Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Jabatan Perangkaan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Perangkaan Malaysia
جابتن ڤراڠكأن مليسيا
Ekonomi Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1949; 75 tahun yang lalu (1949)
JenisKerajaan
Ibu pejabatBlok C6, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62514, Putrajaya.
Kakitangan3,190 (2020)
Belanjawan tahunanMYR 193,488,000
Eksekutif kerajaan
  • YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia
Agensi induk
Jabatan Ekonomi Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Perangkaan 1965
Laman sesawang
www.dosm.gov.my/portal-main/home

Jabatan Perangkaan Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ڤراڠكأن مليسيا) merupakan sebuah Jabatan yang beroperasi di bawah Jabatan Ekonomi yang bertujuan menghasilkan statistik yang berintegriti dan reliable dalam bidang ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar yang digunakan terutamanya oleh Kerajaan sebagai input dalam pembentukan pelaksanaan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Penubuhan

[sunting | sunting sumber]

Jabatan Perangkaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Ordinan Statistik 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad hanya kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang.

Pada tahun 1965, Biro Statistik telah bertukar nama kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989). Fungsi dan peranan Jabatan seterusnya telah berkembang di mana data/maklumat yang dikumpul semakin meluas merangkumi bidang ekonomi dan juga sosial.

Pada masa yang sama, pejabat perangkaan Sabah dan Sarawak telah menjadi cawangan kepada Jabatan Perangkaan dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur. Jabatan Perangkaan Negeri di Semenanjung Malaysia telah ditubuhkan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1971 sehinggalah ke tahun 1982.

Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.

Jabatan Perangkaan Malaysia yang beribu pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya juga mempunyai pejabat di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.

Dalam struktur organisasi kerajaan, Jabatan Perangkaan Malaysia diletak di bawah Kementerian Ekonomi Malaysia.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]