berikut:

Tahun
(M)
Indonesia[11] Malaysia[12] Singapura[13] Thailand[14] Laos Myanmar Sri Lanka[15] Kembojaa[16] Nepal, Bangladesh &
India[17][18][19]
China Vietnam[20] Bhutan[21]
2001 7 Mei 2545 7 Mei 7 Mei 7 Mei 2544 6 Mei 2545 7 Mei 2545 7 Mei 2545 7 Mei 30 Mei 6 Jun
2002 26 Mei 2546 26 Mei 27 Mei 26 Mei 2545 26 Mei 2546 26 Mei 2546 26 April 2546 26 Mei 19 Mei 26 Mei
2003 16 Mei 2547 15 Mei 15 Mei 15 Mei 2546 15 Mei 2547 15 Mei 2547 15 Mei 2547 16 Mei 8 Mei 15 Mei
2004 3 Jun 2548 3 Mei 2 Jun 2 Jun 2547 3 Mei 2548 4 Mei 2548 3 Mei 2548 3 Mei 26 Mei 2 Jun
2005 24 Mei 2549 22 Mei 23 Mei 22 Mei 2548 22 Mei 2549 23 Mei 2549 22 Mei 2549 23 Mei 15 Mei 22 Mei
2006 13 Mei 2550 12 Mei 12 Mei 12 Mei 2549 11 Mei 2550 12 Mei 2550 12 Mei 2550 13 Mei 5 Mei 12 Mei
2007 1 Jun 2551 31 Mei 31 Mei 31 Mei 2550 31 Mei 2550 30 April 2551 1 Mei 2551 1 Mei 2551 2 Mei 24 Mei 31 Mei
2008 20 Mei 2552 19 Mei 19 Mei 19 Mei 2551 18 Mei 2551 19 Mei 2552 19 Mei 2552 19 Mei 2552 20 Mei 12 Mei 19 Mei
2009 9 Mei 2553 9 Mei 9 Mei 8 Mei 2552 8 Mei 2552 8 Mei 2553 8 Mei 2553 8 Mei 2553 8 Mei 2 Mei 9 Mei
2010 28 Mei 2554 28 Mei 28 Mei 28 Mei 2553 28 Mei 2553 27 April 2554 27 Mei 2554 28 April 2554 27 Mei 21 Mei 28 Mei
2011 17 Mei 2555 17 Mei 17 Mei 17 Mei 2554 17 Mei 2554 17 Mei 2555 17 Mei 2555 17 Mei 2555 17 Mei 10 Mei 17 Mei
2012 6 Mei 2556 5 Mei 5 Mei 4 Jun 2555 5 Mei 2555 5 Mei 2556 5 Mei 2556 5 Mei 2556 6 Mei 28 April 5 Mei
2013 25 Mei 2557 24 Mei 24 Mei 24 Mei 2556 24 Mei 2556 24 Mei 2557 24 Mei 2557 24 Mei 2557 25 Mei 24 Mei 24 Mei
2014 15 Mei 2558 13 Mei 13 Mei 13 Mei 2557 13 Mei 2557 13 Mei 2558 14 Mei 2558 13 Mei 2558 14 Mei 13 Mei 13 Mei
2015 2 Jun 2559 3 Mei 1 Jun 1 Jun 2558 2 Mei 2558 2 Mei 2559 3 Mei 2559 3 Mei 2559 4 Mei 25 Mei 1 Jun
2016 22 Mei 2560 21 Mei 21 Mei 20 Mei 2559 21 Mei 2560 21 Mei 2560 21 Mei 2560 21 Mei 14 Mei 14 Mei 21 Jun
2017 11 Mei 2561 10 Mei 10 Mei 10 Mei 2560 10 Mei 2561 10 Mei 2561 10 Mei 2561 10 Mei 3 Mei 10 Mei 21 Jun
2018 29 Mei 2562 29 Mei 29 Mei 29 Mei 2561 29 April 2562 29 April 2562 29 April 2562 22 Mei 22 Mei 29 Mei 29 Mei
2019 19 Mei 2563 19 Mei 19 Mei 18 Mei 2562 18 Mei 2563 18 Mei 2563 18 Mei 2563 18 Mei 12 Mei 19 Mei 17 Jun
2020 7 Mei 2564 7 Mei 7 Mei 6 Mei 2563 6 Mei 2564 7 Mei 2564 6 Mei 2564 7 Mei 30 April 7 Mei 5 Jun
2021 26 Mei 2565 26 Mei 26 Mei[22] 26 Mei 2565 19 Mei 26 Mei
2022 16 Mei 2566 16 Mei 15 Mei
2023 4 Mei 2567 5 Mei 2 Jun
2024 23 Mei 2568 23 Mei 22 Mei 22 Mei 2567 22 Mei 2568 23 Mei 2568 22 Mei 2568 23 Mei 23 Mei 23 Mei
2025 12 Mei 2569 12 Mei 12 Mei
  1. ^ "Tarikh-tarikh cuti umum 2022 dikeluarkan, termasuk 5 cuti panjang hujung minggu". Berita Mediacorp. 6 April 2021.
  2. ^ Fowler, Jeaneane D. (1997). World Religions: it is celebrated to mark the birth, enlightenment and the passing away of the Lord Buddha. An Introduction for Students. Sussex Academic Press. ISBN 1-898723-48-6.
  3. ^ a b c d e Bhante Dr K. Sri Dhammananda (1990). Perayaan Wesak. Buddhist Missionary Society – melalui Pengenalan kepada Buddhisme.
  4. ^ "วิสาขบูชา". Kamus Thai-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2008.
  5. ^ "Artikel tentang Upacara Waisak 2007 dari Walubi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-10. Dicapai pada 2021-05-26.
  6. ^ Lee Wen-Yi (28 Mei 2018). "Devotees gather at monastery for peace and enlightenment to mark Vesak Day". The Straits Times.
  7. ^ a b "Vesak Day". Roots. Lembaga Warisan Negara Singapura. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  8. ^ a b "World Fellowship of Buddhists Second Two-Year Plan (B.E. 2544-2545/2001-2002)". Buddha Dhyana Dana Review Online. Buddhist Discussion Centre Australia. Dicapai pada 25 Disember 2015.
  9. ^ "Resolution Adopted by the General Assembly: 54/115. International recognition of the Day of Vesak at United Nations Headquarters and other United Nations offices" (PDF). United Nations. Dicapai pada 6 Februari 2012.
  10. ^ "Vesak festival: What is it and how do Buddhists celebrate Buddha Day or Wesak?". BBC.
  11. ^ "Waisak Day (Buddha's Anniversary) in Indonesia". timeanddate.com. Dicapai pada 1 March 2019.
  12. ^ "Wesak Day in Malaysia". timeanddate.com. Dicapai pada 1 March 2019.
  13. ^ "Vesak Day in Singapore". timeanddate.com. Dicapai pada 1 March 2019. select pull-down menu to see more years
  14. ^ "International VisakhaBuja Date Collection". เมื่อนานาประเทศ ต่างหันหลังให้ (วันวิสาขบูชา) ไทย. Dicapai pada 2 February 2012.
  15. ^ "Vesak Full Moon Poya Day in Sri Lanka". timeanddate.com. Dicapai pada 1 March 2019.
  16. ^ "Visak Bochea Day in Cambodia". timeanddate.com. Dicapai pada 1 March 2019. select pull-down menu to see more years
  17. ^ "Buddha Jayanti in Nepal". timeanddate.com. Dicapai pada 1 March 2019.
  18. ^ "Buddha Purnima/Vesak in Bangladesh". timeanddate.com. Dicapai pada 1 March 2019.
  19. ^ "Buddha Purnima/Vesak in India". timeanddate.com. Dicapai pada 1 March 2019.
  20. ^ "Âm lịch VN". www.informatik.uni-leipzig.de.
  21. ^ "Buddha's Parinibbāna in Bhutan". timeanddate.com. Dicapai pada 1 March 2019.
  22. ^ "Public holidays". Ministry of Manpower Singapore (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-25.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]