Kebakaran Kereta Api Pakistan 2019
2019 Pakistan train fire | |
---|---|
Location of the fire on a map of Pakistan | |
Butiran | |
Tarikh | 31 Oktober 2019 06:30 PST (01:30 UTC) |
Koordinat | 29°00′26″N 70°59′20″E / 29.00722°N 70.98889°EKoordinat: 29°00′26″N 70°59′20″E / 29.00722°N 70.98889°E |
Lokasi | near Liaquat Pur railway station |
Negara | Pakistan |
Laluan/landasan | Karachi–Peshawar Line |
Pengendali | Pakistan Railways |
Perkhidmatan | Tezgam |
Jenis insiden | Train fire |
Perangkaan | |
Kereta api | 1 |
Penumpang | 933 |
Meninggal dunia | 75 |
Tercedera | 43 |
Kerosakan | Three carriages destroyed |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada 31 Oktober 2019, sebuah kereta api penumpang yang dioperasi oleh Pakistan Railways terbakar semasa dalam perjalanan dari Karachi ke Rawalpindi, dan sekurang-kurangnya 75 orang dilaporkan maut. Kebakaran dipercayai berlaku apabila silinder gas memasak yang digunakan oleh beberapa penumpang untuk menyediakan sarapan meletup, sedangkan memasak dalam kereta api adalah dilarang. Kejadian ini merupakan kemalangan kereta api yang paling dahsyat di Pakistan sejak tahun 2005. Kemalangan Kereta Api Ghotki yang berlaku pada tahun 2005 telah menyebabkan kematian lebih dari 100 orang[1].
Kemalangan
[sunting | sunting sumber]Kemalangan berlaku pada pukul 06.30 waktu setempat (1:30 UTC)[2] semasa kereta api ekspres Tezgam sedang dalam perjalanan dari Karachi ke Rawalpindi. Keletupan dicetuskan ketika kereta api itu berada di Liaquatpur Tehsil, Bandar Rahim Yar Khan, Punjab. Sheikh Rasheed Ahmad, Menteri Kereta Api Pakistan melaporkan bahawa dua silinder gas memasak meletup dan menyebabkan kebakaran kereta api. Tiga gerabak kereta api termusnah.[3]
Penggunaan silinder gas memasak dalam kereta api adalah dilarangkan di Pakistan tetapi sering tidak dipedulikan oleh penumpang, manakala pihak berkuasa pula biasanya menutup mata.[3] Bagaimanapun, terdapat juga laporan yang menyatakan kebakaran mungkin tercetus akibat litar pintas dalam sistem elektrik kereta api itu.[4] Sejumlah 933 orang punumpang telah menaiki kereta api itu, dan 207 berada dalam tiga gerabak yang terjejas.[2]
Sepuluh buah lori bomba dihantar ke tempat kejadian,[2] dan pasukan tentera Pakistan membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa. Mangsa yang mengalami kecederaan yang paling serius telah dibawa ke hospital di Bahawalpur dan Multan,[2][5] manakala penumpang yang mengalami kecederaan yang kurang serius dirawat di beberapa hospital di Liaquatpur dan Rahim Yar Khan.[2] Sebuah kereta api telah dihantar ke tempat kejadian untuk menyelamatkan penumpang terkandas dan membawa mereka ke Rawalpindi.[6] Beberapa mangsa yang terselamat menolak idea bahawa keletupan silinder gas memasak merupakan punca kebakaran, dan mengatakan bahawa kebakaran disebabkan oleh masalah sistem elektrik kereta api.[1]
Mangsa
[sunting | sunting sumber]Ramai mangsa mati ketika melompat dari kereta api yang sedang bergerak.[1] Kereta api dilaporkan hanya berhenti selepas kira-kira 20 minit api tercetus,[7] walaupun kabel komunikasi telah ditarik (selepas kabel komumnikasi ditarik, pemandu kereta api sepatutnya akan menerima informasi bahawa kereta api sedang dalam keadaan bahaya, dan dia boleh membuat keputusan untuk memberhentikan kereta api).[8] 57 mayat dibakar sehingga tidak dapat mengenal pasti identitinya, dan ujian DNA perlu dijalankan untuk mengidentifikasikan mangsa.[9] Sekurang-kurangnya 75 orang maut,[10] dan sekurang-kurangnya 43 orang cedera, 11 orang dalam keadaan kritikal.[6]
Siasatan
[sunting | sunting sumber]Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengarahkan siasatan ke atas kemalangan itu.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Kemalangan Kereta Api El Ayyat 2002 - kebakaran kereta api yang berlaku kerana sebab yang serupa.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Birsel, Robert. "Fire engulfs Pakistani train, kills at least 65". Reuters. Dicapai pada 31 October 2019.
- ^ a b c d e Fahad, Muhamman. "At least 71 killed in Tezgam Train fires". The Financial Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-31. Dicapai pada 31 October 2019.
- ^ a b c "Pakistan train fire: Karachi to Rawalpindi service blaze kills dozens". BBC News Online. Dicapai pada 31 October 2019.
- ^ "Pakistan train fire: Are accidents at a record high?". BBC News online. Dicapai pada 1 November 2019.
- ^ "Pakistan train fire kills 65 as gas stove explodes". Independent Television News. Dicapai pada 31 October 2019.
- ^ a b "At least 71 dead after cooking stoves explode on Pakistan train". Sky News. Dicapai pada 31 October 2019.
- ^ Hewitt, Sam. "At least 73 dead in Pakistan train fire, police say". The Railway Hub. Dicapai pada 31 October 2019.
- ^ Marris, Sharon. "Pakistan train fire: Investigators to look at braking system". Sky News. Dicapai pada 1 November 2019.
- ^ "Family of Pakistan train fire victims struggle to identify loved ones". Reuters. Dicapai pada 1 November 2019.
- ^ "75 killed in Tezgam train inferno". Financial Daily. Dicapai pada 1 November 2019.