Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Jata Armenia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lambang atau Jata Armenia mengandungi helang dan singa yang menjadi penyokong atau pembawa perisai. Jata ini menggabungkan unsur-unsur baru dan lama simbol. Penggunaan helang dan singa adalah dari simbol Armenia lama, yang bermula dari awal penubuhan negara Armenia yang wujud sebelum Isa.

Penggunaan jata semasa sekarang, diambil dan digunakan pada 19 April 1992 dengan keputusan oleh Sidang Tertinggi Armenia, kemudianya diluluskan oleh Parlimen Armenia.

Terdapat beberapa isi didalam perisai yang berada dipegang oleh helang dan singa. Isi perisai mempunyai 5 unsur iaitu

  1. Bahtera Nuh tersadai di atas Gunung Ararat, terletak di tengah perisai. Mengikut tradisi, bahtera tersebut tersadai bila banjir besar yang berlaku ketika itu habis. Gunung ini juga merupakan simbol Armenia, dan menjadikan satu kepentingan utama untuk jata ini.
  2. Helang bersemuka di bawah kiri perisai, memperingati kekuatan kerajaan Artasyas yang memerintah Armenia pada kurun pertama SM.
  3. Singa bersama salib, terletak di atas kiri perisai, merupakan lambang kerajaan Bagarat, iaitu sebuah kerajaan yang berjaya menjadi pusat pemerintahan, kebudayaan dan perdagangan[1] semasa zaman pertengahan, iaitu pada kurun ke-7 dan ke-11 sebelum hancur ditewaskankuasa-kuasa Byzantium dan Saljuk Turk pada kurun ke-11 M.
  4. Helang kepala dua terletak disebelah atas kanan perisai, lambang kerajaan dikristiankan sepeluk Raja Tiridat III tahun 301 M. Kejayaan pemerintahan Arsacid dari kurun pertama hingga ke- 428 selepas masihi.
  5. Singa bersama salib di sebelah bawah kanan perisai menggambarkan kejayaan kerajaan Ruben di Kilikiyah. Kerajaan ini berkembang semasa kurun ke-12 dan ke-13 selepas masihi, sehingga Mamluk dan Uthmaniyah menguasainya.

Helang dan Singa

[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini merupakan pembawa dan penyokong perisai yang berada disebelahan jata, helang berada disebelah kanan perisai membawa maksud kejayaan wangsa Artasyas, dan kemudian diguna sebagai simbol wangsa Arsyak. Manakala, singa disebelah kiri perisai, membawa maksud kerajaan kerajaan Bagarat dan kemudian digunakan oleh wangsa Ruben.

Selain itu, kedua-dua haiwan ini melambangkan dan membawa maksud kekuatan, kekuasaan, kesabaran, kebijaksanaan dan kemulian didalam kalangan antara haiwan-haiwan dimuka bumi.

5 isi lain

[sunting | sunting sumber]

Lima unsur ini terletak dibahagian bawah perisai, helang dan singa. Unsur-unsur berikut membawa maksud:

  1. Pedang melambangkan kuasa dan keutuhan negara, yang memecah rantaian kebelengguan.
  2. Rantai pecah membawa maksud kejayaan dan usaha dalam untuk capai kebebasan dan kemerdekaan negara.
  3. Pokok gandum bermaksud usaha keras rakyat Armenia.
  4. Bulu pelepah bermaksud kebijaksanaan dan warisan kebudyaan rakyat Armenia.[2]
  5. Riben melambangkan warna bendera Armenia.

Jata Republik Demokratik Armenia

[sunting | sunting sumber]

Jata negara Armenia semasa ada mempunyai kesamaan dengan jata Republik Demokratik Armenia (DRA) pada tahun 1918. Dalam tahun tersebut, lidah helang dan singa kelihatan terjulur keluar, agar tampak lebih perkasa. Juga di dalam perisai tidak kelihatan bahtera Nuh diatas Gunung Ararat. Didalam versi ini, kelihatan bukit Ararat disebelah kiri Gunung Ararat dan warna latar belakang adalah biru, bukan kuning (versi baru). Pereka lukis jata ini ialah Alexander Tamanian, seorang ahli kumpulan dari Akademi Seni Halus Rusia. Hasil nurkilan yang terkenal Alexander adalah pelan bandar Yeravan. Dan, pelukis jata ini ialah Hakob Kojoyan.

Jata Kaukasus Selatan (SFSR)

[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1922, dimana Armenia diletakkan bersama-sama Georgia dan Azerbaijan sebagai sebuah kawasan Kaukasus Selatan. Jata ini digunakan oleh kerajaan Caucasus Selatan. Ia mencampurkan rekabentuk jata dari penduduk-penduduk dari tiga negara tersebut. Didalam jata ini, terdapat unsur seni keislamanan dan komunis. Ukiran bintang yang berada dijata merupakan satu elemen dari jata lama Georgia (1918-1921) dan digunakan semula pada 1991-2004; bulan sabit pula digunakan sebagai melambangkan keislaman, yakni agama yang dianuti oleh orang Azeri, dan Gunung Ararat pula digunakan sebagai lambang kepada Armenia.

Jata Soviet

[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1937, jata soviet ini digunakan untuk Armenia masih mengekalkan Gunung Ararat bersama lambang sabit dan tukul dan bintang merah dibelakangnya. Kemasukan Gunung Ararat dibantah pihak Turki sebab gunung tersebut juga sebahagian dari kawasannya. Kremlin tegas menjawab, walaupun simbol orang Turki adalah bulan sabit, nyata ia bukanlah boleh dikatakan milik sepenuhnya kepada bulan.[3] Apabila Kesatuan Rusia berpecah dalam tahun 1991 dan Armenia terus menjadi satu republik bebas, dan mengantikan jata (sekarang) serta menjadikan ia jata negara sejak dari tahun 1992.

  1. ^ http://www.crwflags.com/fotw/flags/am).html Armeni: Jata negara
  2. ^ http://www.armenica.org/armenia/gerb.html ,Bendera dan Jata Armenia, dicapai pada 23-7-2007
  3. ^ Louis, Victor and Jennifer. The Complete Guide to the Soviet Union. New York, 1976. p. 98

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]