Internet Explorer
Pembangun | Microsoft |
---|---|
Versi stabil terkini | v11.0.9600.16521 (11.0.4) (11 Mac 2014 ) |
status pengembangan | Aktif |
Ditulis dalam | C++ |
Sistem pengendalian | Microsoft Windows |
Status pembangunan | Aktif |
Laman sesawang | http://windows.microsoft.com/en-GB/internet-explorer/download-ie |
Versi Internet Explorer: 1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6 · 7 · 8 · 9 · 10 · 11 |
Windows Internet Explorer (dahulunya Microsoft Internet Explorer; singkatan: IE), ialah sesiri pelayar web bergrafik yang dimajukan oleh Microsoft sebagai satu komponen sistem pengendalian Microsoft Windows sejak tahun 1995. IE menjadi pelayar web yang paling laris digunakan sejak tahun 1999, dan pernah mencapai kemuncak penggunaannya sebanyak 95% pada tahun 2002 dan 2003 dengan versi IE5 dan IE6, sebelum terjejas oleh persaingan hebat dari pelayar lain seperti Mozilla Firefox.
Keluaran terkininya untuk Windows ialah Internet Explorer 8. Terdapat juga Internet Explorer untuk sistem pengendalian lain sepanajng sejarah penghasilannya, termasuk Internet Explorer Mobile (Windows CE dan Windows Mobile), Internet Explorer for Mac dan Internet Explorer for UNIX (Solaris dan HP-UX).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Projek Internet Explorer bermula pada tahun 1994 oleh Thomas Reardon,[1] kemudian dipimpin oleh Benjamin Slivka,[2][meragukan ] mencungkil kod sumber dari Spyglass, Inc. Mosaic, sebuah pelayar web komersil awam yang berhubungan dengan pelayar Mosaic NCSA. Pada akhir tahun 1994, Microsoft melesenkan Spyglass Mosaic dengan dikenakan bayaran yuran suku tahun serta seperatusan hasil bukan Windows Microsoft untuk perisian berikut. Walaupun namanya seruppa dengan NCSA Mosaic, namun Spyglass Mosaic berjimat-jimat menggunakan kod sumber NCSA.[3]
Internet Explorer
[sunting | sunting sumber]Internet Explorer 1 lahir pada 16 Ogos 1995, sebagai sebentuk pembaharuan Spyglass Mosaic yang dilesenkan oleh Microsoft dari Spyglass Inc, disertakan dengan perisian Microsoft Plus! untuk Windows 95 dan keluaran OEM Windows 95. IE1 dipasang sebagai sebahagian Internet Jumpstart Kit dalam Plus!.[4] Pasukan Internet Explorer bermula dengan enam orang pada peringkat pembangunan awal.[5][6] Internet Explorer 1.5 dikeluarkan beberapa bulan kemudian untuk kegunaan Windows NT dan menambahkan sokongan untuk pemaparan jadual asas. Apapun, dengan menyertakan IE1 secara percuma ke dalam OS-nya, maka tiada perlunya membayar royalti kepada Spyglass Inc., sehingga Microsoft dikenakan tuntutan mahkamah dan terpaksa melangsaikan berjuta-juta dolar.
Internet Explorer 2
[sunting | sunting sumber]Internet Explorer 2 dikeluarkan untuk Windows 95, Windows NT 3.5, dan NT 4.0 pada 22 November 1995 (menyusuli beta 2.0 pada Oktober), bercirikan sokongan untuk SSL, kuki, VRML, RSA, dan kumpulan berita Internet. Versi 2 juga merupakan keluaran pertama untuk Windows 3.1 dan Macintosh System 7.0.1 (Januari 1996 untuk PPC; April 1996 untuk 68k).[7] Versi 2.1 untuk Mac keluar pada Ogos 1996, ketika Windows baru menerima versi 3.0. Versi 2 disertakan dalam Windows 95 OSR 1 dan Internet Starter Kit for Windows 95 pada awal tahun 1996,[8] terdapat dalam 12 bahasa termasuk Inggeris tetapi berkembang kepada 24 untuk Windows 95, 20 untuk Windows 3.1, dan 9 untuk Mac pada April 1996.[9] Versi 2.0i menyokong set aksara dua bait.[9]
Internet Explorer 3
[sunting | sunting sumber]Internet Explorer 3 keluar pada 13 Ogos 1996, lalu menjadi lebih laris berbanding versi terdahulunya. IE3 dibangunkan tanpa kod sumber Spyglass, namun masih menghargai "teknologi" Spyglass dalam dokumentasinya. Internet Explorer 3 ialah pelayar web utama pertama yang menyokong CSS, tetapi separa-separa sahaja. IE3 juga disediakan sokongan untuk kawalan ActiveX, aplet Java, multimedia, dan sistem PICS untuk metadata kandungan. Versi 3 turut diberkaskan dengan Internet Mail and News, NetMeeting, dan satu versi awal Windows Address Book, begitu juga disertakan dalam Windows 95 OSR 2. Versi 3 terbukti menjadi versi Internet Explorer terawal yang cukup popular, hinggakan lebih diberi perhatian teliti. Beberapa bulan selepas dikeluarkan, para penyelidik dan penggodam menemui beberapa kerentanan keselamatan dan privasi. Versi IE ini merupakan versi pertama yang berlogo 'e biru'.[10] Pasukan Internet Explorer terdiri daripada kira-kira 100 orang dalam tiga bulan pembangunan IE3.[5] Kebocoran besar utama IE yang terawal, iaitu Princeton Word Macro Virus Loophole, ditemui dalam IE3 pada 22 Ogos 1996.[11] Keserasian ke belakang tersedia dengan membolehkan pengguna yang menatar ke IE3 masih menggunakan IE dahulu, kerana proses pemasangan menukarkan versi terdahulu ke direktori yang berasingan.[12]
Internet Explorer 4
[sunting | sunting sumber]Internet Explorer 4 yang keluar pada September 1997, mendalamkan lagi tahap persepaduan antara pelayar web dan sistem pengendalian yang menampungnya. Pemasangan versi 4 dalam komputer Windows 95 atau Windows NT 4 diikuti pilihan Windows Desktop Update menyebabkan Windows Explorer lama diganti oleh versi yang seakan-akan pelayar web, di samping desktop Windows disepadukan dengan web melalui Active Desktop. Bagaimanapun, persepaduan Windows ini dikritik atas sebab pembungkusannya (lihat United States v. Microsoft). Pilihan ini tiada lagi dengan pemasang Internet Explorer selanjutnya tetapi tidak ditanggalkan dari sistem jika sudah dipasang. Internet Explorer 4 memperkenalkan sokongan untuk Polisi Kumpulan yang membolehkan syarikat menyusun dan menetapkan pelbagai aspek konfigurasi pelayar. Internet Mail and News digantikan dengan Outlook Express, sementara disertakannya Microsoft Chat dan NetMeeting yang diperbaharui. Versi ini juga disertakan dalam Windows 98. Adanya ciri-ciri baru yang membolehkan pengguna menyimpan dan menerima pesanan dalam bentuk komen yang masih tidak digunakan hari ini. Internet Explorer 4.5 menawarkan ciri-ciri baru seperti penyulitan 128-bit yang lebih mudah, di samping banyak mempertingkatkan kestabilan berbanding versi sebelumnya, khususnya versi 68k yang kerap tersekat tiba-tiba.[13][14][15]
Internet Explorer 5
[sunting | sunting sumber]Internet Explorer 5 yang dilancarkan pada 18 Mac 1999, lalu disertakan dalam Windows 98 Second Edition dan diberkaskan dengan Office 2000, merupakan satu lagi keluaran penting yang menyokong teks dwiarah, aksara rubi, XML, XSLT dan keupayaan menyimpan laman web dalam format MHTML. IE5 diberkaskan bersama Outlook Express 5. Begitu juga, dengan keluaran Internet Explorer 5.0, Microsoft mengeluarkan versi pertama XMLHttpRequest yang melahirkan Ajax. Internet Explorer 5.01, iaitu versi pembaikian pepijat, dikeluarkan pada Disember 1999 dan juga disertakan dalam Windows 2000, disusuli Internet Explorer 5.5 pada Julai 2000 yang diperbaiki keupayaan pratayang hasil cetekan, sokongan piawaian CSS dan HTML, dan API pembangun; versi ini diberkaskan dengan Windows Me. Version 5.5 juga disertakan sokongan untuk penyulitan 128-bit. Namun begitu, IE5 ialah versi terakhir untuk Mac dan UNIX. Versi 5.5 ialah versi terakhir yang dilengkapi Compatibility Mode (Mod Keserasian) yang membolehkan Internet Explorer 4[16] dijalankan bersama dengan 5.x.[10][17] Pasukan IE terdiri daripada lebih seribu orang pada tahun 1999, dibiayai US$100 juta setahun.[5][6]
Bahagian Pasaran pada Oktober 2008[18] |
---|
IE4 - 0.01% |
IE5 - 0.20% |
IE6 - 37.01% |
Internet Explorer 6
[sunting | sunting sumber]Internet Explorer 6 keluar pada 27 Ogos 2001, beberapa bulan sebelum Windows XP, menyertakan peningkatan DHTML, bingkai sebaris terbatas kandungan, dan sokongan separa CSS tahap 1, DOM tahap 1 dan SMIL 2.0.[19] Enjin MSXML juga ditingkatkan ke versi 3.0. Ciri-ciri baru yang lain termasuk versi baru Internet Explorer Administration Kit (IEAK), bar media, penyepaduan Windows Messenger, pengumpulan kerosakan, penukaran saiz imej automatik, P3P, dan penampilan baru yang seiringan dengan gaya visual Luna dalam Windows XP. Internet Explorer 6.0 SP1 menawarkan beberapa peningkatan keselamatan dan bersesuaian dengan keluaran tampung XP SP1. Pada tahun 2002, protokol Gopher dimatikan dan tidak disokong lagi oleh Internet Explorer 7.[20] Internet Explorer 6.0 SV1 [21] keluar pada 6 Ogos 2004 untuk Windows XP SP2 dan menawarkan pelbagai peningkatan keselamatan dan butang warna baru pada antara muka pengguna. IE6 memperbaharui logo 'e biru'-nya kepada wajah 3D biru cerah.[10] IE6 ditamatkan hayatnya pada 13 Julai 2010.[22]
Internet Explorer 7
[sunting | sunting sumber]Internet Explorer 7 keluar pada 18 Oktober 2006, disertakannya pembaikan pepijat, peningkatan sokongan piawaian web, pelayaran bertab dengan pratayang dan pengurusan tab, kotak carian pelbagai enjin, pembaca suapan web, sokongan IDN, sokongan Sijil Pengesahan Diperluas (Extended Validation Certificate), dan penapis anti-phishing. Dengan IE7, Internet Explorer telah dinyahgandingkan dari Windows Shell - berbeza daripada versi-versi terdahulu, kawalan ActiveX Internet Explorer tidak dihoskan dalam proses Windows Explorer, sebaliknya berjalan dalam proses Internet Explorer yang berasingan. IE7 disertakan dengan Windows Vista dan Windows Server 2008, dan juga tersedia untuk Windows XP Service Pack 2 dan selanjutnya, serta Windows Server 2003 Service Pack 1 dan selanjutnya. Keluaran asal Internet Explorer 7 memerlukan komputer meluluskan semakan pengesahan Windows Genuine Advantage sebelum dipasang, tetapi pada 5 Oktober 2007, Microsoft menanggalkan keperluan ini. Mengikut sesetengah statistik, pada pertengahan tahun 2008, Internet Explorer 7 melebihi Internet Explorer 6 dari segi bahagian pasaran di sesetengah tempat.[23]
Internet Explorer 8
[sunting | sunting sumber]Internet Explorer 8 keluar pada 19 Mac 2009, setelah dibangunkan sejak Ogos 2007 selewat-lewatnya.[24] Pada 5 Mac 2008, keluaran beta awam pertama (Beta 1) dikeluarkan kepada pengguna awam,[25] diikuti keluaran beta awam kedua (Beta 2) pada 27 Ogos 2008.[26] IE8 disokong dalam Windows XP SP2 dan SP3, Windows Server 2003 SP2, Windows Vista, Windows 7 dan Windows Server 2008 (32-bit dan 64-bit).[27] Internet Explorer 8 (IE8) RC1 keluar pada 26 Januari 2009. Internet Explorer 8 "Final" keluar pada 19 Mac 2009. Keselamatan, kemudahan penggunaan, dan peningkatan sokongan RSS, CSS, dan Ajax merupakan keutamaan Microsoft untuk IE8,[28][29] merangkumi kepatuhan yang lebih tegas kepada piawaian, termasuk perancangan kepatuhan CSS 2.1 sepenuhnya untuk keluarannya.[30] Segala perubahan ini membolehkan IE8 lulus dalam ujian Acid2.[31] Bagaimanapun, untuk mengelakkan masalah keserasian, IE8 turut disertakan paparan gaya IE7. Laman-laman yang dijangka lebih bagus disokong oleh IE7 boleh mematikan perubahan mendadak IE8 dengan menyertakan unsur meta di bahagian HEAD dalam dokumen HTML-nya. IE8 turut banyak meningkatkan sokongan JavaScript dan juga prestasi[30], tetapi tidak lulus dalam ujian Acid3, iaitu versi 8.0 mencatat 20/100 markah. IE8 menyediakan sokongan untuk Accelerators yang membenarkan pembukaan aplikasi web tanpa perlu mengemudi kepadanya, dan WebSlices yang membolehkan sebahagian halaman dilanggani dan dipantau dari Favorites Bar yang diperbaharui.[30] Ciri-ciri lain termasuk ciri-ciri privasi InPrivate, dan penapis pemancing data SmartScreen.[32]
Internet Explorer 9
[sunting | sunting sumber]Internet Explorer 9, kini sedang dibangunkan, akan mempunyai sokongan lengkap atau separa bagi kesemua pemilih CSS 3, sifat jejari sempadan CSS 3, JavaScript lebih pantas, profil warna ICC terbenam v2 atau v4, serta rendering pemecutan perkakasan menggunakan Direct2D dan DirectWrite. Microsoft telah mengumumkan bahawa Web Open Font Format (WOFF) juga akan disokong.[33] WOFF merupakan "kegemaran kuat" bagi penyeragaman oleh Kumpulan Bekerja Fon Web bagi W3C.[34]
Microsoft terus menumpukan kepada kepentingan melepasi ujian Acid3,[35] tetapi spekulasi bahawa IE9 akan menyokong SVG yang disyorkan oleh W3C tercetus apabila Microsoft mengumumkan bahawa mereka telah menyertai Kumpulan Bekerja SVG.[36] Di MIX 10, Paparan Pelantar IE9 pertama dilancarkan, yang menampilkan sokongan CSS3 dan SVG, enjin JavaScript baharu dipanggil called Chakra, serta markah 55/100 bagi ujian Acid3, naik daripada 20/100 bagi IE8. Pada 5 Mei 2010, Paparan Pelantar kedua IE9 dilancarkan, yang menampilkan markah 68/100 bagi ujian Acid3 serta prestasi lebih pantas pada ujian prestasi WebKit SunSpider JavaScript berbanding Paparan Pelantar pertama IE9. Pada 23 Jun 2010, Paparan Pelantar ketiga IE9 dilancarkan, dengan markah 83/100 bagi ujian Acid3 serta memperkenalkan sokongan bagi unsur <audio>, <video>, dan <canvas> serta WOFF. Pada 4 Ogos 2010, Paparan Pelantar keempat IE9 dilancarkan, yang menampilkan markah 95/100 bagi ujian Acid3 serta enjin JavaScript yang lebih pantas daripada Paparan Pelantar ketiga IE9. Binaan terakhir IE9 dijangkakan akan dilancarkan pada tahun 2011. Sokongan tag audio dan video HTML5 turut dijanjikan.[37][38] Beberapa pakar industri meramalkan bahawa Microsoft akan melancarkan IE9 sebagai versi luar jalur utama yang tidak terikat pada mana-mana versi Windows.[39] Menurut laman Pandu Uji Internet Explorer 9 Diarkibkan 2010-09-26 di Wayback Machine, keperluan sistem bagi IE9 ialah Windows Vista SP2 (dengan Naik Taraf Pelantar dan IE8) atau Windows 7.[40] Pada 12 Ogos 2010, Microsoft mengumumkan bahawa IE9 Beta Awam akan dilancarkan pada 15 September 2010 semasa satu acara khas di San Francisco yang dipautkan pada idea 'kecantikan web.'[41] Adalah disahkan bahawa pelayar ini hanya akan berfungsi pada Windows Vista dan Windows 7.[42] On September 15, 2010, Microsoft launched the IE9 Public Beta.[43]
Internet Explorer 10
[sunting | sunting sumber]Internet Explorer 11
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Internet Explorer telah direka bentuk untuk memperlihatkan beraneka jenis laman web serta menyediakan ciri-ciri tertentu dalam sistem pengendalian, termasuk Microsoft Update. Pada zaman perang pelayar web terawal, Internet Explorer jauh mengatasi Netscape apabila mengejar kemajuan teknologi untuk menyokong ciri-ciri progresif ketika itu.[44]
- Sokongan piawaian
Internet Explorer, menggunakan enjin susun atur Trident:
- supports HTML 4.01, CSS Tahap 1, XML 1.0 dan DOM Tahap 1, dengan sedikit kepincangan pelaksanaan.
- menyokong sepenuhnya XSLT 1.0 dan juga sebuah dialek XSLT lapuk yang dikenali sebagai WD-xsl, yang sedikit sebanyak berasaskan Draf Kerja W3C Disember 1998 bagi XSL. Sokongan untuk XSLT 2.0 pada masa akan datang.
- menyokong separa CSS Tahap 2 dan DOM Tahap 2, dengan kepincangan pelaksanaan besar dan masalah kepatuhan. Kepatuhan hampir sepenuhnya kepada CSS 2.1 ditambahkan dalam keluaran Internet Explorer 8.[45][46]
- tidak menyokong XHTML, tetapi boleh memaparkan dokumen XHTML yang dikarang dengan prinsip-prinsip keserasian HTML lalu disediakan dengan MIME-type
text/html
. - tidak menyokong SVG di mana-mana versi[47].
Internet Explorer menggunakan DOCTYPE sniffing untuk memilih antara "quirks mode" (menghasilkan paparan yang seiras dengan versi-versi IE yang lama) dan mod biasa (paparan menghampiri spesifikasi W3C) untuk paparan HTML dan CSS (Internet Explorer sentiasa menggunakan mod biasa untuk pencetakan). IE juga menyediakan dialek ECMAScript tersendiri iaitu JScript.
Internet Explorer banyak menerima kritikan kerana sokongannya terhad untuk piawaian web terbuka.[47]
- Sambungan bukan piawai
Internet Explorer telah memperkenalkan pelbagai jenis sambungan proprietari untuk kebanyakan piawaian, termasuk HTML, CSS dan DOM. Ini telah menyebabkan sebilangan laman web tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam pelayar web yang patuh kepada piawaian, oleh itu perlunya "quirks mode" untuk membolehkan unsur-unsur tidak wajar yang dimaksudkan untuk Internet Explorer di pelayar-pelayar lain.
Internet Explorer telah memperkenalkan beberapa jenis sambungan kepada JScript yang telah diterima oleh pelayar-pelayar lain, termasuk sifat innerHTML yang mengembalikan rentetan HTML dalam unsur; objek XMLHttpRequest yang membolehkan penghantaran permintaan HTTP dan penerimaan sambutan HTTP; dan sifat designMode dalam objek contentDocument yang membolehkan teks kaya untuk penyuntingan dokumen HTML. Sesetengah fungsi-fungsi tersebut tidak menjadi sehinggalah wujudnya kaedah-kaedah W3C DOM. Sambungan aksara ruby kepada HTML juga diterima sebagai modul dalam W3C XHTML 1.1, walaupun tidak didapati dalam semua versi W3C HTML.
Microsoft pernah memohon beberapa ciri-ciri IE yang lain untuk pertimbangan W3C agar dipiawaikan, termasuk sifat CSS 'perilaku' yang menghubungkan unsur-unsur HTML dengan perilaku JScript (iaitu HTML Components, HTC); profil HTML+TIME yang menambahkan sokongan pemasaan dan penyegerakan media pada dokumen HTML (serupa dengan W3C XHTML+SMIL); dan format fail grafik vektor VML. Bagaimanapun, kesemuanya ditolak, sekurang-kurangnya dalam bentuk asalnya. Bagaimanapun, VML kemudian digabungkan dengan PGML (cadangan Adobe dan Sun), maka terhasilnya format SVG yang diluluskan oleh W3C untuk menjadi salah satu format imej vektor yang digunakan di web, tetapi anehnya tidak disokong oleh IE sahaja.[48]
Perilaku bukan piawai yang lain termasuk: sokongan teks menegak, tetapi dalam sintaks yang berbeza dari cadangan calon W3C CSS3; sokongan untuk pelbagai kesan imej[49] dan peralihan halaman, tidak terdapat dalam W3C CSS; sokongan untuk kod skrip terkeliru, khususnya JScript.Encode()
[50]; sokongan pembenaman fon EOT dalam laman web.[51]
- Favicon
Favicon ("favorites icon", ikon kegemaran) yang diperkenalkan oleh Internet Explorer kini juga disokong oleh pelayar lain. Favicom membolehkan laman web menentukan imej 16x16 piksel untuk digunakan dalam penanda buku. Dalam IE, sokongan disediakan hanya untuk format ICO Windows; bagi pelayar lain pula, Favicon diperluas ke jenis imej yang lain seperti PNG dan GIF.
- Kebolehgunaan dan kebolehcapaian
Internet Explorer menggunakan kerangka kebolehcapaian yang disediakan dalam Windows. Internet Explorer juga merupakan antara muka pengguna untuk FTP, dengan operasi-operasi yang serupa dengan Windows Explorer (cuma ciri-ciri ini memerlukan tetingkap cangkerang untuk dibuka dalam versi-versi terkini pelayar ini, bukannya terang-terangan dalam pelayar). Visual Basic for Applications (VBA) juga tidak disokong, tetap terdapat melalui sambungan (iMacros). Versi-versi terkini dilengkapi ciri-ciri penyekat tetimbul dan pelayaran bertab. Pelayaran bertab juga boleh ditambahkan pada versi-versi lama dengan memasang MSN Search Toolbar atau Yahoo Toolbar.
- Cache
Internet Explorer menyimpan kandungan sebagai cache dalam folder Fail Internet Sementara (Temporary Internet Files) untuk mempercepatkan capaian (atau membolehkan capaian luar talian) ke laman-laman yang pernah dilawati. Kandungannya diindekskan dalam fail pangkalan data yang dikenali sebagai Index.dat. Terdapat berbilang-bilang fail Index.dat yang mengindekskan pelbagai kandungan, seperti kandungan web yang dilawat, suapan web, URL yang dilawat, kuki dsb.[52]
Sebelum IE7, fungsi pembuangan cache hanya memadamkan indeksnya tetapi fail-failnya tidak semestinya dapat dibuang, maka timbulnya risiko keselamatan dan privasi. Dalam IE7 dan selanjutnya, apabila cache dibuang, kali ini fail cache lebih pasti dibuang juga, oleh itu fail index.dat ditulis ganti dengan bait nol.
- Polisi Kumpulan
Internet Explorer boleh dikonfigurasi sepenuhnya dengan menggunakan Polisi Kumpulan (Group Policy). Para pentadbir domain Windows Server boleh menggunakan dan menguatkuasakan pelbagai tetapan yang mempengaruhi antara muka pengguna (seperti menutup item menu dan pilihan konfigurasi individu), serta ciri-ciri keselamatan tersirat seperti muat turun fail, konfigurasi zon, tetapan mengikut laman, perilaku kawalan ActiveX dan lain-lain. Tetapan dasar boleh dikonfigurasi untuk setiap pengguna untuk setiap pengguna dan setiap mesin. Internet Explorer juga menyokong Pengesahan Windows Bersepadu (Integrated Windows Authentication).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "2003 Young Innovator - Thomas Reardon, 34 - Openwave - Tailors Internet application to cell phones". Technology Review. Dicapai pada 2009-06-01.[pautan mati kekal]
- ^ www.zoominfo.com/people/Slivka_Benjamin_3581789.aspx
- ^ Eric Sink (2005-05-12). "Memoirs From the Browser Wars". Dicapai pada 2006-03-24.
- ^ Sandi Hardmeier (Published: August 25, 2005). "The History of Internet Explorer". Microsoft.com. Dicapai pada 2008-10-17. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b c "Victor: Software empire pays high price | CNET News.com". News.com. Dicapai pada 2008-10-17.
- ^ a b "Memoirs From the Browser Wars". Ericsink.com. Dicapai pada 2008-10-17.
- ^ http://www.islandnet.com/~kpolsson/comphist/comp1996.htm Computer History
- ^ "Microsoft Internet Explorer Web Browser Available on All Major Platforms, Offers Broadest International Support". Microsoft.com. Dicapai pada 2008-10-17.
- ^ a b http://www.microsoft.com/presspass/press/1996/apr96/iemompr.mspx Microsoft Internet Explorer Web Browser Available on All Major Platforms, Offers Broadest International Support
- ^ a b c http://www.microsoft.com/windows/ie/community/columns/historyofie.mspx MS History
- ^ "The History of Microsoft Internet Explorer". Nwnetworks.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-12. Dicapai pada 2008-10-17.
- ^ "By having IE3 rename your previous version, Microsoft gives you a fallback in case IE3 crashes. IE3 also scans for Netscape bookmarks and converts them to IE3 favorites." http://www.windowsitpro.com/article/articleid/2801/internet-explorer-30.html
- ^ http://cws.internet.com/file/11708.htm WinPlanet IE4 Review
- ^ http://www.pcpro.co.uk/broadband/reviews/671/internet-explorer-4.html PC Pro IE4 Review
- ^ http://www.macuser.co.uk/macuser/reviews/16079/microsoft-internet-explorer-v40.html Diarkibkan 2005-02-09 di Wayback Machine MacUser IE 4 Review
- ^ http://support.microsoft.com/kb/197311/EN-US/ KB197311
- ^ http://support.microsoft.com/kb/237787 MS Article ID 237787
- ^ http://marketshare.hitslink.com/browser-market-share.aspx?qprid=2&qpmr=40&qpdt=1&qpct=3&qpcal=1&qptimeframe=M&qpsp=117&qpnp=1
- ^ "SMIL Standards and Microsoft Internet Explorer 6, 7, and 8". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-03. Dicapai pada 2007-05-27.
- ^ "Using a web browser to access gopher space". Dicapai pada 2007-05-11.
- ^ SV1 bererti "Security Version 1", iaitu set peningkatan keselamatan yang disediakan untuk keluaran itu[1]. Versi Internet Explorer ini dikenali sebagai IE6 SP2, memandangkan penyertaannya dengan Windows XP Service Pack 2, tetapi ini boleh mengelirukan apabila membincangkan Windows Server 2003 yang disertakan fungsi sama dalam kemaskini SP1 bagi sistem pengendalian tersebut.
- ^ "Lifecycle Supported Service Paks". Dicapai pada 2009-08-10.
- ^ "Browser statistics". W3Schools. Dicapai pada 2008-08-04.
- ^ "IE 8: On the Path to Web Standards Compliance - ACID 2 Test Pass Complete". Microsoft. 2007-12-19. Dicapai pada 2007-12-20.
- ^ Internet Explorer 8 Readiness Toolkit
- ^ Internet Explorer 8
- ^ "Internet Explorer Readiness Toolkit". Dicapai pada 2008-03-08.
- ^ LaMonica, Martin (2007-05-03). "Microsoft hints at general plan for IE 8". CNET News.com. Dicapai pada 2008-03-11.
- ^ Reimer, Jeremy (2007-05-02). "Microsoft drops hints about Internet Explorer 8". ars technica. Dicapai pada 2007-05-02.
- ^ a b c "How do I make my site light up in Internet Explorer 8?". Dicapai pada 2008-03-07.
- ^ "Internet Explorer 8 and Acid2: A Milestone". Dicapai pada 2008-03-07.
- ^ "PC World - Internet Explorer 8 Beta 2: Can It Outfox Firefox?". Pcworld.com. Dicapai pada 2008-10-17.
- ^ Galineau, Sylvain (2010-04-23), Meet WOFF, The Standard Web Font Format, Microsoft
- ^ Web Fonts Working Group Charter, updated 2009-11-10, retrieved 2009-11-24
- ^ Hachamovitch, Dean (2009-11-18). "An Early Look At IE9 for Developers". IEBlog. Dicapai pada 2009-11-18.
- ^ Dengler, Patrick (2010-01-05). "Microsoft Joins W3C SVG Working Group". IEBlog. Dicapai pada 2009-01-05.
- ^ Anderson, Tim (2010-03-16). "Microsoft's Internet Explorer 9 embraces - yes - HTML5". The Register. Dicapai pada 2010-03-16.
- ^ "The Web Standards Project's Acid3 Test". Microsoft. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-22. Dicapai pada 16 March 2010.
- ^ http://www.winsupersite.com/live/ie9_preview.asp
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-22. Dicapai pada 2010-09-17.
- ^ "Beauty of the Web". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-19. Dicapai pada 2010-09-17.
- ^ Internet Explorer 9 Beta launching September 15th, might enter a beauty pageant
- ^ "Internet Explorer 9 Beta: UI Smackdown". PCWorld. Dicapai pada 15 Sept 2010. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Browser History: Netscape explains that "By the fourth generations of both browsers, Internet Explorer had caught up technologically with Netscape's browser.... Netscape 6.0 was considered slow and buggy, and adoption was slow to occur", Access Date: 2008-03-25
- ^ "Internet Explorer 8 Beta 1 Whitepapers". MSDN. Dicapai pada 2008-03-11.
- ^ James Hopkins » IE8 Bugs
- ^ a b Svensson, Peter (2008-09-10). "Creator of Web spots a flaw in Internet Explorer". msnbc.msn.com. Dicapai pada 2008-11-16.
- ^ SVG Support Tables
- ^ Filter Tool (WebFX) Diarkibkan 2010-10-16 di Wayback Machine. Diterbitkan pada 12 Mei 2005
- ^ Using Script Encoder; Published on May 12, 2005
- ^ Font Embedding for the Web
- ^ Windows Core Networking Team. "A bit about WinInet's Index.dat". MSDN blogs. Dicapai pada 2008-03-07.