Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Kata seasal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam linguistik, kata seasal atau kognat (diakar kata bahasa Latin cognatus "sanak"[1] lakuran con- “bersama” dan (g)nātus “anak”[2]) ialah perkataan dalam suatu bahasa yang berkongsi makna dan rupa sebutan yang sama dengan seberapa perkataan bahasa-bahasa lain kerana hubungan keturunan atau asal serumpun yang sama.[3][4] Seberapa patah kata dalam sesuatu bahasa yang mempunyai keserupaan dari segi asal, bentuk atau makna dipanggil kata kembar. Secara tegasnya, kata pinjaman daripada bahasa lain selalunya tidak dimaksudkan dengan istilah tersebut. Contohnya, perkataan bahasa Inggeris, king tidak dianggap sebagai kata seasal asli daripada bahasa Belanda, 'koning' ataupun bahasa Jerman, 'König'.

  1. ^ "cōgnātus". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 147. "berhubungan berdasarkan kelahiran ; mempunjai pertalian darah ; berkeluarga ; sanak saudara ; saudara ; kaum kerabat ; saudara sebangsa..."
  2. ^ "nātus". ibid. m/s. 559.
  3. ^ Harimurti Kridalaksana (2009). "kata seasal". Kamus Linguistik. Jakarta: PT Gramedia. m/s. 112. ISBN 978-979-22-3570-8.
  4. ^ Mohamad NorTaufiq NorHashim; Aniswal Abd Ghani (November 2022). "Penentuan Kognat Kata antara Bahasa: Penilaian Semula dari Sudut Etimologi". Jurnal Linguistik. Persatuan Linguistik Malaysia. 26 (2): 11.