Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Kertas dinding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kertas dinding

Kertas dinding adalah bahan yang digunakan untuk menutup dan menghiasi dinding dalaman rumah, pejabat, kafe, bangunan-bangunan kerajaan, muzium, pejabat pos, dan bangunan lain. Ia biasanya dijual dalam bentuk gulungan dan dimasukkan ke dinding menggunakan pelekat kertas dinding. Kertas ini boleh didapati dalam reka bentuk kosong (supaya ia boleh dicat atau digunakan untuk membantu mentutup permukaan yang tidak rata dan cacat cela kecil pada dinding agar permukaan tampak lebih baik), bertekstur, dengan corak berulang tetap atau, yang lebih kurang biasa kini, satu set lembaran dengan reka bentuk yang berterusan membentuk suatu corak yang besar. Kertas dinding dijual dalam bentuk gulungan dengan lebar tertentu, iaitu 50 sentimeter sampai 130 sentimeter dengan panjang roll 10 meter sampai 50 meter.[1]

Kertas dinding merupakan material yang cukup rentan dengan kelembapan.[1] Permukaan dinding hendaklah dipastikan benar-benar kering kerana kertas dinding tidak akan bisa benar-benar melekat sempurna pada permukaan dinding yang lembap sehingga dapat mengakibatkan kertas dinding cepat rusak.[1]

Kertas ini juga telah digunakan sebagai hiasan kotak-kotak simpanan, buku, para dan bidai.[2]

  1. ^ a b c Tita Yuditesa (2013). Ragam Desain Kamar Tidur Anak. Jakarta: Trans Media Pustaka. m/s. 9.
  2. ^ Lynn, C. (1980). Wallpaper in America from the Seventeenth Century to World War I. New York.