Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Marmar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemecah ombak pantai berbatu marmar di Thasos, Yunani
Ira batu marmar

Marmar (Jawi: مرمر) merupakan jenis batuan kasar terhasil dari perubahan batuan enapan karbonat (terutamanya mineral kalsit) seperti batu kapur atau dolomit yang menghablur semula[1] dipengaruh suhu dan tekanan yang dihasilkan oleh gaya endogen membentuk pelbagai foliasi ataupun bukan foliasi. Batuan ini lazim berwarna keputihan terutamanya jenis yang tulen murni.

Batuan ini sering digunakan untuk tujuan pengukiran seni seperti karya-karya patung[2] terutamanya sejak zaman baharian serta juga untuk tujuan pembinaan sebagai bahan asas membuat simen.[1]

Sifat kimia

[sunting | sunting sumber]

Tindak balas dengan asid

[sunting | sunting sumber]

Batuan ini mampu terakis hasil tindak balas bahan kalsium karbonat dengan asid menghasilkan karbon dioksida (dalam bentuk asid karbonik) dengan garam surih lain[3]:

CaCO3(s) + 2H+(aq) → Ca2+(aq) + CO2(g) + H2O (l)

Kesan ini dapat dinampakkan pada pencacatan rupa ukiran dan tugu marmar akibat pendedahan kepada hujan asid hasil percampuran gas atau bahan kimia dilepaskan pencemaran udara dengan wap air sekitaran sama ada mengakibatkan pengkarbonatan (terhasilnya kalsium bikarbonat), pensulfatan (terhasilnya kalsium sulfat) atau pengerakan (terkumpulnya "kerak" kehitaman sebatian kalsium sulfat, nitrat dan zarah karbon).[3]

  1. ^ a b Ling Nan Ley, penyunting (2015). Menyingkap Kepelbagaian Geologi Malaysia: Batuan, Mineral dan Fosil. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. m/s. 58–59. ISBN 978-967-0159-25-6.
  2. ^ PROCEEDINGS 4th International Congress on "Science and Technology for the Safeguard of Cultural Heritage in the Mediterranean Basin" VOL. I (dalam bahasa Inggeris). Angelo Ferrari. m/s. 371. ISBN 9788896680315. white marble prized for use to make sculptures.
  3. ^ a b "Environmental degradation of marble". What is Chemistry?. Universiti Federico II, Napoli, Itali. Dicapai pada 5 November 2021.