Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Homofon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Homofon (bahasa Inggeris: Homophone) merujuk kepada perkataan yang disebut sama dengan perkataan lain tetapi berbeza dari segi maksud. Perkataan-perkataan yang homofon mungkin dieja dengan serupa atau berlainan; "buku" (bahan bacaan) dan "buku" (bahagian di antara dua ruas); "massa" (dalam perkataan media massa) dan "masa" (waktu), atau "golongan" (kumpulan) dan "gulungan" (benda yang dilipat hingga berbentuk bulat panjang). Perkataan-perkataan ini adalah serupa dari segi sebutan tetapi mempunyai maksud yang berbeza, atau merujuk kepada perkara yang tidak sama. Homofon merupakan sejenis homonim, meskipun kadang-kala homonim digunakan untuk merujuk hanya kepada homofon yang mempunyai ejaan yang sama tetapi maksud yang berlainan. Istilah ini juga digunakan untuk unit-unit yang lebih singkat daripada perkataan, seperti huruf atau beberapa huruf yang disebut sama dengan huruf lain atau kumpulan huruf yang lain.

Homofon ialah istilah yang berlawanan dengan homograf.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]