Hasif Hamsyari
Muhammad Hasif bin Mohd Jelani | |
---|---|
Lahir | Johor Bahru, Johor | 2 Mac 1995
Nama pena | Hasif Hamsyari |
Pekerjaan | Penulis |
Warganegara | Malaysia |
Genre | Bukan Fiksyen |
Laman web | |
http://planethasifhamsyari.blogspot.com |
Hasif Hamsyari (nama penuh Muhammad Hasif bin Mohd Jelani) adalah penulis remaja lelaki dari Malaysia (lahir 2 Mac 1995) yang menjadi penulis novel ketika berumur 14 tahun.
Biografi
[sunting | sunting sumber]2009: Kelahiran novelis muda
[sunting | sunting sumber]Beberapa hari sebelum umurnya genap 14 tahun, beliau menjadi novelis apabila novel pertamanya bertajuk Bagaikan Mimpi diterbitkan di bawah syarikat penerbitan baharu, KarnaDya Solutions. Pada tarikh 28 Februari 2012, novel tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolahnya iaitu Encik Rahman bin Mat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung, Melaka.
Nama beliau mula meraih perhatian apabila diundang sebagai panel Bual Bicara Program Permata Pintar bersama Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada 28 Mei 2009. Program ini ialah salah satu program di Permata Pintar Negara yang dinaungi oleh Datin Rosmah. Bual bicara ini telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia melibatkan kira-kira 500 orang pelajar terpilih seluruh Malaysia.
2010: Mengukir nama
[sunting | sunting sumber]Bakat Hasif mula mendapat pengiktirafan apabila beliau menerima Hadiah Galakan Penulis Remaja di Anugerah Sastera Negeri Melaka 2009 bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. [1]
Pada 3 Mac 2010, novel keduanya memasuki pasaran dengan judul Bagaikan Mimpi: Srikandi Cintaku. Novel ini ialah kesinambungan daripada novelnya yang pertama. Novel ini masih mengekalkan penerbit yang sama iaitu KarnaDya. Novel ini telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, Yang Berhormat Datuk Haji Idris Haron di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung, Melaka.
Pada tahun sama, beliau turut menerima Anugerah Novelis Remaja Pilihan melalui undian di blog Urban Teen Writer.
Sinar dan bakat beliau terus menyerlah hingga meraih perhatian daripada ramai penggiat sastera tempatan seperti Aina Emir, Lily Haslina Nasir dan Rose Harissa. Malah, penulis chic-lit Amerika, Laura Caldwell turut teruja dengan bakat Hasif.
Pada hujung tahun 2010, Hasif mencapai keputusan cemerlang 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kemudian, Hasif mengumumkan bakal menghadiahkan novel percuma dalam talian dengan judul Wanna Be Your Love.
2011: Hobi, Pengaruh dan Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Hasif menerbitkan novel secara percuma di blognya dengan judul Wanna Be Your Love.
Dalam novel itu menarik perhatian banyak pihak, kontroversi tercetus gara-gara sebuah komen di blog novel tersebut yang mengecam bakat beliau menulis novel cinta yang feminin. Perdebatan tercetus mengenai kewajaran penulis lelaki menulis novel cinta. Hasif dalam satu kenyataan di sebuah blog menyatakan kekesalan kerana tujuan menulis novel itu disalahtafsir namun tegas beranggapan seorang penulis perlu fleksibel. Walau bagaimanapun, Hasif mendapat sokongan kuat daripada rakan penulis dan pembaca yang mempertahankannya.
Hujung tahun ini juga, Hasif yang mengakui meminati novelis Ain Maisarah mencipta lagu dengan judul novelis itu dan mendapat maklumb balas memberangsangkan. Malah, dalam satu kenyataan di laman peminat novelis tersebut, Ain Maisarah mengakui menyukai lagu ciptaannya.
Walaupun tahun ini Hasif menyepikan diri daripada menerbitkan buku terbaharu untuk dijual di pasaran, namun, penerbit novelnya KarnaDya mengumumkan untuk menjadikan novel-novel di bawah penerbitannya dalam format e-buku yang mana membolehkan pembaca membeli dan membaca buku-buku terbitan mereka melalui aplikasi di komputer dan peranti tablet.
2012: Program Membaca dan NILAM
[sunting | sunting sumber]Tahun 2012 mengulangi sejarah Hasif ketika di sekolah rendah (2006 dan 2007) di mana beliau mengungguli gelaran Tokoh NILAM Negeri Melaka Sekolah Menengah 2012. Disebabkan itu, Hasif mewakili negeri ini ke Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan 2012 di Selangor dan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, Hasif tidak memenangi pertandingan tersebut.
Dalam pada itu, Hasif telah memberikan ceramah penulisan di beberapa sekolah dan universiti di Melaka seperti SMK Rahmat dan SMK(A) Sharifah Rodziah.
Tahun ini juga menyaksikan kelahiran novelnya yang ketiga berjudul Kopi Manis terbitan KarnaDya. Antara promosi novelnya ini ialah promosi ala drama radio yang telah dimuat naik di laman sosial YouTube. Tambah menarik, lagu dalam promosi berkenaan adalah ciptaan Hasif dan dinyanyikannya sendiri. Kemudian, Hasif muncul dengan dua lagu ciptaannya bertajuk Kameo Cinta dan Lagu Untuk Ibu sebagai dedikasi Hari Ibu untuk ibunya dan ibu-ibu seluruh dunia.
Pada 14 September 2012 bersempena penutupan Bulan Kemerdekaan dan Bulan Membaca di sekolahnya, Hasif diiktiraf sebagai Tokoh Anak Merdeka. Pengiktirafan itu menurut satu video biografi dirinya adalah tanda penghargaan sekolahnya atas sumbangannya mengharumnkan nama sekolah tersebut melalui ceramah penulisan, wawancara radio, temuramah akhbar dan penulisan novelnya.
Pada penghujung tahun ini, beliau mendedahkan novel terbaharunya yang bakal dikeluarkan secara percuma dalam bentuk e-book dan boleh dibaca secara dalam talian bermula 1 Januari 2013. Novel itu diberikan judul Hypernova.
2013 dan kini: Keputusan SPM dan PLKN
[sunting | sunting sumber]1 Januari 2013 menyaksikan novel lengkap beliau diterbitkan sendiri dalam bentuk e-buku yang boleh dibaca secara dalam talian. E-buku dengan judul Hypernova ini didedikasikan sebagai novel percuma buat pembaca-pembacanya.
Beliau kini giat ke sekolah-sekolah untuk mempromosikan novelnya selain menjadi penceramah untuk penulisan kreatif serta Program NILAM yang kini makin sebati dengan namanya.
Gambar yang diambil semasa beliau bersama Datin Seri Rosmah Mansor pada 2009 sempena Bual Bicara Program Pintar Negara 2009 termuat dalam buku Setiap Anak Permata Negara tulisan Aishah Ali terbitan MPH Group. Buku berkenaan dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Haminah Hamidun pada 6 Mac 2013.
Pada 21 Mac 2013, Hasif yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 tidak terkecuali menerima keputusannya. Beliau mendapat keputusan 6A 2B 1C. Menurut satu sumber, Hasif dikatakan tertekan dengan keputusannya namun tiada apa-apa pengesahan yang diperoleh. Walau bagaimanapun, beberapa status di Facebooknya dikatakan sebagai luahan perasaannya yang sedang bersedih.
Pada 31 Mac 2013, Hasif telah melaporkan diri sebagai belia yang terpilih untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk Kumpulan 2, Siri ke-10. Beliau ditempatkan di Kem PLKN Nasuha Ladang Rempah Ratus Herba, Pagoh, Muar untuk tempoh tiga bulan. Walau bagaimanapun, beliau diberi pelepasan awal atas sebab sambung pengajian pada 23 Mei.
Pada 2 Jun 2013, beliau secara rasmi bergelar siswa di Kampus UiTM Alor Gajah dengan mengambil kursus Asasi TESL (Teaching English as Second Language).
Pada 27 Julai 2013, Hasif memuat naik lagu terbaharu karya sepenuh olehnya bertajuk Indahnya Raya di YouTube. Lagu raya tersebut mendapat perhatian di beberapa stesen radio internet[perlu rujukan] sehingga diputarkan sehari selepas dimuatnaik seperti GomoFM, KobatFM, CiliFM, Dunia MuzikFM dan MuzikalFM. Lagu tersebut adalah lagu sempena Hari Raya Aidilfitri.
Karya
[sunting | sunting sumber]- Bagaikan Mimpi : KarnaDya, 2009.
- Bagaikan Mimpi: Srikandi Cintaku : KarnaDya, 2010.[2], [3]
- Antologi Puisi Muara Pahlawan : Institut Seni Malaysia Melaka, 2010.
- Kopi Manis : KarnaDya, 2012.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- http://beritaukm2009.blogspot.com/2009/05/bual-bicara-permata-pintar-negara.html
- http://planethasifhamsyari.blogspot.com/2010/04/pelancaran-bagaikan-mimpi-srikandi.html
- http://planethasifhamsyari.blogspot.com/p/kata-mereka-tentang-hasif.html
- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KarnaDyatembusie-buku/Article/index_html[pautan mati kekal]
- https://archive.is/20121203102433/urbanteenwriter.blogspot.com/2011/02/hasif-terima-komen-pedas.html