Jack L. Warner
Jack L. Warner | |
---|---|
Kelahiran | Jacob Warner 2 Ogos 1892 |
Meninggal dunia | September 9, 1978 Beverly Grove, Los Angeles, California, A.S. | (umur 86)
Dikebumikan | Home of Peace Cemetery, Los Angeles Timur, California |
Warganegara | Kanada-Amerika |
Pekerjaan | Eksekutif filem |
Tahun aktif | 1918–1972 |
Parti politik | Republikan |
Pasangan |
|
Anak-anak | 2, termasuk Jack M. Warner |
Jack Leonard "J. L." Warner (2 Ogos 1892 – 9 September 1978), lahir Jacob Warner[1] di London, Ontario, ialah seorang eksekutif filem Amerika-Kanda berbangsa Yahudi dan merupakan presiden dan pengasas Warner Bros di Burbank, California. Kerjaya Warner melangkau lebih 45 tahun, tempohnya yang mengatasi sebarang maestro filem Hollywood yang lain.[2]
Sebagai ketua penerbitan bersama Warner Bros Studio, beliau bekerja dengan adiknya, Sam Warner, untuk mendapatkan teknologi untuk industri filem wayang gambar bersuara pertama.[3] Setelah kematian Sam, Jack bertelagah dengan adik-beradeiknya yang masih hidup, Harry dan Albert Warner. Beliau mengambil alih kawalan eksklusif penerbitan filem syarikat dalam tahun 1950-an, ketika beliau membeli saham syarikat secara rahsia dalam perniagaan setelah meyakinkan mereka untuk mengambil bahagian dalam penjualan saham bersama.
Walaupun Warner ditakuti banyak pekerja sehingga diejek atas percubaan menghiburkan yang tidak menjadi, beliau disegani atas naluri bisnesnya yang dianggap licik dan suka. Beliau merekrut banyak bintang-bintang filem dalam studionya[4] serta menggalakkan pembikinan produksi yang menumpukan kepada drama lalu menjadikan studionya terkenal.[5] Warner pernah menegaskan, "Jika rencana saay benar sebanyak lima puluh persen pada waktu itu, saya akan memenangi permainan."
Sepanjang kerjaya, dia telah dilihat sebagai seorang yang sangat membingungkan dari segi fahaman politiknya.[6] Beliau merupakan seorang pneyokong kuat Republikan, dan projek filem yang mempromosikan agenda Kesepakatan Baru yang digalang Presiden Franklin D. Roosevelt yang Demokrat. Beliua kuat membantah fahaman fasisme dan mengkritik rejim Nazi Jerman jauh sebelum Amerika Syarikat terlibat dalam Perang Dunia Kedua lagi.[7] Beliau turut anti-Komunis sehingga tampil memecat anggota kerja yang disyaki sebagai penyokong Komunis serta bekerjasama dengan pemerintah Amerika Syarikat saat negara tersebut digelumangi paranoia McCarthyisme zaman Perang Dingin.[8] Meskipun namanya tergugat akibat perkaitan ini, namun Warner kekal bergiat dalam industri perfilemam sehingga persaraannya pada awal tahun 1970.[9]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Foster, Charles. Once Upon a Time in Paradise: Canadians in the Golden Age of Hollywood, Dundurn (2003) p. 990
- ^ Thomas (1990), p. 4.
- ^ Thomas (1990), pp. 52–62.
- ^ Thomas (1990), pp. 45–49.
- ^ Buhle and Wagner (2002), p. 59.
- ^ Thomas (1990), pp. 4–7.
- ^ Buhle and Wagner (2002), p. 68.
- ^ Buhle and Wagner (2002), pp. 377–378.
- ^ Thomas (1990), p. 3.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Behlmer, Rudy (1985). Inside Warner Bros. (1935–1951). New York: Viking Press. ISBN 0-670-80478-9
- Buhle, Paul; Wagner, Dave (2002). Radical Hollywood: The Untold Story Behind America's Favorite Movies. New York: The New Press. ISBN 1-56584-718-0
- Ceplair, Larry; Englund, Steven (1980). The Inquisition in Hollywood: Politics in the Film Community, 1930–1960. Garden City, NY: Anchor Press/ Doubleday. ISBN 0-385-12900-9
- Corey, Melinda; Ochoa, George (2002). The American Film Institute Desk Reference. New York: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 0-7894-8934-1
- David, Saul (1981). The Industry: Life in the Hollywood Fast Lane. New York: Times Books. ISBN 0-8129-0971-2
- Dick, Bernard F. (1985). The Star-Spangled Screen: The American World War II Film. Lexington, KY: The University Press of Kentucky. ISBN 0-8131-1531-0
- Friedman, Lester D. (1982). Hollywood's Image of the Jew. New York: Frederick Ungar Publishing Co. ISBN 0-8044-2219-2
- Gabler, Neal (1988). An Empire of Their Own: How the Jews Invented Hollywood. Crown. ISBN 0-385-26557-3.
- Schatz, Thomas (1988). The Genius of the System: Hollywood Filmmaking in the Studio Era. New York: Pantheon Books. ISBN 0-394-53979-6
- Schickel, Richard; Perry, George (2008). You Must Remember This: The Warner Bros. Story. Philadelphia: Running Press. ISBN 0-7624-3418-X
- Sperling, Cass Warner; Millner, Cork; Warner, Jack Jr. (1998). Hollywood Be Thy Name: The Warner Brothers Story. Lexington, KY: University Press of Kentucky. ISBN 0-8131-0958-2
- Thomas, Bob (1990). Clown Prince of Hollywood: The Antic Life and Times of Jack L. Warner. New York: McGraw-Hill Publishing Company. ISBN 0-07-064259-1
- Warner, Jack; Jennings, Dean (1964). My First Hundred Years in Hollywood: An Autobiography . New York: Random Books