Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Lira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekeping duit 500 lira Itali, 1960

Lira (turunan kata Latin lībra,[1] simbol: atau L) adalah nama mata wang pernah digunakan negara Itali, San Marino dan Kota Vatikan. Istilah ini berasal dari nilai setimbangan perak murni; di beberapa negara kata lira dan pound digunakan seerti.

Negara-negara yang menggunakan lira sebagai mata wang adalah Turki (Lira Turki). Lira beransur tamat digunakan di Itali beralih kepada euro yang rasmi dalam Kesatuan Eropah pada 1 Januari 1999 dengan kadar pertukaran 1 ECU bersamaan 1,936.27 lira sebelum ditetapkan pada kadar 1:1 di hari-hari berikutnya;[2] peredaran serentak duit syiling dan kertas Euro dimulakan pada 1 Januari 2002[3] sebelum pengedaran matawang lira berhenti pada tanggal 1 Mac tahun sama.

  1. ^ "lira¹". Vocabolario on line (dalam bahasa Itali). Istituto della Enciclopedia Italiana. 2023. Dicapai pada Ogos 20, 2023.
  2. ^ Parere della Banca centrale europea [Ulasan Bank Pusat Eropah] (31 Disember 1998). Warta Masyarakat EropahDiarkibkan 2021-08-16 di Wayback Machine, lihat "tassi di conversione tra l'euro e le valute degli Stati membri che adottano l'euro"
  3. ^ "DECRETO LEGISLATIVO 24 giugno 1998, n. 213". Normattiva. Dicapai pada 2023-08-20.