Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Lingkaran Kuiper

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lingkaran Kuiper merupakan kawasan dalam sistem suria menjulur dari orbit Neptun (pada 30 AU) sehingga 50 AU daripada matahari, pada kecondongan selaras dengan ekliptik.

Ahli astronomi pertama mencadangkan kewujupan lingkaran ini adalah Frederick C. Leonard pada tahun 1930 dan Kenneth E. Edgeworth pada tahun 1943. Pada tahun 1951 Gerard Kuiper mencadangkan bahawa objek tidak wujud di dalam lingkaran ini lagi. Kajian lanjut mengenai objek dalam lingkaran ini dijalankan oleh Al G. W. Cameron pada tahun 1962, Fred L. Whipple pada tahun 1964, dan Julio Fernandez pada tahun 1980. Lingkaran dan objek di dalamnya dinamakan sempena Kuiper selepas 1992 QB1 dijumpai.

Simulasi komputer moden menunjukkan lingkaran Kuiper terhasil oleh Musytari, graviti young Musytari yang kuat menolak objek kecil yang tidak terbebas sepenuhnya, dan juga yang terbentuk di situ ( in-situ ). Simulasi yang sama dan teori lain menjangkakan terdapat objek yang berjisim besar di dalam lingkaran tersebut, bersaiz Marikh atau Bumi.

Pertikaian nama

[sunting | sunting sumber]

Lingkaran Kuiper kadangkala dikenali sebagai Lingkaran Edgeworth atau Lingkaran Edgeworth-Kuiper, sempena Kenneth E. Edgeworth. Sesetengah pakar astronomi mencadangkan nama yang lebih rumit, seperti Lingkaran Leonard-Edgeworth, Lingkaran Leonard-Edgeworth-Kuiper, atau juga Lingkaran Cubewano dan Lingkaran Leonard/Edgeworth/Kuiper/Whipple. Bagaimanapun nama piawaian dalam bahasa Inggeris adalah Kuiper belt, sempena Gerard Kuiper.

Istilah objek trans-Neptunian dicadangkan untuk objek di dalam lingkaran ini oleh sebahagian kumpulan saintifik kerana istilah ini kurang dipertikaikan berbanding nama-nama lain. Bagaimanapun, istilah ini bukanlah membawa erti yang serupa kerana kategori ini merangkumi kesemua objek dipinggir sistem suria, bukan sekadar objek yang berada di Lingkaran Kuiper.

Objek lingkaran Kuiper

[sunting | sunting sumber]

Jumpaan setakat ini

[sunting | sunting sumber]

Lebih 800 objek lingkaran Kuiper atau ( Kuiper belt objects - KBOs) (subset dari objek trans-Neptunian (TNOs)) telah dijumpai di lingkaran itu, hampir kesemua mereka semenjak 1999. Terbesar adalah Pluto dan bulan Kharon, tetapi semenjak tahun 2000 objek besar yang berasaiz hampai sama telah dikenal pasti. Pengiraan awal menunjukkan bahawa objek Sedna mungkin lebih besar daripada Kharon. Bagaimanapun, walaupun sesetengah pakar astronomi mendakwa bahawa Sedna merupakan sebahagian dari lingkaran Kuiper dan had luaran lingkaran perlu diteliti kembali, kebanyakannya menyatakan bahawa Sedna terlalu jauh dari lingkaran Kuiper dan mungkin merupakan objek awan Oort dalam. Quaoar, dijumpai pada tahun 2002, adalah separuh saiz Pluto dan lebih besar dari asteriod terbesar 1 Ceres. Objek lain KBO yang dikenali bersaiz lebih kecil. Pengkelasan tepat objek ini tidak jelas kerana mereka mungkin agak berlainan dengan asteroid dalam sistem suria.

Trajektori Orbit

[sunting | sunting sumber]

KBOs menurut takrifan terkini terhad pada 30-50 AU daripada matahari.

Sesetengah KBO juga bergerak berkala kedalam orbit Neptun terdapat dalam 1:2, 2:3 (plutino), 2:5, 3:4, 3:5, 4:5, atau 4:7 resonan orbit dengan Neptun. Cubewano membentuk kawasan pusat, dan objek cakera terserak (scattered disk object) (SDOs) dijumpai di kawasan luar lingkaran.

Lingkaran ini tidak sepatutnya bertukar dengan awan Oort, yang tidak terhad pada satah sistem suria dan lebih jauh.

Kandungan dan saiz

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan KBOs merupakan ketulan ais dengan sedikit bahan mengandungi karbon (organik) seperti tholin, di kesan dengan menggunakan spektroskopi. Ia mempunyai kandungan seurpa dengan komet dan ramai pakar astronomi percaya mereka hanyalah komet. Perbezaan antara komet dan asteroid tidak jelas dan terdapat ketidakpastian, bagi objek seperti 2060 Chiron.

Ia sukar menganggarkan diameter KBOs. Untuk objek dengan orbit asas yang terkenal (seperti, Pluto dan Kharon), diameter boleh diukur dengan tepat melalui ( occultation ) bintang.

Untuk objek besar KBO yang lain, diameter boleh dianggar melalui ukuran infra. Jika objek mempunyai albedo tinggi, ia sejuk, dan dengan itu tidak menghasilkan banyak radiasi jasad hitam dalam infra. Begitu juga, objek dengan albedo rendah menghasilkan lebih infra. KBOs amat jauh daripada matahari sehinggakan mereka amat sejuk, dengan itu menghasilkan radiasi jasad hitam sekitar gelombang 60 micrometer. Jarak gelombang cahaya ini mustahil dilihat dari permukaan bumi: oleh itu pakar astronomi memantau ekor radiasi jasad hitam dalam infra jauh. Radiasi infra jauh begitu malap sehinggakan kaedah suhu hanya boleh digunakan bagi objek KBO terbesar. Diameter objek lebih kecil dijangkakan oleh albedo tekaan: diameter objek sebegitu perlu dianggap jangkaan kasar.

Jumpaan terbesar

[sunting | sunting sumber]

KBO terbesar dikenal pasti, dengan teknologi ukuran diameter:

Nombor Nama Diameter equatorial
(km)
Jarak purata
daripada matahari
(in AU)
Tarikh dijumpai Dijumpai Kaedah diameter
Pluto 2320 39.4 1930 Clyde Tombaugh occultation
2004 DW ~1600 45 2004 Mike Brown, Chad Trujillo, David Rabinowitz albedo anggaran
Kharon 1270 39.4 1978 James Christy occultation
50000 Quaoar 1200±200 43.25 2002 Chad Trujillo & Mike Brown suhu
20000 Varuna 1060±200 43.23 2000 Robert S. McMillan suhu
28978 Ixion 1055±165 39.39 2001 Ecliptic Survey suhu
55636 2002 TX300 ~965 43.19 2002 NEAT albedo anggaran
55637 2002 UX25 ~910 42.71 2002 Spacewatch albedo anggaran
55565 2002 AW197 890±120 47.52 2002 Palomar Observatory suhu

Pautan luar dan sumber data

[sunting | sunting sumber]