Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Kipas siling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kipas siling dengan lampu hiasan.

Kipas siling merupakan sejenis kipas yang digantungkan pada siling rumah untuk mengitar udara melalui bilah-bilah kipas berputar.

Kipas siling terawal muncul pada awal tahun 1860an dan 1870an di Amerika Syarikat. Pada masa itu, kipas siling tidak digerakkan oleh motor elektrik, sebaliknya menggunakan turbin yang yang menggerakkan sistem tali sawat yang menggerakkan kipas serta mendapat kuasa daripada aliran air sungai. Sistem ini mampu menggerakkan beberapa buah kipas sekaligus, serta popular di kedai, restoran dan pejabat.

Kipas siling elektrik dicipta pada tahun 1882 oleh Philip Diehl. Diehl mengguna pakai motor elektrik daripada mesin jahit Singer terawal pada tahun 1882 untuk kegunaan kipas siling ciptaannya. "Kipas Elektrik Diehl", beroperasi seperti kipas siling biasa; setiap kipas mempunyai motor elektrik sendiri, tanpa memerlukan sistem tali sawat yang mahal dan rumit.[1]

Diehl turut berhadapan dengan persaingan sengit berikutan kejayaan komersial kipas siling. Namun demikian, dia terus menambah baik ciptaannya, antaranya termasuklah "Diehl Electrolier", kit lampu yang boleh dipasang pada kipas siling sebagai ganti kepada ruang lampu yang diambil semasa pemasangan kipas siling.

Menjelang Perang Dunia Pertama, kebanyakan kipas siling menggunakan empat bilah berbanding dua pada kipas terawal. Ia menjadikan kipas siling lebih senyap serta menyerakkan lebih udara, sekaligus memanfaatkan penggunaan motor secara lebih cekap.

Di negara-negara Asia, penggunaan kipas siling sangat popular berikutan kos penggunaan penyaman udara yang mahal.

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Kipas angin berfungsi dengan menyerakkan udara di sekeliling bilik secara lebih menyeluruh. Ia tidak mengubah suhu bilik secara langsung. Lazimnya, kipas siling berputar pada arah lawan jam untuk menolak udara sejuk turun ke bawah. Apabila menghampiri lantai, angin yang terhasil akan terserak ke semua arah, dan udara panas akan naik ke atas secara semulajadi untuk menggantikan udara sejuk yang telah ditolak ke bawah. Peredaran udara yang terhasil ini mempercepatkan proses sejukan tubuh manusia secara semulajadi melalui sejatan peluh. Berikutan itu, perbuatan membiarkan kipas siling terus hidup tanpa ada sesiapa di dalam bilik boleh dianggap satu pembaziran tenaga elektrik. Kipas siling yang dihidupkan bersama-sama penyaman udara berupaya menyebarkan udara sejuk dengan lebih berkesan, sekaligus membantu penjimatan elektrik melalui pengurangan beban pada kipas penyaman udara.

Terdapat juga sesetengah kipas siling yang direka untuk "menyedut" udara panas naik ke atas, dan ia biasanya berguna semasa musim sejuk.

Komponen kipas siling

[sunting | sunting sumber]

Bahagian penting kipas siling adalah:-

  • Motor elektrik - untuk menggerakkan bilah kipas.
  • Bilah kipas
  • Roda tenaga
  • Mekanisme gantungan
  • Suis pengawal kelajuan atau suis cok - untuk mengawal kelajuan kipas. Biasanya ia disambung ke suis kipas melalui pendawaian elektrik, tetapi terdapat sesetengah jenis kipas yang menggunakan alat kawalan jauh atau kod penarik di mana unit pensuisan terletak pada kipas.
[sunting | sunting sumber]
  • Kipas Siling KDK
  • Kipas Siling Panasonic
  • Kipas Siling Fanco
  • Kipas Siling Media
  1. ^ Scharff, Robert. The Fan Book. Reston, VA 22090: Reston Publishing Co, Inc. m/s. 128. ISBN 0-8359-1855-6. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: location (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]