Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Menongkah Kasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menongkah Kasih
GenreDrama
Cinta
PengarahAyie Mustafa
Dibintangi oleh
Ayda Jebat
Ana Dahlia
Beego
Zarina Zainuddin
Aidil Aziz
Fikhree Bakar
Lagu pembukaan“Halang” oleh Fahmi Esmail
Lagu penutup“Halang” oleh Fahmi Esmail
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Sha’s Media
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV9
Siaran asal26 Januari 2016 – 9 Mac 2016

Menongkah Kasih ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 dibintangi oleh Ayda Jebat, Zarina Zainuddin dan Ana Dahlia. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV9 dari 26 Januari 2016 hingga 9 Mac 2016 menggantikan Waris Kasih dan digantikan oleh Dawai Asmara.[1]

Mengisahkan ibu tunggal iaitu Datin Rahmah (Zarina Zainuddin) sibuk mengembangkan perniagaan sehingga mengabaikan dua anaknya, Reffa (Ana Dahlia) dan Riyana (Ayda Jebat). Dengan kesibukannya, Reffa dan Riyana berasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Meningkat dewasa, Reffa dan Riyana buat hal sendiri. Datin Rahmah kian dimamah usia dan mula menagih kasih sayang anak-anaknya.

Datin Rahmah berasa sunyi dari kasih sayang anak-anaknya, Reffa dan Riyana meskipun mereka tinggal serumah. Setiap pagi Datin akan bersarapan seorang diri. Biarpun Reffa bekerja di syarikatnya namun Reffa sangat jarang untuk pergi kerja bersama-sama Datin. Riyana pula ialah gadis liar yang terlalu mengikut kata-kata rakan-rakanya sehingga hamil anak luar nikah. Kadang kala Datin merasa cemburu dengan kehidupan pemandunya, Pak Mid. Biarpun anak-anak Pak Mid ke semuanya tinggal di asrama, namun mereka sentiasa berhubung dan bertanya khabar. Datin menyalahkan dirinya kerana di usia mudanya, dia sering sibuk dengan kerja sehingga akhirnya menjarakkan kasih sayang anak-anak dengannya. Di usia tua ini, Datin berusaha mencari semula kasih sayang anak-anaknya itu. Suatu hari ketika di pejabat, seorang demi seorang stafnya pulang dan Datin tinggal keseorangan di pejabat walaupun sudah menjelang senja. Ketika Datin Rahmah mahu pulang secara tiba-tiba dia merasa pening dan jatuh pitam di dalam bilik. [2]

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Drama Menongkah Kasih (TV9) My Infotaip (26 Januari 2016). Dicapai pada 3 Mei 2016.
  2. ^ https://cdn.kapwing.com/samples/5c9aa36be1f08a0015e24a7f.mp4 - Growing in Tropics