Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Maskara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebatang tiub maskara dengan berus yang dipasangkan pada penutupunya.

Maskara [mas-ka-ra] (Jawi: ماسکارا) ialah produk kosmetik yang sering digunakan untuk menyerlahkan bulu atau alis mata dengan menggelapkan, menebalkan, atau memanjangkan bulu-bulu tersebut. Produk ini sering didatangi dalam tiga jenis iaitu cecair, buku atau sabun yang mempunyai persamaan dari segi komposisi asasnya daripada pigmen, minyak, lilin dan bahan pengawet.

Collins English Dictionary mendefinisikan maskara sebagai "zat kosmetik untuk mempergelap, memperpanjang, mengeritingkan, mewarnai, dan menebal bulu mata, yang dipakai dengan sebuah berus atau kuas". Oxford English Dictionary (OED) turut menambahkan bahawa maskara kadang-kadang juga digunakan pada alis mata.

Kata "maskara" diduga berasal dari bahasa Sepanyol máscara yang bererti ‘topeng’ atau ‘noda’ dan dari bahasa Itali maschera yang turut memberi maksud sama.[1]

Penggunaan maskara telah terdokumentasikan sejak zaman Mesir kuno. Catatan dari tahun 4000 SM menyebutkan penggunaan zat bernama kohl yang berfungsi untuk mempergelap bulu mata, mata, dan alis.[2] Penggunaan maskara mula meluas dalam kalangan wanita Eropah pada abad ke-19 di zaman Victoria.[3] Maskara yang banyak digunakan sekarang ini pada awalnya dikembangkan pada abad ke-19 oleh seorang kimiawan Inggris bernama Eugene Rimmel.[4] Perebakan pengunaannya di Amerika Syarikat, bermula pada awal abad ke-20 karena banyak dipakai oleh artis-artis filem bisu.[5]

Bacaan lanjutan

[sunting | sunting sumber]
  • “mascara.” The Macquarie Dictionary. South Yarra: The Macquarie Library Pty Ltd., 2005. Credo Reference. Web. 15 September 2010.
  • Purifoy, Jennifer. “Understanding the History of Cosmetics.” History of 20th Century Fashion. Web. 29 Oct. 2010.
  • Riordan, Teresa. Inventing Beauty: A History of the Innovations that Have Made Us Beautiful. New York: Broadway Books, 2004. Print.
  • “RUBINSTEIN, Helena, Dec. 25, 1870-April 1, 1965...” Notable American Women: The Modern Period. Cambridge: Harvard University Press, 1980. Credo Reference. Web. 15 September 2010.
  • “Who Wins the Mascara War?” Carefair. 2009. Web. 27 Sep. 2010.
  • Wong, Michael. “Fascinating History of Mascara.” Hubpages. Aug. 2010. Web. 22 Sep. 2010.
  • "Mascara Ads: Thick Lashes, Fine Print", Andrew Adam Newman, New York Times, Nov. 12, 2013