Mitsubishi Lancer
Mitsubishi Lancer | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Mitsubishi Motors |
Pengeluaran | 1973–sekarang |
Pemasangan | Kilang Mizushima, Okazaki, Aichi, Jepun |
Pendahulu | Mitsubishi Mirage (Bagi Amerika Utara) |
Kelas | Sub-kompak (1973–1999) Kompak (2000–present) |
Mitsubishi Lancer adalah model kereta kompak yang dikeluarkan oleh Mitsubishi Motors. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Colts Lancer, Dodge/Plymouth Colt, Chrysler Valiant Lancer, Chrysler Lancer, Eagle Summit, Hindustan Lancer, Soueast Lioncel, Mitsubishi Carisma, dan Mitsubishi Mirage di pelbagai negara lain pada waktu tertentu, dan generasi terbaru Lancer akan dikenali sebagai Galant Fortis di Jepun mulai tahun 2007. Sejak model Lancer mula dikeluarkan pada tahun 1973, lebih enam juta unit Lancer dijual di seluruh dunia.[1]
Dua model kereta terawal keluaran syarikat automotif Malaysia, Proton iaitu Proton Saga dan Proton Wira direka berasaskan model Mitsubishi Lancer.
1973
[sunting | sunting sumber]Generasi pertama | |
---|---|
Juga dikenali | Chrysler Valiant Lancer Dodge Colt |
Pengeluaran | 1973–1979 |
Stail badan | Sedan 2 pintu Sedan 4 pintu Estet 5 pintu Hatchback 3 pintu (Celeste) |
Layout | FR layout |
Enjin | 1.2 l I4 1.6 l I4 1.4 l I4 2.0 l I4 |
Generasi pertama model Lancer mula dikeluarkan pada tahun 1973 bagi mengisi segmen sub-kompak iaitu antara segmen kei car (Mitsubishi Minica) dan segmen kompak (Mitsubishi Galant). Model ini terbukti berjaya di dalam perlumbaan rali yang disertainya, satu dakwaan yang kekal sehingga ke hari ini.
Generasi kedua
[sunting | sunting sumber]Generasi kedua | |
---|---|
Pengeluaran | 1978–1988 |
Stail badan | Sedan 4 pintu |
Layout | FR |
Enjin | 4G62 1.8 L SOHC Turbo I4 165 PS 163 hp/121 kW 4G33 / 4G12 1.4 L SOHC I4 4G32 1.6 L l4 4G11 1.2 L l4 4G63 2.0 L OHC Turbo l4 168 hp/121 kW (EX 2000 Turbo) |
Transmisi | Manual 4 kelajuan Manual 5 kelajuan Automatik(1400/1600 - GL/XL, 1800 SE ) |
Tapak roda | 2440mm |
Panjang | 4230mm |
Lebar | 1620mm |
Tinggi | A171 / A172 - 1380mm A173 / A174 - 1390mm A175 - 1385mm |
Berat kering | 1170 - 1295 kg |
Muatan bahan api | 50 liter |
Generasi kedua Lancer pula menyaksikan peralihan daripada rekabentuk "botol Coke" pada generasi pertama kepada bentuk berpetak yang lebih ringkas. Enjin yang digunakan pada generasi kedua ini menggunakan teknologi Silent Shaft bagi mengurangkan bunyi bising yang dihasilkan akibat geseran pada aci engkol, menghasilkan pengendalian enjin yang lebih senyap.
Generasi ketiga
[sunting | sunting sumber]Generasi ketiga | |
---|---|
Pengeluaran | 1982–1987 |
Stail badan | Hatchback 3 pintu Sedan 4 pintu Hatchback 5 pintu Estet 5 pintu |
Enjin | 1.6 L I4 1.8 L I4 diesel |
Berkait | Mitsubishi Mirage Proton Saga |
Pada tahun 1982, generasi ketiga Lancer yang dikenali sebagai Mitsubishi Lancer Fiore mola dikeluarkan, berasaskan model Mitsubishi Mirage. Di peringkat antarabangsa pula, hanya nama Mitsubishi Lancer sahaja yang digunakan.
Pada tahun berikutnya, kedua-dua model Lancer dan Mirage diperbaharui serentak. Model 4 pintu Mirage dengan model Lancer menjadi satu jenis kereta yang sama. Model generasi ketiga mula menggunakan suntikan bahan api walaupun model karburetor masih boleh didapati. Mitsubishi Lancer Fiore ini menjadi asas kepada penghasilan model Proton Saga keluaran syarikat automotif Malaysia, Proton.
Generasi keempat
[sunting | sunting sumber]Generasi keempat | |
---|---|
Pengeluaran | 1988–1992 |
Pengganti | Mitsubishi Carisma (Eropah) |
Stail badan | Hatchback 3 pintu Sedan 4 pintu Hatchback 5 pintu |
Layout | Enjin hadapan, pacuan roda hadapan / pacuan empat roda |
Tapak roda | 2455 mm (96.7 in) |
Berkait | Mitsubishi Mirage Mitsubishi Chariot/Space Wagon/Expo Dodge/Plymouth Colt Eagle Summit Eagle Vista |
Generasi keempat mula dikeluarkan pada tahun 1988 bagi menggantikan model Lancer Fiore. Model generasi keempat ini menampilkan reka bentuk yang lebih aerodinamik, berasaskan model Mitsubishi Galant. Ia dikenali sebagai Mitsubishi Mirage Aspire di Jepun. Pada masa ini, model Lancer mula menampakkan perbezaan berbanding model Mirage.
Generasi kelima
[sunting | sunting sumber]Generasi kelima | |
---|---|
Pengeluaran | 1991–1995 |
Stail badan | Coupe 2 pintu (berasaskan Mirage) Sedan 4 pintu Estet 5 pintu |
Layout | Enjin hadapan, pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda (GSR) |
Enjin | 1.3 L SOHC I4 1.5 L SOHC I4 1.5 L DOHC 1.8 L SOHC I4 1.6 L DOHC MIVEC I4 1.8 L DOHC Turbo I4 |
Transmisi | Automatik 4 kelajuan Manual 5kelajuan |
Tapak roda | 2500 mm (98.4 in) Coupe: 2440 mm (96.1 in) |
Berkait | Mitsubishi Lancer Evolution Mitsubishi Carisma Mitsubishi Mirage Mitsubishi Chariot/Space Wagon/Expo Dodge/Plymouth Colt Eagle Summit Eagle Vista Proton Wira |
Hanya pada tahun 1991 barulah perbezaan antara model Lancer dan Mirage menjadi semakin ketara. Sungguhpun kedua-dua model tersebut nampak serupa kerana berasaskan pelantar yang sama, namun jenis kepingan keluli yang digunakan adalah berbeza. Pilihan enjin yang ditawarkan adalah daripada enjin 1.3L kepada enjin 1.8L turbo. Model enjin V6 juga diperkenalkan tetapi dengan pilihan enjin 1.6L sahaja, menjadikan Mitsubishi Lancer V6 1.6 sebagai kereta dengan enjin pengeluaran V6 terkecil. Model GSR 1.8 Turbo membentuk asas kepada model Mitsubishi Lancer Evolution yang menggunakan casis yang sama tetapi dengan enjin 2 liter turbo serta sistem aliran kuasa yang diambil dari model rali Mitsubishi Galant VR-4.
Sekali lagi, Mitsubishi Lancer generasi kelima menjadi asas kepada pengeluaran model Proton Wira dengan pilihan enjin petrol 1.3L, 1.5L, 1.8L dan enjin diesel 2.0L.
Generasi keenam
[sunting | sunting sumber]Generasi keenam | |
---|---|
Pengeluaran | 1995–2000 |
Stail badan | Coupe 2 pintu Sedan 4 pintu Estet 4 pintu |
Layout | Enjin hadapan, pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda (GSR) |
Enjin | 1.5 L SOHC I4 1.8 L SOHC I4 1.8 L DOHC Turbo I4 |
Transmisi | Automatik 4 kelajuan Semi-auto 4 kelajuan Manual 5 kelajuan |
Tapak roda | Sedan: 2500 mm (98.4 in) Coupe: 2415 mm (95.1 in) |
Berkait | Mitsubishi Lancer Evolution Mitsubishi Carisma Volvo S40 Volvo V40 Mitsubishi Mirage Mitsubishi Chariot/Space Wagon/Expo Dodge/Plymouth Colt Eagle Summit Soueast Lioncel |
Pada tahun 1995, model Mitsubishi Lancer diperbaharui dengan format rekabentuk yang serupa dengan generasi kelima. Model generasi keenam ini juga digelar sebagai "Lancer Pizza" di Filipina kerana rekabentuk lampu belakang yang seakan-akan pizza. Di sesetengah pasaran, model Mitsubishi Carisma menggantikan Lancer bagi tempoh 1996 hingga tahun 2004.
Generasi ketujuh
[sunting | sunting sumber]Generasi ketujuh | |
---|---|
Pengeluaran | 2000–2006 |
Pendahulu | Mitsubishi Carisma (Eropah) Mitsubishi Mirage (AS) |
Stail badan | Sedan 4 pintu Estet 4 pintu |
Layout | FF |
Platform | CS7A |
Enjin | 4G13 1.3 L SOHC 4G18 1.6 L SOHC 4G93 1.8 L DOHC I4 4G94 2.0 L SOHC I4 4G63 2.0 L DOHC 4G69 2.4 L SOHC MIVEC I4 |
Transmisi | Automatik 4 kelajuan Semi-auto 4 kelajuan Manual 5 kelajuan Invecs III CVT |
Berkait | Mitsubishi Lancer Evolution |
Model generasi ketujuh Mitsubishi Lancer mula dikeluarkan pada tahun 2000. Ia dikenali sebagai Mitsubishi Lancer Cedia di Jepun, di mana perkataan "Cedia" adalah kependekan daripada perkataan century (abad) dan diamond (berlian). Model generasi ketujuh ini menyaksikan kembalinya jenama Mitsubishi ke Malaysia setelah Mitsubishi menjual kesemua sahamnya di dalam Proton, membolehkan Mitsubishi menjual semula keretanya di Malaysia. Sebelum ini, model-model kereta Mitsubishi tidak dijual antara tahun 1985 hingga 2003 berikutan perjanjian dengan Proton.
Model Lancer generasi ketujuh didatangkan dengan satu sahaja pilihan enjin bagi pasaran Malaysia iaitu model 1.6L. Model 1.6L ini menggunakan enjin 4G18 iaitu enjin yang sama dengan enjin yang digunakan pada model-model terawal Proton Waja.
Generasi kelapan
[sunting | sunting sumber]Generasi kelapan | |
---|---|
Juga dikenali | Galant Fortis (Jepun) Lancer Fortis (Taiwan) Mitsubishi Jones (MPV kompak) |
Pengeluaran | 2007-sekarang |
Stail badan | Sedan 4 pintu (GS41) |
Layout | [Enjin hadapan, pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda |
Platform | Mitsubishi GS platform |
Enjin | 4B12 2.4 L DOHC MIVEC I4, 4B11 2.0 L DOHC MIVEC I4, 4B10 1.8 L DOHC MIVEC I4, 4A91 1.5 L DOHC MIVEC I4 |
Transmisi | Manual 5 kelajuan (F5MBB) Automatik CVT (F1CJA) |
Tapak roda | 2635 mm (103.7 in) |
Panjang | 4570 mm (180.0 in) |
Lebar | 1760 mm (69.3 in) |
Tinggi | 1490 mm (58.7 in) |
Berat kering | 1325 (Manual DE) - 1410 (CVT GTS) |
Muatan bahan api | 59l |
Berkait | Mitsubishi Lancer Evolution |
Pada tahun 2005, Mitsubishi mendedahkan model kereta konsep Concept-X semasa Pertunjukan Kereta Jepun dan model Concept-Sportback semasa Pertunjukan Kereta Frankfurt. Model terbaru Lancer ini diasaskan daripada kedua-dua kereta konsep tersebut. Lancer terbaru mula didedahkan pada Januari 2007 semasa Pertunjukan Kereta Detroit dan mula dijual di Amerika Syarikat pada Mac 2007. Generasi terbaru Lancer menampilkan badan keselamatan generasi akan datang, RISE.
Di Malaysia, model ini didatangkan dengan pilihan enjin 2 liter sahaja.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "All new 2008 Lancer" Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine, AllnewLancer.ca
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi Mitsubishi Motors Malaysia
- Worldwide launch site
- Mitsubishi Lancer official history from archive.org (archived November 22, 2004)
- Lancer project
- Mitsubishi Lancer Global website Diarkibkan 2010-09-25 di Wayback Machine
- Melbourne's The Age reveals the next generation Mitsubishi Lancer
- Brief Information About All Mitsubishi Car in India.