Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Lautaro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lautaro (nama lahir: Leftraru, sekitar 1534 - 30 April 1557) ialah seorang tokoh perang Mapuche. Beliau terlibat dalam Perang Arauco menentang pihak Empayar Sepanyol dalam percubaan mereka menakluk tanah mereka (kini merangkumi Chile).

Beliau sangat disanjungi dalam kalangan warga Chile baik dari kaum peribumi atau keturunan Sepanyol atas ketekalannya menentang kuasa penjajahan dan perhambaan, malah beliau dijadikan ikon kebangsaan dan pahlawan negara Chile yang pertama.

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Leftraru anak seorang ketua atau "lonko" puak bernama Kurüñamku (nama mengikut sebutan Sepanyol: Curiñancu)[1] Pada usia 11 tahun, Leftraru diculik orang Sepanyol yang memaksanya sebagai khadam peribadi Don Pedro de Valdivia, jeneral yang bertanggungjawab menakluk Chile;[2] beliau diberi nama baharu sebagai "Felipe Lautaro". Beliau mengambil peluang dalam tahanannya mengajar diri bersenjata dan menunggang kuda. Tidak lama setelah beliau berjaya melarikan diri pada tahun 1552, beliau dipilih Caupolicán, seorang ketua pahlawan Mapuche atas tempoh pengalamannya ini dan beliau memperkenalkan taktik berperang baharunya kepada para pahlawan puak tersebut.

  1. ^ Fuentes, Jordi (1966). Diccionario Historico de Chile. Santiago Chile: Editorial del Pacífico, S. A. m/s. 246.
  2. ^ "El toqui Lautaro (ca.1534-1557) – Memoria Chilena" (dalam bahasa Sepanyol). Biblioteca Nacional de Chile. Dicapai pada 25 Mac 2018.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Crow, John A (1992). The Epic of Latin America (ed. 4th). New York, NY: University of California Press. m/s. 331–333.
  • Britannica Academic Edition (26 Ogos 2010). "Lautaro". Dicapai pada 26 Ogos 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]