Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

iOS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
IOS
ios 7 berjalan pada iphone 4
Maklumat umum
Jenis sistemAla UNIX dan sistem pengendalian mudah alih Sunting nilai ini di Wikidata
Keluarga sistemmacOSDarwin Sunting nilai ini di Wikidata
PembangunApple Sunting nilai ini di Wikidata
Ditulis dalamCC++Objective-CSwiftJava Sunting nilai ini di Wikidata
Keluaran awal29 Jun 2007 Sunting nilai ini di Wikidata
Keluaran terkini18.2 (11 Disember 2024) Sunting nilai ini di Wikidata
Tersedia dalam
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
Kemas Kini Perisian AppleiTuneskemas kini atas udara Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurus pakejApp Store Sunting nilai ini di Wikidata
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
LesenLesen hak milik Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan berkaitan
Tapak webhttps://www.apple.com/ios/ Sunting nilai ini di Wikidata
Tanda pagarios Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

iOS (sebelum ini iPhone OS) adalah sistem operasi peranti mudah alih yang dibangun dan diedarkan oleh Apple Inc. Pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007 untuk iPhone dan iPod Touch, penggunaannya diperluaskan kepada iPad dan juga Apple TV. Tidak seperti sistem pengendalian peranti bergerak yang lain, Apple tidak memberi lesen kepada entiti lain untuk menggunakan iOS selain perantinya sendiri.

iOS berasal dari OS X, di mana ia juga berkongsi dengan asas Darwin, dan kerana ini boleh dikatakan sebagai sistem pengendalian Unix. iOS juga boleh dikatakan sebagai OS X versi peranti bergerak Apple.

Ia mempunyai 4 lapisan pengabstrakan. Lapisan sistem pengoperasian Core, lapisan Core Services, lapisan media dan lapisan Cocoa Touch.

Sistem pengendalian ini ditunjuk kepada umum semasa pengumuman iPhone yang pertama pada 9 Januari 2007. Pada waktu ini, Apple tidak memberi nama kepada sistem operasi ini sebaliknya hanya menyatakan "iPhone yang dilengkapi dengan OS X".[1] Pada mulanya, perisian pihak ketiga tidak dibenarkan untuk dijalankan secara terus dari perisian iPhone, sebaliknya perisian pihak ketiga akan dijalankan melalui pelayar web Safari membuatkan perisian-perisian ini dipanggil webapps[2].Pada Pertengahan Oktober 2007, Apple mengumumkan bahawa Kit Pembangunan Perisian (SDK) akan dikeluarkan bagi pembangun perisian membangunkan perisian untuk iPhone.[3] Pada 6 Mac 2008, Apple mengeluarkan beta yang pertama bersama dengan nama yang baru "iPhone OS".[4]

Apple memperluaskan lagi senarai peranti yang disokong dengan memperkenalkan iPod Touch pada September 2007[5] dan iPad pada 2010.[6]

Pada Jun 2010, Apple menamakan semula iPhone OS kepada "iOS".[7] Cisco Systems adalah pemegang tanda dagangan "iOS". Untuk mengelakkan tuntutan mahkamah, Apple memperoleh tanda dagangan ini daripada Cisco.[8]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]
[sunting | sunting sumber]

Menu utama memaparkan ikon-ikon aplikasi dan terdapat tempat di bahagian bawah skrin yang dipanggil "dok". Pengguna akan dibawa ke menu utama apabila menekan butang utama. Terdapat bar status di bahagian atas yang memaparkan masa, tahap bateri dan kekuatan isyarat selular.

iOS 3 memperkenalkan fungsi Carian Spotlight dan berapa di "mukasurat" di bahagian paling kiri. Pengguna menggunakan fungsi ini untuk mencari fail media, aplikasi, e-mel, kenalan, mesej, peringatan dan kalendar.[9]

      iOS 4, pengguna boleh memilih gambar untuk digunakan sebagai latar belakang menu utama. Walau bagaimanapun, bukan semua peranti disokong terutamanya model-model sebelum iDevice generasi ketiga (iPhone 3GS, iPod Touch Generasi ketiga). iPad pula mempunyai fungsi ini sejak iOS 3.2.[9]

Ciri folder diperkenalkan dalam iOS 4. Apabila satu aplikasi lain diheretkan ke atas aplikasi yang lain, ia akan membentuk satu folder yang baru. Menambah aplikasi ke dalam folder juga sama caranya dengan bilangan tertinggi aplikasi untuk satu folder ialah 12 untuk iPhone 4S, iPhone sebelumnya dan juga iPod Touch, 16 untuk iPhone 5 dan 20 untuk iPad. Nama folder akan dipilih secara automatik mengikut kategori aplikasi, tetapi pengguna juga boleh menamakan sendiri folder tersebut.

Pusat Pemberitahuan

[sunting | sunting sumber]

Pusat Pemberitahuan (notification center) diperkenalkan dalam iOS 5. Pemberitahuan boleh dilihat dengan meleret turun dari bahagian atas skrin. Jika pengguna menyentuh salah satu pemberitahuan, aplikasi yang berkenaan akan dibuka.

Penugasan Berbilang

[sunting | sunting sumber]

Sebelum iOS 4, penugasan berbilang (multitasking) terhad kepada beberapa aplikasi Apple sahaja. Bermula dengan iOS 4 (peranti generasi ketiga dan terbaru sahaja), penugasan berbilang disokong melalui tujuh API di latarbelakang.[9][10]

  1. Audio latarbelakang - membenarkan aplikasi terus berfungsi selagi ia memainkan audio atau video
  2. Suara melalui Protokol Internet - Aplikasi dihentikan semasa tiada panggilan.
  3. Lokasi latarbelakang - Aplikasi diberitahui mengenai pertukaran lokasi.
  4. Pemberitahuan tolak - Server akan menolak pemberitahuan ke peranti pengguna setiap masa
  5. Pemberitahuan tempatan - aplikasi akan menghantar pemberitahuan secara berjadual
  6. Penyelesaian tugasan - aplikasi akan meminta sistem untuk memberikan sedikit masa untuk menyiapkan tugasan.
  7. Pertukaran aplikasi dengan pantas - aplikasi tidak menjalankan apa-apa kod dan boleh dibuang dari ingatan bila-bila masa

Tiga lagi API baru diperkenalkan dalam iOS 5

  1. Newsstand - aplikasi boleh memuat turun kandungan dan sedia untuk digunakan[11]
  2. Aksesori luaran - Aplikasi berhubung dengan aksesori luaran dengan selang waktu tertentu[11]
  3. Aksesori bluetooh - Aplikasi berhubung dengan aksesori bluetooth dengan selang waktu tertentu[11]
[sunting | sunting sumber]

Pengguna boleh menukar aplikasi dengan menekan butang utama dua kali dan boleh mengaktifkan penukar aplikasi yang terletak di bahagian bawah skrin.

Siri adalah pembantu peribadi pintar dan navigasi pengetahuan yang berfungsi sebagai aplikasi dalam peranti yang disokong. Siri, boleh diarah untuk melakukan tugas melalui input suara. Tugasan siri termasuklah membuat panggilan, membuka aplikasi, menghantar mesej, membuka laman sesawang, mencari maklumat sukan, memandu arah dan mencari lokasi serta menjawab soalan pengetahuan am.[12]

Siri hanya disediakan pada peranti iPhone 4S, iPod Touch generasi ke-5, iPad Mini, iPad generasi ketiga (dengan sokongan iOS 6[13]) dan peranti generasi selepasnya. Buat ketika ini, tiada sokongan Bahasa Melayu.

Versi iOS

[sunting | sunting sumber]

Berikut dinyatakan secara ringkas versi-versi iOS yang telah dikeluarkan.

iPhone OS 1.x

[sunting | sunting sumber]

Merupakan versi terawal iPhone OS, didatangkan bersama dengan iPhone.

Versi Tarikh dikeluarkan Nota
1.0 29 Jun 2007 iPhone dan iPhone OS dikeluarkan
1.0.1 31 Julai 2007
1.0.2 21 Ogos 2007
1.1 14 September 2007 iPod Touch (generasi pertama) dikeluarkan
1.1.1 27 September 2007 Sokongan video keluar ke TV
1.1.2 12 November 2007
1.1.3 15 Januari 2008 Aplikasi Mel, Peta, Saham dan Nota untuk iPod Touch
1.1.4 26 Februari 2008
1.1.5 15 Julai 2008 untuk iPod Touch Sahaja

iPhone OS 2.X

[sunting | sunting sumber]

iPhone 2.0 dikeluarkan bersama dengan iPhone 3G. Pengguna peranti yang menggunakan iPhone OS 1.X boleh meningkatkan sistem pengendalian mereka ke versi ini. Dalam versi ini App Store diperkenalkan, dan aplikasi dari pihak ketiga boleh didapati.

Versi Tarikh dikeluarkan Nota
2.0 11 Julai 2008
  • Keluaran pertama untuk iPhone 3G
  • Bayaran $9.95 untuk peningkatan peranti iPod Touch
  • Penambahan bahasa sokongan
  • Penambahbaikan sokongan video untuk iPod
2.0.1 4 Ogos 2008
2.0.2 18 Ogos 2008
2.1 9 September 2008
(iPod Touch)
12 September 2008
(iPhone)
  • Percuma untuk ipod Touch dengan iOS 2.0
  • Keluaran pertama untuk iPod Touch (Generasi kedua) (sebagai 2.1.1)
2.2 21 November 2008
  • Percuma untuk ipod Touch dengan iOS 2.0
  • Penambahan bahasa sokongan
2.2.1 27 Januari 2009

iPhone OS 3.X

[sunting | sunting sumber]

3.0 datang bersama iPhone 3GS. Keluaran ini juga menyaksikan sokongan untuk peranti generasi pertama iPhone dan iPod Touch (generasi pertama) menerima sokongan yang terhad.

Versi Tarikh dikeluarkan Nota
3.0 17 Jun 2009
  • Keluaran pertama untuk iPhone 3GS
  • Tidak semua ciri disokong untuk peranti iPhone dan iPod Touch (generasi pertama)
  • $4.95 untuk peningkaan sistem pengendalian iPod Touch
  • Keupayaan bluetooth dibenarkan untuk iPod Touch (generasi kedua)
  • Penambahan bahasa sokongan
3.0.1 31 Julai 2009
3.1 9 September 2009
  • Keluaran pertama untuk iPod Touch (generasi kedua) (model 8GB)
  • Keluaran pertama untuk iPod Touch (generasi ketiga) (sebagai versi 3.1.1)
  • Peningkatan percuma untuk iPod Touch yang menggunakan 3.0
  • $4.95 untuk peningkaan sistem pengendalian iPod Touch
3.1.2 8 Oktober 2009
3.1.3 2 Februari 2010 Keluaran terakhir untuk iPhone dan iPod Touch (generasi pertama)
iPad sahaja
3.2 3 April 2010 Keluaran pertama untuk iPad
3.2.1 15 Julai 2010
3.2.2 11 Ogos 2010


iOS 4.0 adalah iOS yang pertama yang tidak menyokong beberapa peranti. iOS ini juga adalah iOS yang pertama dimana pengguna iPod Touch tidak perlu membayar untuk peningkatan ke iOS ini.
iOS 4.2.1 menyokong iPad. Ia juga adalah yang terakhir buat iPhone 3G dan iPod Touch (generasi kedua).
iOS 4.2 tidak dikeluarkan kerana mempunyai masalah Wi-Fi, dan diganti dengan iOS 4.2.1. [14]


Versi Tarikh dikeluarkan Nota
iPhone dan iPod Touch sahaja
4.0 21 Jun 2010
  • Keluaran pertama untuk iPhone 4
  • Sokongan terhad untuk iPhone 3G dan iPod Touch (generasi kedua)
4.0.1 15 Julai 2010 Untuk iPhone sahaja
4.0.2 11 Ogos 2010
4.1 8 September 2010 Keluaran pertama untuk iPod Touch (generasi keempat)
iPhone, iPod Touch dan iPad
4.2 Tiada

iPad

  • Sokongan 4.x untuk iPad
  • Tukaran fungsi suis kunci putaran kepada senyap
4.2.1 22 November 2010
  • menggantikan iOS 4.2
  • Keluaran terakhir untuk iPhone 3G dan iPod Touch (generasi kedua)
iPhone 4 (CDMA) sahaja
4.2.5 7 Februari 2011 Sokongan jaringan CDMA
4.2.6 10 Februari 2011
4.2.7 14 April 2011
4.2.8 4 Mei 2011
4.2.9 15 Julai 2011
4.2.10 25 Julai 2011
iPhone (GSM), iPod Touch dan iPad sahaja
4.3 9 Mac 2011 Keluaran pertama untuk iPad 2
4.3.1 25 Mac 2011
4.3.2 14 April 2011
4.3.3 4 Mei 2011
4.3.4 15 Julai 2011
4.3.5 25 Julai 2011

iOS 5 dikeluarkan pada 12 Oktober 2011. Apple telah mengesahkan bahawa beberapa pepijat hayat bateri telah memberi kesan negatif terhadap hayat bateri dalam iOS 5[15]. Pepijat ini dikatakan telah dibaiki dalam 5.0.1 tetapi ia dikatakan masih wujud.[16]


Versi Tarikh dikeluarkan Nota
5.0 12 Oktober 2011 Keluaran pertama untuk iPhone 4S
5.0.1 10 November 2011
5.1 7 Mac 2012 Keluaran pertama untuk iPad (generasi ketiga)
5.1.1 7 Mei 2012 Keluaran terakhir untuk iPad (generasi pertama) dan iPod Touch (generasi ketiga)

iOS 6 tidak menyokong peranti sebelum iPod Touch (generasi keempat), iPhone 3GS, dan iPad 2.
iOS 6 memperkenalkan aplikasi peta yang baru, Maps oleh Apple. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pepijat didalam aplikasi ini yang membuatkan aplikasi ini tidak memaparkan peta dengan betul.

Versi Tarikh dikeluarkan Nota
6.0 19 September 2012
  • Keluaran pertama untuk iPhone 5, iPod Touch (generasi kelima), iPad (generasi keempat) dan iPad Mini.
  • Tidak semua ciri disokong untuk iPhone 3GS, iPhone 4, iPod Touch (generasi keempat) dan iPad 2.
6.0.1 1 November 2012
6.0.2 19 Disember 2012 Untuk iPhone 5 dan iPad Mini sahaja[17]
  1. ^ "Apple unveils iPhone". Macworld. 9 Januari 2007. Dicapai pada 16 November 2012.
  2. ^ "Apple Launches iPhone Web Apps Directory". Informationweek. 11 Oktober 2007. Dicapai pada 16 November 2012.
  3. ^ "Apple: "we plan to have an iPhone SDK in developers' hands in February"". TUAW - The UnofficialApple Weblog. 17 Oktober 2007. Dicapai pada 16 November 2012.
  4. ^ "Apple Announces iPhone 2.0 Software Beta" (Siaran akhbar). Apple Inc. 6 Mac 2008. Dicapai pada 16 November 2012.
  5. ^ "Apple Unveils iPod touch" (Siaran akhbar). Apple Inc. 5 September 2007. Dicapai pada 16 November 2012.
  6. ^ "Apple Launches iPad" (Siaran akhbar). Apple Inc. 27 Januari 2010. Dicapai pada 16 November 2012. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  7. ^ "Apple renames iPhone OS 4.0 to iOS 4". techradar. 7 Jun 2010. Dicapai pada 16 November 2012.
  8. ^ "Apple Avoids iPhone-Like Trademark Battle Thanks To Cisco, FaceTime Deals". paidContent. 7 Jun 2010. Dicapai pada 16 November 2012.
  9. ^ a b c "iOS through the years (pictures)". CNET. 29 jun 2012. Dicapai pada 19 November 2012. Check date values in: |date= (bantuan)[pautan mati kekal]
  10. ^ "Apple iPhone OS 4.0 to ship this summer with multitasking support". Apple Insider. 8 April 2010. Dicapai pada 20 November 2012.
  11. ^ a b c "App States and Multitasking". iOS Developer Library. Dicapai pada 20 November 2012.
  12. ^ "iOS: Learn More about Siri". Apple. Dicapai pada 20 November 2012.
  13. ^ "How to Enable Siri on iPad 3". OS X Daily. 20 September 2012. Dicapai pada 20 November 2012.
  14. ^ "Apple issues iOS 4.2.1 golden master for iPhone, iPad to developers". AppleInsider. 18 November 2010. Dicapai pada 27 November 2012.
  15. ^ "Apple confirms iOS 5 bugs causing battery drain, promises a fix 'in a few weeks'". Engadget. 2 November 2011. Dicapai pada 27 November 2012.
  16. ^ "Poll: Have you noticed battery improvements after updating to iOS 5.0.1?". Engadget. 11 November 2011. Dicapai pada 27 November 2012.
  17. ^ "Download iOS 6.0.2 For iPhone 5 And iPad mini [Direct Links]". Redmond Pie. 19 Disember 2012. Dicapai pada 19 Disember 2012.