Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Kesennuma, Miyagi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bandar Kesennuma
気仙沼市
Bandar
Dewan Bandar Kesennuma
Dewan Bandar Kesennuma
Bendera Bandar Kesennuma
Lokasi Bandar Kesennuma di Miyagi
Lokasi Bandar Kesennuma di Miyagi
NegaraJepun
KawasanTōhoku
WilayahMiyagi
Keluasan
 • Jumlah333.37 km2 (128.71 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah73,403
 • Kepadatan220/km2 (600/batu persegi)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
- PokokPinus thunbergii
- BungaAzalea
- BurungBurung Camar
Nombor telefon0226-22-6600
AlamatKesennuma-shi,
Yōka-machi 1, Chome 1-1
988-8501
Laman sesawang[1]

Kesennuma (気仙沼市, Kesen'numa-shi) ialah sebuah bandar yang terletak di hujung timur laut sekali Wilayah Miyagi, Jepun. Bandar yang ditubuhkan pada 1 Jun 1953 ini mengelilingi bahagian barat Teluk Kesennuma, dan juga merangkumi pulau Ōshima. Garis tepi pantainya membentuk sempadan selatan Taman Negara Rias Garis Tepi Laut Ria yang terbentang ke utara sampai Wilayah Aomori.

Bandar ini bersempadan dengan Teluk Hirota, Teluk Kesennuma, dan Lautan Pasifik di timur dan Minamisanriku, Miyagi di selatan. Sempadan-sempadan yang selebihnya adalah dengan Wilayah Iwate, iaitu Kampung Murone di barat, dan Bandar Rikuzentakata di utara. Puncak tertinggi di Kesennuma adalah 711.9 m, pada sempadan dengan Motoyoshi, manakala titik terendah adalah paras laut.

Sebahagian besar kawasan bandar ini dibinasakan oleh bencana gempa bumi, tsunami dan kebakaran besar-besaran pada 11 Mac 2011.[1]

  1. ^ "Blaze engulfs northeast Japan waterfront after quake". Reuters. March 11, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-11. Dicapai pada March 11, 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]