Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

James Jemut Masing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
James Jemut Masing
PSM; DA, PNBS (Sarawak); PhD (ANU)
Timbalan Ketua Menteri Sarawak II
Dalam jawatan
13 Januari 2017 – 31 Oktober 2021
Didahului olehAlfred Jabu Numpang
Digantikan olehAwang Tengah Ali Hasan
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
bagi Baleh
Dalam jawatan
1983–2021
Didahului olehPeter Gani Kiai
Dalam jawatan
2004–2021
TimbalanJoseph Salang Gandum
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak
Dalam jawatan
19 Januari 2017 – 31 Oktober 2021
TimbalanJulaihi Narawi
Maklumat peribadi
Lahir(1949-03-05)5 Mac 1949
Baleh, Kapit, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak, Malaysia)
Mati31 Oktober 2021(2021-10-31) (umur 72)
Pusat Pakar Perubatan Normah, Petra Jaya, Kuching
Cause of deathKomplikasi jantung
Tempat semadiNirvana Memorial Park, Siniawan, Kuching
Parti politikGPS-PRS (2018–2021)
BN-PRS (–2018)
PasanganPuan Sri Dato Corrine Masing
PertalianJantai Masing (adik)
Anak5

Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing (5 Mac 1949 – 31 Oktober 2021) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berasal dari negeri Sarawak. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak bersama-sama dengan Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg, Douglas Uggah Embas dan Awang Tengah Ali Hasan di bawah Ketua Menteri Adenan Satem sejak Mei 2016 dan Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg sejak Januari 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan dalam Kabinet Sarawak sebelum ini. Beliau merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang merupakan parti komponen Gabungan Parti Sarawak dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Baleh, Sarawak.[1]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

James dilahirkan pada 5 Mac 1949, beliau berketurunan etnik Iban dan seorang yang beragama Kristian. Beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Antropologi dari Universiti Kebangsaan Australia pada tahun 1981. [2]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

James telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak selama lapan penggal bagi kawasan Baleh sejak 1983 sehingga kematiannya pada tahun 2021. Beliau memulakan karier politiknya apabila menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sebelum menjadi pengasas bersama dan Presiden pertama Parti Rakyat Sarawak (PRS) sejak 2004 sehingga kematiannya pada tahun 2021.[3]

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Pada 28 September 2021, James yang telah divaksin dua dos sepenuhnya disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke wad rawatan rapi Hospital Umum Sarawak (SGH). Beliau kemudiannya dipindahkan ke Pusat Perubatan Normah Sarawak di Kuching di mana beliau kemudiannya meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 31 Oktober 2021 pada usia 72 tahun.[4][5] Keputusan ujian saringan COVID-19 lanjut yang dijalankan ke atas badannya juga menunjukkan negatif.[6]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Sarawak[7]
Tahun Perwakilan Undi Pct Pencabar Unding Pct Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
1983 Baleh,
Sarawak
James Jemut Masing (PBDS) N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A
N/A (Bebas) N/A N/A
1987 James Jemut Masing (PBDS) N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A
1991 James Jemut Masing (PBDS) 4,183 67.15% Simon Temenggong Sibat (BN) 1,858 29.83% 6,306 2,325 71.91%
Ngalambong Limbing (Bebas) 188 3.02%
1996 James Jemut Masing (PBDS) 5,411 87.66% John Pungga (Bebas) 762 12.34% 6,334 4,649 65.77%
2001 James Jemut Masing (PBDS) 6,378 94.29% Stephen Nyamok Medan (Bebas) 386 5.71% 6,861 5,992 70.02%
2006 James Jemut Masing (PRS) 5,330 90.99% Lucius Jimbon (SNAP) 528 9.01% 5,956 4,802 61.20%
2011 James Jemut Masing (PRS) 5,242 79.59% Bendindang Manjah (PKR) 1,344 20.41% 6,684 3,898 59.22%
2016 James Jemut Masing (PRS) 5,272 91.67% Agop Linsong (DAP) 479 8.33% 5,820 4,793 60.47%

Anugerah di Malaysia

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ Masing Dipilih Semula Presiden PRS[pautan mati kekal]
  2. ^ "Sarawak Deputy Chief Minister James Masing dies". Bernama. 31 October 2021. Dicapai pada 31 October 2021.
  3. ^ "Joseph Salang taking over PRS' top leadership, Baleh candidacy to be decided at meeting". Dayak Daily. 31 October 2021. Dicapai pada 31 October 2021.
  4. ^ "DCM Masing passes away". Borneo Post. 31 October 2021. Dicapai pada 31 October 2021.
  5. ^ "James Jemut Masing meninggal dunia" [James Jemut Masing passed away]. Astro AWANI. 31 October 2021. Dicapai pada 31 October 2021.
  6. ^ Churchill Edward (31 October 2021). "Report: Masing died of heart complications, latest test negative for Covid-19". The Borneo Post. Dicapai pada 31 October 2021.
  7. ^ "SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PILIHAN RAYA UMUM". 25 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 21 July 2018.
  8. ^ a b c "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 25 October 2018.
  9. ^ "Masing, Mawan awarded 'Tan Sri' on King's birthday". Sharon Ling. The Star. 5 June 2011. Dicapai pada 23 September 2018.
  10. ^ "Masing and Uggah now Datuk Amar". The Star. 15 September 2013. Dicapai pada 6 September 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

James Jemut Masing di Facebook