Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Jalur Alpid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Takat hampiran bagi Sistem Orogeni Alpid.

Jalur Alpid atau jalur orogeni Alp-Himalaya[1] termasuk suatu tatasusunan banjaran yang menganjur di sepanjang pinggir selatan Eurasia, meregang dari Jawa hingga Sumatera melalui Himalaya, Mediterranean, dan keluar ke dalam Lautan Atlantik. Ini termasuk Banjaran Alp, Banjaran Karpatos, pergunungan di Anatolia dan di Iran, Hindu Kush, dan pergunungan di Asia Tenggara. Selepas Lingkaran Api Pasifik, banjaran ini merupakan rantau kedua paling seismik di dunia, dengan 17% daripada gempa bumi terbesar dunia.[2]

Jalur Alpid dicipta dengan tektonik plat berterusan. Jalur ini merupakan hasil Mesozoik hingga Senozoik hingga penutupan terkini Lautan Tethys dan proses perlanggaran antara plat Afrika, plat Tanah Arab dan plat India yang bergerak ke arah utara dengan plat Eurasia.[1]

Banjaran utama

[sunting | sunting sumber]

Indonesia terlatak di antara Lingkaran Api Pasifik di sepanjang kepulauan timur laut bersebelahan dengan dan termasuk New Guinea dan jalur Alpid di sepanjang selatan dan barat dari Sumatera, Jawa dan Kepulauan Nusa Tenggara (Bali, Flores, dan Timor). Gempa bumi Lautan Hindi 2004 di luar pinggir laut Sumatera terletak di dalam jalur Alpid.

  1. ^ a b K.M. Storetvedt, K. M., The Tethys Sea and the Alpine-Himalayan orogenic belt; mega-elements in a new global tectonic system, Physics of the Earth and Planetary Interiors, Jilid 62, Keluaran 1–2, 1990, Halaman 141–184 Abstrak
  2. ^ USGS (27 Oktober 2009). "Q: Where do earthquakes occur?". FAQs - Historic Earthquakes and Earthquake Statistics. Dicapai pada 3 Mei 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]