Muhamed Bešić
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Muhamed Bešić[1] | ||
Tarikh lahir | 10 September 1992 | ||
Tempat lahir | Berlin, Jerman | ||
Ketinggian | 1.77 m (5 ka 10 in)[2] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini |
Sheffield United (dipinjam dari Everton) | ||
Nombor | 27 | ||
Kerjaya remaja | |||
2004–2009 | TB Berlin | ||
2009–2010 | Hamburger SV | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2010–2012 | Hamburger SV II | 38 | (0) |
2010–2012 | Hamburger SV | 3 | (0) |
2012–2014 | Ferencváros | 47 | (1) |
2014– | Everton | 37 | (0) |
2018–2019 | → Middlesbrough (pinjam) | 52 | (3) |
2019– | → Sheffield United (pinjam) | 9 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2010–2012 | Bosnia dan Herzegovina B21 | 10 | (2) |
2010– | Bosnia dan Herzegovina | 43 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Januari 2020 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 November 2019 |
Muhamed Bešić (lahir 10 September 1992) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Bosnia dan Herzegovina yang bermain untuk kelab Inggeris, Sheffield United secara pinjaman dari Everton dan pasukan kebangsaan Bosnia dan Herzegovina sebagai seorang pemain tengah.
Dia memulakan kariernya di Hamburger SV, kebanyakannya bermain dalam pasukan simpanan mereka, sebelum berpindah ke kelab Hungary, Ferencvárosi TC pada tahun 2012. Dua tahun kemudian, dia menyertai Everton dengan yuran perpindahan sebanyak £4 juta.
Bešić membuat penampilan penuh antarabangsa pertamanya pada tahun 2010 dan merupakan pemain termuda dalam sejarah untuk mewakili Bosnia dan Herzegovina. Dia juga bermain ketika Piala Dunia FIFA 2014.
Karier kelab
[sunting | sunting sumber]Awal karier
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan Berlin kepada ibu bapa Bosnia, Bešić mula bermain untuk kelab tempatan, Tennis Borussia Berlin ketika berumur sembilan tahun. Dia kekal di situ sehingga berumur 16 tahun, dimana dia kemudiannya menyertai Hamburger SV.[3] Pada 4 November 2010, Bešić melanjutkan kontraknya bersama Hamburg sehingga 1 Julai 2013.[4] Selepas dinamakan sebagai pemain gantian dalam beberapa perlawanan ketika musim 2010–11, dia membuat penampilan sulungnya dalam Bundesliga ketika menentang Borussia Dortmund pada 12 November. Bešić masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-80 ketika Dortmund sedang mendahului perlawanan 2–0.[5] Dia bermain dalam kesebelasan utama buat pertam kali dalam perlawanan Bundesliga ketika menentang Borussia Mönchengladbach, dan bermain keseluruhan 90 minit dimana mereka menang 2–1.
Pada bulan Mac 2012, Bešić digantung daripada pasukan utama, kerana kekurangan disiplin, media Bosnia juga mendakwa pengurus, Torsten Fink "mencekik" Bešić dan melemparkannya keluar dari bilik persalinan.[6]
Ferencváros
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2012, Bešić menyertai kelab Hungary, Ferencváros. Pada 4 Julai 2013, dia menjadi duta Bosnia untuk Emmaus Mouvement.[7] Pada 12 Julai 2013, Bešić memanjangkan kontraknya bersama Ferencváros.
Everton
[sunting | sunting sumber]Pada 28 Julai 2014, Bešić menandatangani kontrak lima tahun bersama Everton dengan yuran perpindahan sebanyak £4 juta.[8] Selepas menjadi pemain gantian yang tidak digunakan dalam dua perlawanan pertama liga, dia membuat penampilan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris pada 30 Ogos ketika menentang Chelsea, menggantikan Romelu Lukaku pada minit ke-89; walau bagaimanapun dia membuat kesilapan pertahanan membenarkan pemain lawan, Diego Costa menjaringkan gol terakhir di mana mereka tewas 3–6 di tempat sendiri.[9] Bešić membuat penampilan kesebelasan utama buat pertama kali untuk Everton dalam Merseyside derby pada 27 September, dan dikeluarkan selepas 80 minit digantikan oleh Samuel Eto'o dan pasukannya seri 1–1 di tempat lawan dengan Liverpool.[10]
Karier antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Bešić mendakwa dalam satu wawancara bahawa dia menolak tawaran beraksi untuk pasukan belia Jerman, kerana dia hanya mahu bermain untuk Bosnia and Herzegovina.[11] Dia membuat penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Bosnia dan Herzegovina pada bulan September 2010 ketika menentang Itali.[12] Pada 5 November 2010, dia dipanggil ke pasukan senior oleh Safet Sušić untuk perlawanan persahabatan pada 17 November 2010 menentang Slovakia.[13][14] Dia membuat penampilan sulungnya dalam perlawanan itu, menjadikannya pemain termuda dalam sejarah bermain untuk Bosnia dan Herzegovina. Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Miralem Pjanić. Bešić dipilih ke dalam pasukan kebangsaan Bosnia dan Herzegovina untuk Piala Dunia FIFA 2014, bermain dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan menentang Argentina, Iran dan Nigeria dan Bosnia tersingkir.[15]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Bešić seorang Muslim tetapi mempunyai banyak tatu. Tatu pertamanya merupaka perkataan Bosanac (orang Bosnia). Dia juga mengtatukan nama ibu-bapa dan saudaranya.[16] Dia bersama rakan sepasukannya Vedad Ibišević dan Edin Višća melawat masjid di Cuiabá semasa Piala Dunia FIFA 2014.[17] Bešić merupakan duta organisasi kemanusian Bosnia "MFS-EMMAUS".[18]
Statistik karier
[sunting | sunting sumber]Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala Liga | Lain-lain | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Hamburger SV II | 2010–11[20] | Regionalliga Nord | 23 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 23 | 0 |
2011–12[20] | Regionalliga Nord | 15 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 15 | 0 | |
Jumlah | 38 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 38 | 0 | ||
Hamburger SV | 2010–11[20] | Bundesliga | 3 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 4 | 0 |
2011–12[20] | Bundesliga | 0 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | |
Jumlah | 3 | 0 | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 5 | 0 | ||
Ferencváros | 2012–13[20] | Nemzeti Bajnokság I | 22 | 1 | 0 | 0 | 4 | 0 | 0 | 0 | 26 | 1 |
2013–14[20] | Nemzeti Bajnokság I | 25 | 0 | 2 | 0 | 6 | 0 | 0 | 0 | 33 | 0 | |
Jumlah | 47 | 1 | 2 | 0 | 10 | 0 | 0 | 0 | 59 | 1 | ||
Everton | 2014–15[21] | Liga Perdana Inggeris | 14 | 0 | 2 | 0 | 1 | 0 | 3 | 0 | 20 | 0 |
Jumlah | 14 | 0 | 2 | 0 | 1 | 0 | 3 | 0 | 20 | 0 | ||
Jumlah keseluruhan | 102 | 1 | 6 | 0 | 11 | 0 | 3 | 0 | 122 | 1 |
Kejayaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Ferencváros
- Ligakupa: 2012–13
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-16. Dicapai pada 2015-01-28.
- ^ "Muhamed Bešić". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-18. Dicapai pada 2015-01-28.
- ^ "Muhamed Bešić: Odbio sam Njemačku zbog Bosne i Hercegovine" (dalam bahasa Bosnian). reprezentacija.com. 1 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-07. Dicapai pada 3 July 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Bešić produžio ugovor s HSV-om" (dalam bahasa Bosnian). sportin.ba. 5 November 2010. Dicapai pada 3 July 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Spielbericht Borussia Dortmund - Hamburger SV" (dalam bahasa German). fussballdaten.de. 12 November 2010. Dicapai pada 3 July 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ O. Škundrić (28 March 2012). "Fink daveći izbacio Bešića iz svlačionice" (dalam bahasa Bosnian). sportsport.ba. Dicapai pada 8 June 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "FTC: Besic nemes ügyek mellé állt, nagykövet lett". Nemzeti Sport. 4 July 2013.
- ^ Gamble, Matthew (28 July 2014). "Besic Deal Complete". Everton F.C. Dicapai pada 28 July 2014.
- ^ Bevan, Chris (30 August 2014). "Everton 3-6 Chelsea". BBC Sport. Dicapai pada 2 November 2014.
- ^ Bevan, Chris (27 September 2014). "Liverpool 1-1 Everton". BBC Sport. Dicapai pada 2 November 2014.
- ^ "Odbio Nemačku da bi igrao za BiH" (dalam bahasa Serbian). sportal.rs. 1 September 2010. Dicapai pada 3 July 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Poraz mladih Zmajeva od Italije" (dalam bahasa Bosnian). reprezentacija.ba. 3 September 2010. Dicapai pada 3 July 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Sušić: Bešić je zaslužio poziv" (dalam bahasa Bosnian). sportin.ba. 5 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-03. Dicapai pada 3 July 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Bešić debituje u Slovačkoj" (dalam bahasa Bosnian). sportsport.ba. 5 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-01. Dicapai pada 3 July 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Vb 2014: "Besic lenyűgöző érettséget mutatott"". Nemzeti Sport. 16 June 2014.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-23. Dicapai pada 2015-01-28.
- ^ "Bosnia-Herzegovina stars pay visit to Cuiaba mosque". Goal.com. 21 June 2014.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-01-28.
- ^ "Muhamed Besic". Soccerbase. Dicapai pada 19 December 2014.
- ^ a b c d e f g "M. BEŠIĆ". Soccerway. Dicapai pada 19 December 2014.
- ^ "Games played by Muhamed Besic in 2014/2015". Soccerbase. Dicapai pada 19 December 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Muhamed Bešić – Rekod persaingan FIFA
- Muhamed Bešić – Rekod persaingan UEFA
- Muhamed Bešić di National-Football-Teams.com
- Kelahiran 1992
- Orang hidup
- Orang Jerman berketurunan Bosnia dan Herzegovina
- Pemain bola sepak Bosnia dan Herzegovina
- Pemain Hamburger SV II
- Pemain Hamburger SV
- Pemain Ferencvárosi TC
- Pemain Everton F.C.
- Pemain Middlesbrough F.C.
- Pemain Sheffield United F.C.
- Pemain Bundesliga
- Pemain Liga Perdana Inggeris
- Pemain Nemzeti Bajnokság I
- Pemain bola sepak ekspatriat di Jerman
- Pemain bola sepak ekspatriat di Hungary
- Pemain bola sepak ekspatriat di England
- Ekspatriat Bosnia dan Herzegovina di Jerman
- Ekspatriat Bosnia dan Herzegovina di Hungary
- Ekspatriat Bosnia dan Herzegovina di England
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014